backup og meta

Rasa Sakit Paling Kerap Berlaku Disebabkan Penuaan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/08/2023

    Rasa Sakit Paling Kerap Berlaku Disebabkan Penuaan

    Jika anda mengalami rasa sakit, anda tidak berseorangan. Hampir semua orang pernah mengalaminya dan ia sebenarnya merupakan sebahagian daripada proses penuaan yang berlaku. Jika mesin atau barang yang anda beli semakin rosak selepas lama digunakan, badan anda juga mengalami proses yang sama.

    Mari lihat apakah punca rasa sakit paling kerap berlaku.

    1. Sakit bawah belakang

    Ini ialah punca sakit kronik paling kerap berlaku.

    Sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun dan tidak pernah mengalami sebarang trauma di belakang, rasa sakit belakang tersebut berkemungkinan besar disebabkan oleh duduk terlalu lama. Ia memberikan tekanan yang banyak ke atas cakera (discs) tulang belakang.

    Orang berumur pula lebih kerap mengalaminya disebabkan keadaan seperti artritis.

    Senaman dan regangan boleh mengurangkan kesakitan atau tuam dengan air suam. Ubat tahan sakit di farmasi mungkin juga membantu.

    2. Sakit kepala

    Sama ada yang biasa atau migrain, ia kerap berlaku. Punca kebiasaannya tidak jelas tetapi beberapa perkara boleh merangsang termasuk dehidrasi, haid, stres, cuaca, dan makanan tertentu seperti coklat.

    Urutan di kepala sambil menyapu minyak angin boleh membantu. Ubat-ubatan seperti panadol dan ibuprofen berguna untuk mengurangkan rasa sakit kepala biasa. Migrain mungkin memerlukan ubat preskripsi doktor.

    3. Osteoartritis (OA)

    OA berlaku apabila tulang rawan (cartilage) antara tulang di dalam sendi mula rosak. Pergeseran langsung antara dua tulang menyebabkan rasa sakit. Sendi yang kerap mengalami OA termasuk lutut, pinggul, dan lengan. Keadaan ini ialah sebahagian daripada proses penuaan dan cenderung berlaku dalam ahli keluarga.

    Berbeza dengan keadaan lain, menjadi aktif dengan kerap menggunakan sendi membantu mengurangkan rasa sakit kerana senaman akan meningkatkan aliran darah dan menguatkan otot di sekeliling sendi tersebut, seterusnya mengurangkan tekanan ke atasnya.

    Jika kesakitan yang dialami adalah teruk, sila berbincang dengan doktor.

    4. Otot terseliuh atau sakit

    Kepadatan otot semakin berkurang apabila semakin berumur. Ia membuatkan otot kurang fleksibel serta mudah mengalami kecederaan. Oleh sebab itu, orang berumur lebih cepat rasa sakit badan dan otot selepas melakukan sebarang aktiviti.

    Untuk menangani kesakitan tersebut, elakkan aktiviti seperti mengangkat barang berat. Senaman regangan seperti yoga membantu membuatkan otot anda lebih flesibel dan mengelakkannya mudah tercedera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan