Apa Itu Kaviti?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019

Definisi

Apa itu kaviti?

Kaviti atau kerosakan gigi berlaku apabila zarah gula dari makanan yang menggalakkan bakteria dalam plak menghasilkan asid dan menyerang enamel gigi. Ketumpatan plak mengekalkan asid ini bersentuhan dengan gigi anda dan dari masa ke masa enamel boleh pecah. Keadaan ini memusnahkan enamel gigi dan lapisan luar gigi yang keras. Ia juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk bayi.

Rongga adalah lubang kecil dalam gigi anda.

Apakah tanda dan simptom kaviti?

Tanda dan simptom kaviti adalah jarang, ia bergantung pada tahap dan lokasinya. Untuk permulaan awal, anda mungkin tidak mempunyai apa-apa simptom sama sekali. Apabila kerosakan/lubang semakin besar, ia boleh menyebabkan tanda-tanda dan simptom seperti:

  • Sakit gigi
  • Kepekaan gigi/gigi sensitif
  • Rasa sakit ringan yang tajam apabila makan atau minum sesuatu yang manis, panas atau sejuk
  • Lubang yang kelihatan dalam gigi anda
  • Warna coklat, hitam atau putih di mana-mana permukaan gigi
  • Sakit apabila anda menggigit

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi.

Rawatan

Apa yang perlu saya lakukan?

Terdapat beberapa tip yang boleh membantu anda mengelakkan daripada keadaan ini berlaku.

  • Mungkin doktor gigi anda mencadangkan rawatan fluorida berkala, terutamanya jika anda tidak mendapat cukup fluorida.
  • Jika anda terdedah kepada kerosakan gigi, doktor gigi anda boleh mencadangkan bilasan mulut antibakteria atau rawatan lain untuk membantu mengurangkan bakteria berbahaya di dalam mulut anda.

Bilakah saya perlu berjumpa doktor?

Adalah perlu mendapatkan pemeriksaan pergigian dan pembersihan gigi secara tetap untuk memastikan kesihatan gigi anda baik, walaupun mulut anda baik-baik saja. Sekiranya anda merasa gigi anda mengalami masalah seperti sakit gigi atau sakit mulut, sila berjumpa doktor gigi secepat mungkin.

Pencegahan

Bagaimana saya boleh mencegahnya?

Anda boleh membantu mencegah kerosakan gigi dengan beberapa langkah di bawah:

  • Memberus gigi dengan ubat gigi fluorida dua kali sehari, pada waktu pagi dan malam.
  • Bersihkan antara gigi setiap hari dengan floss atau pembersih interdental.
  • Cuba makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan hadkan snek/makanan ringan.
  • Semak dengan doktor gigi anda mengenai penggunaan fluorida tambahan, yang menguatkan gigi anda, dan tentang penggunaan bahan tampalan (sealant) gigi, yang digunakan untuk permukaan mengunyah bagi melindunginya daripada kerosakan.
  • Jumpa doktor pergigian anda secara teratur untuk pembersihan profesional dan pemeriksaan oral.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Senjata Baru Dalam Melawan Karies Gigi

    Dalam mencapai misi bebas kaviti dalam setiap kanak-kanak di Malaysia menjelang tahun 2060, senjata baru diperlukan bagi melawan karies gigi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Anak Mengadu Sakit Gigi. Adakah Berpunca Masalah Gigi Berlubang? Ini Cara Mencegahnya…

    Alamak! Gigi anak berlubang dan rosak? Apakah punca gigi berlubang yang mungkin tidak anda sedari? Jom selidiknya dan ketahui cara pencegahannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Bagaimana Ubat Gigi Membantu Melindungi Gigi Anda

    Memberus gigi selepas makan adalah salah satu prosedur kebersihan peribadi yang paling biasa, memberus gigi hanya berfungsi jika anda menggunakan ubat gigi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Sakit Gigi dalam Kalangan Kanak-kanak: Bagaimana Menghadapinya?

    Sakit gigi adalah apabila pulpa di dalam gigi menjadi meradang dan dijangkiti. Ia sering berlaku selepas kecederaan pada gigi akibat kaviti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    memberus gigi

    Berus Gigi 2x Sehari Tak Cukup! Lakukan Lebih Kerap Jika Tak Nak Jadi Begini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/03/2020
    tempoh pemakaian braces

    Rimas Pakai Braces? Ini Jawapan TEPAT Berapa Lama Anda Perlu Pakai Pendakap Gigi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/11/2019
    ubat gigi arginin

    Ubat Gigi Berasaskan Arginin Teknologi Terbaru Melawan Karies Gigi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 18/10/2019
    sifar kaviti

    Memecahkan Rekod, Ke Arah Sifar Kaviti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 17/10/2019