backup og meta

Berdepan Stigma Penyakit Mental

Berdepan Stigma Penyakit Mental

Stigma adalah satu pandangan negatif seseorang individu kepada anda berikutan personaliti atau karaktor unik, yang dianggap atau merupakan satu kelemahan (stereotaip negatif). Malangnya, tingkah laku dan pandangan negatif terhadap individu yang mempunyai masalah kesihatan mental merupakan satu perkara biasa.

Stigma cenderung mewujudkan diskriminasi, yang secara langsung dan jelas, seperti seseorang individu membuat komen negatif terhadap kesihatan mental atau rawatan yang anda lalui. Ada masanya, diskriminasi itu mungkin bersifat halus atau disengajakan, seperti seorang individu cuba mengelakkan anda kerana merasakan anda tidak stabil, berbahaya, atau ganas kerana mempunyai masalah kesihatan mental. Ada masanya anda sendiri menghakimi dan menilai diri anda.

Antara impak bahaya stigma adalah termasuk:

  • Kurang memahami oleh rakan, keluarga atau rakan sekerja
  • Keengganan untuk mendapatkan rawatan atau pertolongan
  • Buli, penderaan fizikal atau gangguan
  • Kepercayaan bahawa anda tidak mungkin berjaya menakluki cabaran atau anda tidak dapat memperbaiki situasi kehidupan anda
  • Kurang peluang untuk bekerja, bersekolah atau aktiviti sosial atau kesukaran mendapat tempat tinggal

Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu mengendalikan stigma:

Dapatkan rawatan

Jangan biarkan ketakutan didiagnosis dengan penyakit mental menghalang anda untuk mendapatkan bantuan. Rawatan dapat memberikan kelegaan untuk dapat mengetahui apa yang tidak kena dengan diri anda dan mengurangkan simptom yang boleh menjejaskan kehidupan peribadi dan kerja anda.

Jangan biarkan stigma mewujudkan keraguan diri dan rasa malu

Anda mungkin merasakan bahawa keadaan anda adalah petanda kelemahan diri atau anda dapat mengatasinya tanpa bantuan. Dapatkan pertolongan kaunseling dari pakar psikolohi atau psikiatri, pelajari tentang isu dan masalah yang anda hadapi dan jalinkan hubungan dengan individu yang turut menderita masalah kesihatan mental yang sama untuk membantu menaikkan kembali semangat dan keyakinan diri dan menghindari dari penilaian diri yang hanya akan merosakkan fikiran.

Jangan mengasingkan diri

Adalah digalakkan untuk anda berkongsi tentang keadaan kesihatan anda dengan individu yang rapat dengan anda seperti keluarga, rakan atau ahli perubatan profesional atau komuniti setempat yang dapat menawarkan anda bantuan dan sokongan. Berkongsi bersama mereka yang anda percayai, menyokong dan tidak menghakimi.

Menyertai kumpulan sokongan

Kumpulan sokongan adalah pilihan yang terbaik kepada individu yang berdepan dengan masalah kesihatan mental. Terdapat pelbagai kumpulan sokongan, tetapi secara umumnya, kumpulan seperti ini bertujuan untuk membantu sekelompok individu bertemu dan berkongsi pengalaman dan mendapatkan galakan serta sokongan bersama.

Dapatkan bantuan di sekolah

Diskriminasi terdapat pelajar yang disebabkan masalah kesihatan mental adalah bertentangan dengan undang-undang. Tenaga pengajar di peringkat rendah, menengah mahupun kolej boleh memberikan bantuan yang terbaik kepada pelajar. Oleh itu, jangan takut mahupun risau untuk bercakap dengan guru, profesor atau pentadbir tentang kebimbangan anda.

Luahan terhadap stigma

Jika mempunyai kesempatan dan ruang, luahkan apa pendapat anda di dalam kumpulan sokongan, surat kepada editor, sebarang acara atau mungkin di platform media sosial. Ia boleh menggalakkan dan memberikan semangat kepada individu lain yang berdepan cabaran yang sama. Dalam masa yang sama, ia boleh meningkatkan kesedaran umum tentang penyakit kesihatan mental ini.

Penilaian terhadap seseorang individu atau situasi biasanya berlaku kerana kurang pemahaman dan fakta tentang apa yang berlaku. Belajar untuk menerima masalah yang dihadapi dan mengenal pasti apa yang anda perlukan untuk rawatan, mendapatkan sokongan dan membantu mendidik individu lain pastinya akan dapat memberikan impak perbezaan yang besar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Coping with the Stigma of Mental Illness. http://www.webmd.com/mental-health/coping-stigma-illness. Accessed January 1st, 2017.

8 Tips for Dealing with Mental Health Stigma in Today’s Society. http://www.huffingtonpost.com/stan-popovich/mental-health-stigma_b_5800550.html. Accessed January 1st, 2017.

Versi Terbaru

03/12/2019

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, Ini 4 Langkah Penting Untuk Mengelakkannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan