backup og meta

Rentak Muzik Rancak, Gembira: Membuatkan Individu Senang Bekerjasama

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    Rentak Muzik Rancak, Gembira: Membuatkan Individu Senang Bekerjasama

    Muzik sentiasa menjadi aspek penting dalam kehidupan. Kita memainkan muzik dalam majlis perkahwinan, semasa bersenam, dan juga semasa mandi. Rentak muzik yang tepat dapat merapatkan hubungan antara individu.

    Menjadikan tugasan yang sama, menyeronokkan

    Terdapat kajian yang menunjukkan muzik yang betul boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Dalam situasi bekerja, muzik rancak dan gembira turut boleh memberi kesan yang sama.

    Apabila sesuatu tugasan itu adalah satu tugasan yang berulang, alunan muzik dapat meningkatkan emosi pekerja, yang mendorong kepada peningkatan produktiviti. Sebagai contoh, dalam barisan kerja pemasangan, pekerja menunjukkan tanda-tanda gembira dan kecekapan dalam pekerjaan semasa mendengar muzik.

    Bantuan menaikkan semangat

    Jika anda perlu mengasingkan diri dari gangguan luar dan fokus kepada kerja anda, cuba pakai fon kepala dan dengar beberapa lagu. Penolong profesor dalam program terapi muzik, Dr. Teresa Lesiuk, di Universiti of Miami telah mengkaji kesan muzik terhadap prestasi pekerjaan. Penyeledikan Dr. Lesiuk menumpukan bagaimana muzik mendatangkan kesan terhadap prestasi di tempat kerja.

    Dalam satu kajian yang melibatkan pakar teknologi maklumat, beliau mendapati bahawa individu yang mendengar muzik dapat menyelesaikan tugasan dengan lebih cepat dan menghasilkan idea yang lebih baik berbanding individu yang tidak mendengar muzik. Ini kerana muzik dapat meningkatkan emosi mereka.

    Galakkan kreativiti

    Pengarang siri terkenal Harry Potter, JK Rowling, mendapat idea mengenai Potter di kedai kopi. Muzik dan bunyi bising dari kedai kopi dipanggil bunyi ambien – bunyi bising pada tahap yang sederhana.

    Lagu tanpa lirik berfungsi dengan baik jika anda sedang cuba mendapatkan idea kreatif. Mendengarkan lagu dengan lirik semasa menulis adalah agak sukar melainkan anda mempunyai kebiasaan untuk berbuat demikian.

    Mengembalikan fokus

    Setiap individu boleh menumpukan perhatian dalam tempoh 20 minit untuk sesuatu masa. Menurut doktor perubatan bersepadu dengan Mayo Clinic, Dr. Amit Sood, muzik dapat mengembalikan anda kepada realiti.

    Apabila fikiran mula menerawang, anda cenderung untuk memikir sesuatu yang menyedihkan. Muzik akan membawa anda kembali ke dunia nyata dan memberhentikan pemikiran yang tidak menyeronokkan itu dan menjadikan tugasan anda lebih mengembirakan.

    Galakkan kerja berpasukan

    Terlalu banyak emosi negatif di tempat kerja? Mengapa tidak anda mendengar muzik. Muzik dapat menjadikan emosi seseorang lebih baik. Individu dalam emosi yang baik akan lebih mudah bekerjasama dan lebih produktif.

    Walaupun mungkin rakan sekerja anda tidak menggemari muzik, ia boleh menjadi satu topik perbualan untuk mengeratkan hubungan antara rakan sekerja.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan