Mengapa Anda Tidak Patut Menggunakan Pencungkil Gigi Tiap Kali Makanan Tersekat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan

Apabila makanan tersangkut pada mulut, anda mungkin berasa lebih mudah menggunakan pencungkil gigi untuk mengeluarkan sisa makanan tersebut. Sama ada sisa jagung, daging mahupun roti, mencungkil keluar makanan tersekat mungkin dilihat sebagai penyelesaian cepat bagi masalah yang membuatkan anda tidak selesa, bahkan memalukan ini. Pun begitu, ini bukanlah penyelesaian yang terbaik. Tanya sahaja mana-mana doktor gigi, pasti rata-ratanya tidak akan menyarankan anda menggunakan pencungkil gigi.

Mengapa makanan boleh tersekat

Sesetengah makanan, seperti biji-bijian kecil pada roti boleh terperangkap pada gigi sesiapa sahaja. Tetapi jika anda sering mengalami makanan tersekat di antara gigi anda, mungkin terdapat sebab lain. Contohnya, tampalan gigi mungkin rosak atau tidak betul, menyebabkan makanan tersekat. Gigi juga boleh beralih dan membentuk ruang sempurna yang memerangkap sisa makanan yang besar. Kemungkinan-kemungkinan ini perlu diambil kira untuk dirujuk kepada doktor gigi.

Sejarah pencungkil gigi

Ranting, rumput, buluh dan duri landak adalah beberapa alat yang paling awal digunakan untuk membersihkan gigi. Sementara emas, perak dan gading dikatakan menjadi pilihan golongan diraja. Charles Forster, daripada Boston, adalah orang pertama yang membuat pencungkil gigi kayu buatan tangan di AS.

Menjelang tahun 1860, beliau menghasilkannya di Strong, Maine, dengan menggunakan mesin untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Pekan ini akhirnya dikenali sebagai pusat pencungkil gigi dunia, tetapi pada tahun 2003 Forster Manufacturing berhenti menghasilkan pencungkil gigi. Walaupun pencungkil gigi telah berubah, etika pencungkil gigi tetap sama sejak abad ke-17: mencungkil gigi semasa makan atau di khalayak ramai dianggap tidak sopan, begitu juga meletakkan pencungkil gigi di belakang telinga atau membiarkannya tersangkut keluar daripada mulut anda.

Mengapa pencungkil gigi tidak elok?

Menurut Academy of General Dentistry, menggunakan pencungkil gigi adalah baik jika tiada pilihan lain dan jika anda berhati-hati. Tetapi doktor gigi tidak mengesyorkannya untuk kegunaan harian. Mengapa? Kayu ini boleh terpatah dan tercucuk masuk dalam tisu gusi. Apabila tisu gusi tertembus, bakteria boleh masuk dan menyebabkan jangkitan. Sekiranya anda adalah seorang pengguna tegar pencungkil gigi, doktor gigi anda mungkin akan mendapati beberapa kerosakan pada gusi semasa pemeriksaan gigi.

Walaupun kayu kecil ini tidak elok untuk kesihatan mulut anda, ia mempunyai fungsi-fungsi lain seperti menguji kek dan membersihkan papan kekunci. Yang penting, jauhkan ia daripada mulut anda!

Cara membersihkan gigi dengan betul

Cara yang sesuai untuk mengeluarkan sisa makanan dari gigi anda adalah dengan menggunakan floss. Floss sekali sehari juga menghilangkan plak berbahaya yang tersembunyi pada sisi gigi. Selain memberus gigi dengan menyeluruh, floss sangat penting dalam membantu mencegah kerosakan gigi, penyakit gusi dan nafas berbau.

Sesiapa yang mempunyai artritis atau kesukaran mengendalikan floss di sekitar mulut boleh membeli floss dengan pemegang. Bergantung pada keperluan khusus seseorang, seorang doktor gigi mungkin mencadangkan alat khas seperti spiral brush (terutama mereka yang mempunyai fixed bridges) atau water flosser (floss air), alat floss gigi di rumah yang menggunakan aliran air yang disasarkan untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan di antara gigi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahukah Anda Berapa Banyak Susu Perlu Diminum Dalam Sehari? Cukup Ke Kalau Satu Cawan Saja?

    Pernahkah anda tertanya-tanya, berapa kalikah anda perlu minum susu dalam sehari untuk mencukupkan pengambilan kalsium harian? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/10/2019 . 2 minit bacaan

    Awas! Ini Sebenarnya BAHAYA Penapis Air Kepada Kesihatan Mulut Anda

    Setiap kediaman banyak memasang penapis air. Pun begitu, ia mungkin akan mendatangkan mudarat terhadap kesihatan mulut anda! Lanjutkan Hello Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 08/10/2019 . 2 minit bacaan

    Gigi Susu Punca Gigi Berlapis?

    Tahukah anda bahawa masalah gigi berlapis boleh disebabkan oleh gigi susu? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/10/2019 . 5 minit bacaan

    Senjata Baru Dalam Melawan Karies Gigi

    Dalam mencapai misi bebas kaviti dalam setiap kanak-kanak di Malaysia menjelang tahun 2060, senjata baru diperlukan bagi melawan karies gigi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 24/09/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    air liur bayi

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    kaitan-kebersihan-gigi-dan-kesuburan

    Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
    tempoh pemakaian braces

    Rimas Pakai Braces? Ini Jawapan TEPAT Berapa Lama Anda Perlu Pakai Pendakap Gigi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/11/2019 . 3 minit bacaan
    gigi ubat

    Anda Masih Perlu Gosok Gigi Walaupun Kurang Ambil Gula, Sumber Karbohidrat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/11/2019 . 2 minit bacaan