Kenali Simptom Keinginan Membunuh Diri

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Membunuh diri bukanlah satu penyakit mental, tetapi ia biasanya berpotensi untuk menyebabkan berlakunya penyakit mental, termasuk, kemurungan, gangguan bipolar, gangguan kegelisahan atau masalah selepas peristiwa traumatik. Berwaspada dengan simptom keinginan membunuh diri yang boleh membantu anda untuk menghindari kesan buruk dan mengenal pasti punca yang menyebabkan wujudnya keinginan dan pemikiran untuk membunuh diri.

Apakah simptom keinginan membunuh diri?

Putus asa

Ia adalah satu simptom yang paling biasa berlaku kepada individu yang mengalami kemurungan. Individu yang mempunyai simptom keinginan membunuh diri biasanya berasa diri berada dalam situasi terperangkap dan tiada harapan. Rasa putus harapan boleh mengakitbatkan wujudnya keadaan dan harapan masa mendatang yang negatif.

Terlalu sedih dan muram

Berdepan perubahan emosi, seperti akan ada harinya anda sangat bersemangat dan keesokkannya, akan hilang semangat. Berdepan kesedihan dalam masa yang untuk tempoh yang lama boleh membuatkan anda mengalami tekanan yang teramat. Kesedihan yang melampau boleh menjadi punca kecenderungan untuk membunuh diri.

Masalah tidur

Tidur merupakan cara untuk otak anda memperbaiki kerosakan dan fungsi. Individu yang mengalami masalah tidur untuk tempoh yang lama boleh berdepan dengan kecederaan otak yang sukar untuk diperbaiki. Kekurangan tidur merujuk kepada risiko paling bahaya berkait dengan membunuh diri.

Menukar personaliti dan penampilan

Perubahan pada tingkah laku atau sikap, mahupun penampilan adalah antara tanda yang boleh dikenali pasti pada individu yang mempunyai keinginan untuk membunuh diri; seperti bercakap dengan perlahan, mudah naik angin atau kecewa, tidur terlalu banyak, banyak makan, sibuk dengan perihal kematian dan keganasan. Individu dalam masalah ini juga tidak mengambil kisah tentang soal penampilan yang lebih terarah kepada cara yang negatif. Sesetengahnya mungkin mengalami perubahan dalam rutin harian termasuk dari aspek pola tidur dan makan.

Terasing

Individu yang sedang mempersiapkan diri untuk membunuh diri akan mengurangkan interaksi sosial dengan keluarga dan rakan. Mereka akan menyatakan penarikan diri daripada sebarang interaksi sosial dan ingin bersendirian. Mereka memilih untuk bersendirian dan menghindari aktiviti yang melibatkan khalayak. Malahan, mereka tidak berkeinginan untuk melakukan apa yang digemari dulu.

Tingkah laku bahaya

Mula mempunyai tingkah laku berbahaya, seperti penyalahgunaan dadah dan alkohol, memandu secara bahaya, atau melibatkan dalam seks yang tidak selamat. Mereka tampak cuai tentang aspek keselamatan atau tidak langsung menghargai nyawa.

Pemikiran membunuh diri

Kebanyakan individu yang mempunyai keinginan untuk membunuh diri mempamerkan tanda amaran kepada rakan dan ahli keluarga, contohnyamengucapkan selamat tinggal seolah-olah ia adalah kali terakhir mereka berjumpa. Mereka kerap mengatakan tentang keinginan untuk membunuh diri, seperti “Saya akan membunuh diri saya”, “Saya harap saya mati”, atau “Saya harap saya tidak dilahirkan”. Mereka telah membuat persiapkan untuk kematian mereka, seperti membeli pistol atau sejumlah pil, atau memberikan barang kepunyaan mereka.

Siapakah berisiko untuk membunuh diri?

Kadar membunuh diri adalah berbeza mengikut kumpulan usia. Remaja, individu dewasa muda dan berusia adalah antara kumpulan yang mungkin berisiko untuk membunuh diri. Di samping itu, terdapat individu tertentu yang berisiko tinggi untuk membunuh diri, seperti:

  • Individu yang mempunyai penyakit yang tidak boleh diubati
  • Individu yang mempunyai sejarah keluarga membunuh diri
  • Individu yang mempunyai rakan yang membunuh diri
  • Individu yang mempunyai sejarah penderaan fizikal, emosi, seksual atau psikologi
  • Individu yang mempunyai kemurungan jangka panjang atau penyakit mental
  • Individu yang belum berkahwin, kurang berkemahiran atau menganggur
  • Individu yang pernah cuba untuk membunuh diri sebelum ini
  • Individu yang kerap berinteraksi dengan pesakit yang tenat
  • Wanita adalah tiga kali lebih berisiko untuk membunuh diri

Jika anda mempunyai pemikiran atau tanda keinginan untuk membunuh diri tetapi tidak terfikir untuk mencederakan diri sendir, jangan memandang remeh perkara ini dan cuba luahkan apa yang anda rasa kepada individu yang anda percayai. Dapatkan rakan atau ahli keluarga, atau cari kumpulan sokongan atau kaunselor yang dapat membantu anda mengatasi pemikiran dan keinginan ini.

Membunuh diri tidak boleh dirawat dengan rawatan biasa. Ia boleh dipulihkan dengan sokongan dari rakan dan keluarga, serta rawatan yang merawat masalah dari akar umbi. Berjumpalah dengan doktor untuk menentukan masalah utama anda apabila anda mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Tarikh Reviu: April 29, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut