Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gigi Condong?
Faktor risiko bagi keadaan ini masih tidak diketahui. Ramai saintis percaya bahawa pesakit mewarisi gen daripada ibu bapa mereka.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Gigi Condong didiagnosis?
Gigi condong biasanya didiagnos melalui rutin pemeriksaan gigi. Doktor gigi anda akan memeriksa gigi anda dan melakukan x-ray gigi bagi menentukan jika gigi anda tersusun dengan baik. Sekiranya gigi condong dapat dikesan, ia akan dikelaskan mengikut jenis-jenisnya dan tahap keterukannya. Terdapat tiga kelas utama gigi condong:
- Kelas 1: Kelas 1 gigi condong didiagnosis apabila gigi atas bertindih dengan gigi bawah. Dalam jenis ini, gigitan adalah normal dan sedikit pertindihannya. Kelas 1 gigi condong adalah klasifikasi gigi condong yang paling biasa terjadi.
- Kelas 2: Kelas 2 gigi condong didiagnosis apabila terdapat overbit yang teruk. Keadaan ini dikenali sebagai retrognatisme (atau retrognatia). Ia bermakna gigi dan rahang atas bertindih dengan rahang dan gigi bawah secara ketara.
- Kelas 3: Kelas 3 gigi condong juga didiagnosis apabila ada overbit yang sangat teruk. Keadaan ini dikenali sebagai prognatisme yang bermakna rahang bawah menonjol ke hadapan. Hal ini menyebabkan gigi bawah akan bertindih dengan gigi dan rahang atas.
Bagaimana pesakit Gigi Condong dirawat?
Kebanyakan orang yang mempunyai gigi condong sedikit, tidak memerlukan sebarang rawatan. Walau bagaimanapun, doktor gigi akan merujuk anda kepada pakar ortodontik sekiranya gigi anda condong teruk. Bergantung kepada jenis gigi condong anda, pakar ortodontik akan mengesyorkan pelbagai rawatan. Ia boleh termasuk:
Pendakap gigi untuk membetulkan posisi gigi:
- Penyingkiran gigi untuk membetulkan kesesakan.
- Mengubah semula, mengikat, atau menutup gigi.
- Pembedahan untuk membentuk semula atau memendekkan rahang.
- Wayar atau plat untuk menstabilkan tulang rahang.
Rawatan untuk gangguan ini juga boleh mengakibatkan beberapa komplikasi. Ini termasuk:
- Kerosakan gigi.
- Kesakitan atau ketidakselesaan.
- Kerengsaan mulut daripada penggunaan peralatan seperti pendakap gigi.
- Kesukaran mengunyah atau bercakap semasa rawatan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gigi Condong?
Mencegah gangguan ini boleh jadi sukar kerana kebanyakan kes gigi condong adalah keturunan. Ibu bapa bagi kanak-kanak harus mengehadkan penggunaan puting dan botol bagi membantu mengurangkan perubahan dalam tumbesaran rahang. Pengesanan awal gigi condong mungkin membantu memendekkan tempoh (tahap keterukan) rawatan yang diperlukan bagi membetulkan masalah ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen