Tertukar Sperma Sewaktu Rawatan IVF?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019

Walaupun rawatan kesuburan mempunyai maklum balas yang positif, tetapi buat sesetengah individu, pengalaman yang dialami oleh mereka boleh menjadi mimpi ngeri. Ada yang dirawat dengan menggunakan sperma yang salah, ada klinik yang terhantar maklumat sensitif kepada pasangan yang salah dan ada juga insiden yang menyebabkan kerosakan kepada embrio. Ikuti artikel ini untuk mengetahui berkenaan dengannya.

Nota penafian: Artikel ini ditulis berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku di luar negara. Ia tidak bertujuan untuk membenarkan perkara yang dilarang oleh kepercayaan agama masing-masing (penggunaan sperma lelaki lain). 

Salah sperma

Puan F menunggu di hadapan pintu klinik, keresahan. Dia dan suaminya sudah merancang untuk menjalankan prosedur persenyawaan in vitro (IVF) buat kali ketiga. Hasil daripada dua prosedur yang dilakukan olehnya sebelum ini telah memberikan pasangan tersebut seorang cahaya mata. Mereka menggunakan sperma penderma yang sama kali ini untuk mendapatkan anak yang kedua.

Percubaan pertama mereka menggunakan sperma penderma pertama tidak berjaya. Namun itu tidak mematahkan semangat mereka pada ketika itu dan doktor menyarankan penggunaan sperma penderma yang lain untuk cubaan kali kedua. Kini, dia berharap agar cubaan kali ketiga menggunakan sperma yang sama daripada penderma kedua berjaya. Tujuannya adalah untuk mendapatkan anak kedua yang mempunyai struktur genetik yang sama dengan anak mereka yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, setelah selesai proses pemindahan embrio ke dalam rahim Puan F, dia diberitahu bahawa terdapat kesilapan pada kertas kerja. Mereka menggunakan sperma daripada penderma pertama! Susulan daripada kejadian itu, pusat kesihatan tersebut memohon maaf dan menjanjikan sokongan berterusan untuk membantu Puan F dalam mendapatkan anak kedua. Puan F disahkan mengandung dan mereka bercadang untuk meneruskan proses kehamilan tersebut.

Kawal selia rawatan ketidaksuburan

Walaupun dalam senario di atas, Puan F mampu bertoleransi dengan kesilapan yang dilakukan oleh pihak klinik, kebanyakan individu cenderung untuk melenting dalam situasi tersebut. Mana tidaknya, rawatan kesuburan ini menelan kos yang agak tinggi jadi usaha untuk mengawal selia prosedur rawatan perlu dikuatkuasakan untuk menjamin kualiti perkhidmatan terbaik. Kesilapan menggunakan sperma yang salah ini merupakan salah satu daripada kecuaian klinikal yang berlaku dalam kalangan klinik-klinik kesuburan di England. Laman web Dailymail melaporkan bahawa kira-kira 294 insiden kesilapan klinikal telah berlaku tahun lepas. Ini termasuk insiden pembocoran maklumat peribadi pesakit kepada keluarga yang salah dan kemusnahan embrio kesan daripada kecuaian pekerja.

Selain daripada kesilapan teknikal tersebut, sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS) juga kian meningkat. Ini merupakan kesan sampingan rawatan IVF di mana dos ubat suntikan hormon yang berlebihan akan menyebabkan ovari bengkak. Tujuan suntikan ini adalah untuk merangsang perkembangan telur wanita di dalam ovari agar ia cepat matang. Namun, jika ubat hormon dan simptom yang dialami oleh pesakit tidak dikawal selia, ia boleh menyebabkan simptom yang lebih teruk seperti sakit abdomen, muntah, sesak nafas dan kenaikan berat badan mendadak.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Human Fertilisation and Embryology Authority, pada tahun 2018 sebanyak 156 kes berkaitan dengan kesan sampingan prosedur IVF telah berlaku. 104 kes terpaksa dirawat di hospital dan selebihnya, diberikan ubat tahan sakit untuk mengawal simptom. Kenaikan jumlah kes pada tahun ini berbanding tahun lepas (132) berkemungkinan disebabkan oleh peningkatan pada tahap kesedaran pekerja klinik untuk melaporkan OHSS. Ini bagi memastikan wanita yang terlibat dirawat dengan baik di hospital berdekatan.

Konklusi

Kesilapan klinikal khususnya berkaitan dengan rawatan masalah ketidaksuburan tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh mempengaruhi tahap kesihatan emosi dan psikologi pasangan terutamanya jika kesilapan tersebut boleh dielakkan dengan langkah berjaga-jaga. Selain daripada kesilapan teknikal, pihak terlibat perlu mengambil serius berkenaan dengan kesan sampingan OHSS yang terpaksa ditanggung wanita melalui prosedur IVF. Jika anda mengalami simptom yang menyerupai OHSS selepas melakukan prosedur IVF, rujuk doktor anda untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Punca-Punca Utama Ketidaksuburan Dalam Wanita

    Ketidaksuburan dalam wanita adalah salah satu daripada kerisauan utama kaum hawa dan juga pasangan mereka. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Penting untuk kita fahami punca-puncanya agar ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Bagaimana Membebaskan Diri Dari Dibebani Penyesalan

    —Meta description not set.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sistem Reproduktif Wanita

    Sistem reproduktif wanita termasuk faraj, uterus, tiub fallopian dan ovari. Berbeza dengan lelaki, sistem ini terletak kesemuanya di bahagian pelvis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Maggie Quek

    Penanda Ketumbuhan CA-125

    Kenali apa itu Penanda Ketumbuhan CA-125. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nurafidah Samsuir

    Artikel lain untuk anda

    11-tanda-dan-cara-kecutkan-cyst

    Cyst Ovari Ancaman Setiap Wanita, Ini 11 Tanda Bahaya Jika Alaminya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    folikel antral

    Kurang Folikel Punca Sukar Hamil? Fahami Kaedah AFC Dalam Rawatan Kesuburan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/05/2020
    anak-ibu-bapa

    Nak Anak? Ini Caranya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/10/2019
    Ooforektomi

    Ooforektomi: Prosedur Pembedahan Pembuangan Ovari

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 28/02/2019