home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Pemeriksaan Gigi Berkala

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Pemeriksaan Gigi Berkala

Pemeriksaan gigi mungkin kurang popular di Malaysia tetapi tahukah anda setiap orang seharusnya menjalani pemeriksaan gigi berkala setiap enam bulan demi kesihatan mulut yang optimum?

Jika ingin tahu mengapa anda perlu mendapatkan pemeriksaan gigi berkala, baca sehingga ke penghujung artikel.

1. Mengesan kanser mulut

Kanser mulut mungkin penyakit mulut utama yang ingin anda elakkan. Ia adalah kanser yang sangat bahaya dan terutamanya menyebabkan masalah untuk makan dan minum yang tentunya akan menjejaskan keadaan anda dalam banyak sudut.

Dengan pemeriksaan gigi berkala, doktor gigi yang telah dilatih akan mampu mengesan tanda-tanda awal kanser mulut agar ia dapat diuruskan dengan lebih efektif.

2. Plak dan kaviti

Walaupun anda telah memberus gigi dan menggunakan floss setiap hari, masih akan ada kawasan di dalam mulut anda di mana plak akan terkumpul. Jika tidak dikesan dan dibersihkan, plak yang terkumpul itu akan membesar mengeras sehingga susah untuk dibuang dan boleh mengakibatkan pembentukan kaviti.

Pembersihan secara berkala boleh menghalang masalah ini dari berlaku. Tambahan lagi, kos membersihkan gigi adalah lebih rendah daripada kos menampal kaviti. Justeru, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan gigi berkala.

3. Penyakit gusi

Plak bukan sahaja merosakkan gigi, malah gusi juga boleh terlibat sama. Masalah gusi seperti radang dan gusi susut boleh menyebabkan bengkak dan pendarahan pada gusi. Di samping itu, gigi juga mungkin menjadi longgar dan tercabut.

Masalah gusi memerlukan banyak kepakaran dan rawatan serta kos tinggi untuk rawatan. Jika tidak mencegahnya dari awal, tentunya poket anda akan kering.

4. Mencegah tabiat buruk

Tabiat seperti mengetap gigi, mengunyah ais atau menggigit kuku mempunyai kesan terhadap kesihatan mulut dan gigi anda. Melalui pemeriksaan gigi berkala, Doktor boleh mengesan jika terdapat kesan buruk terhadap gigi dan mulut anda disebabkan oleh tabiat ini.

5. Mengesan penyakit lain

Simptom dan tanda pada mulut dan gigi bukan sahaja disebabkan oleh penyakit mulut semata-mata, tetapi ia juga boleh disebabkan penyakit di bahagian badan yang lain. Pemeriksaan berkala akan membantu doktor mengesan penyakit lebih awal.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

123 Dentist (8 Januari 2016). Six Reasons You Need Regular Dental Checkups. Dimuat turun daripada https://www.123dentist.com/six-reasons-need-regular-dental-checkups/.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 28/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x