backup og meta

Tip Senaman Bagi Penghidap Tekanan Darah Tinggi

Tip Senaman Bagi Penghidap Tekanan Darah Tinggi

Bersenaman memberikan seribu satu manfaat pada kesihatan. Ia juga memberi anda lebih banyak tenaga dan merupakan cara terbaik untuk mengurangkan tekanan dan berasa lebih baik. Mereka dengan kondisi hipertensi amat digalakkan bersenam, ini cara senaman untuk darah tinggi!

Sila berunding dengan doktor anda terlebih dahulu jika anda belum aktif dari sekarang.

Mereka akan memastikan anda telah bersedia untuk bersenam. Oleh kerana gaya hidup yang aktif adalah baik untuk tekanan darah anda, doktor anda mungkin akan menggalakkannya.

Anda boleh melakukan apa-apa aktiviti yang anda suka, dan anda tidak semestinya perlu pergi ke gimnasium.

Selagi anda banyak bergerak dan membuat jantung berdegup dengan lebih cepat atau menjadikan pernafasan anda lebih sukar, dia dikira berfungsi dengan baik.

Ini termasuk berjalan cepat, berjoging, berenang, berbasikal, mengangkat berat, atau melakukan kerja-kerja halaman.

Untuk memilih aktiviti, dua soalan yang baik untuk bertanya kepada diri anda adalah:

  1. Apa yang kelihatan seperti menyeronokkan?
  2. Adakah anda lebih suka bersenam dalam kumpulan, atau bersendirian?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Jantung, sila dapatkannya di sini.

Apakah jenis senaman untuk darah tinggi yang terbaik?

Terdapat 3 jenis senaman asas:

senaman untuk darah tinggi

  1. Senaman kardiovaskular, atau aerobik boleh membantu menurunkan tekanan darah anda dan menjadikan jantung anda lebih kuat. Contohnya berjalan kaki, berjoging, melompat tali, berbasikal (statik atau di luar), ski merentas desa, bermain kasut roda, mendayung, aerobik berimpak tinggi atau rendah, berenang, dan senaman air.
  2. Senaman untuk darah tinggi jenis kekuatan (strength) dapat membina otot yang kuat dan membantu anda membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Ia juga baik untuk sendi dan tulang anda.
  3. Senaman regangan membuatkan anda lebih fleksibel, membantu anda bergerak dengan lebih baik, dan membantu mencegah kecederaan.

Bagaimanakah kekerapan yang sesuai dalam senaman?

Pilihlah aktiviti yang sederhana, seperti berjalan pantas, sekurang-kurangnya 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu.

Sekiranya anda tiada masa, aktiviti yang kuat, seperti joging, memberikan anda manfaat yang sama dalam masa 20 minit, 3 hingga 4 hari seminggu.

Jika anda tidak aktif pada masa sekarang, lakukan senaman untuk darah tinggi secara beransur sehingga mencapai jumlah latihan ini.

Tiada masalah sekiranya anda mengambil masa beberapa minggu untuk sampai ke tahap itu.

senaman untuk darah tinggi

Sebelum bersenam, mulakan dengan memanaskan badan. Pemanasan 5- hingga 10 minit membantu badan anda mula bergerak dan membantu mencegah kecederaan.

Seterusnya, tingkatkan tahap kekuatan senaman. Jangan keterlaluan – seharusnya anda masih boleh bercakap dengan seseorang semasa anda bersenam.

Tetapi jika anda masih dapat menyanyi, tingkatkan usaha untuk memastikan anda mendapat manfaat terbaik daripada senaman anda.

Akhir sekali, sejukkan badan. Apabila anda selesai bersenam, jangan berhenti secara tiba-tiba.

Perlahankan tahap selama beberapa minit. Ini sangat penting bagi seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Baca juga:

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.escardio.org/The-ESC/Press-Office/Press-releases/How-to-prevent-and-treat-high-blood-pressure-with-exercise#:~:text=For%20people%20with%20hypertension%20(blood,%2C%20running%2C%20cycling%20or%20swimming.
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure/art-20045206
  3. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/changes-you-can-make-to-manage-high-blood-pressure/getting-active-to-control-high-blood-pressure
  4. https://www.acsm.org/blog-detail/acsm-certified-blog/2019/02/27/exercise-hypertension-prevention-treatment
  5. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4589552/

Versi Terbaru

30/08/2021

Ditulis oleh JX Chan

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rasa Lesu Ketika Bangun Tidur? Lakukan Senaman Regangan Ini Untuk Kekal Segar, 10 Minit Saja!

5 Punca Mengapa Perut Cramp Semasa Berlari, Ia Boleh Buat Hilang Mood Nak Berjoging!


Disemak secara perubatan oleh

Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 30/08/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan