Perkara ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh pengambilan jumlah kalori yang sama dengan hari anda bersenam. Ini akan menyebabkan lebihan kalori bertukar menjadi sel lemak di dalam badan. Jadi, ingat ya! Sel otot tidak bertukar menjadi lemak sebaliknya ia mengecut dan memberi ruang untuk diisi oleh sel lemak. Besar perbezaannya!
Waktu pagi adalah merupakan waktu terbaik untuk bersenam
Walaupun petua ini betul, namun ia tidak tepat. Waktu yang sesuai untuk bersenam bergantung kepada objektif anda. Jika anda bersenam untuk mengurangkan berat badan, maka pagi adalah waktu yang terbaik untuk bersenam. Hal ini kerana apabila kita bangun daripada tidur, badan kita berada dalam keadaan “berpuasa” (fasted state). Ini bermakna bagi mendapatkan tenaga untuk bersenam, kalori tersebut akan diambil daripada “stor simpanan” seperti hati yang menyimpan glikogen dan tisu lemak.
Jika dilihat dari sudut keberkesanan untuk memperoleh kebaikan bersenam secara umum, waktu tidak memainkan peranan yang begitu penting. Anda boleh bersenam di gim pada waktu pagi, petang ataupun malam namun, jika anda berasa letih, seeloknya bagi anda untuk tidur. Tidur yang cukup dapat memberikan kesan fisiologikal yang lebih baik.
Senaman regangan dapat mengurangkan risiko kecederaan
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen