Limfoedema (lymphedema) adalah kesan sampingan yang berpotensi bagi pembedahan kanser payudara dan terapi sinaran yang boleh muncul pada sesetengah orang sama ada beberapa bulan atau tahun selepas rawatan berakhir.
Limfa (lymph) adalah cecair jernih dan cerah yang mengelilingi seluruh tubuh untuk membuang buangan, bakteria, dan bahan lain dari tisu. Manakala edema adalah pembentukan cecair berlebihan. Jadi limfoedema berlaku apabila terlalu banyak limfa berkumpul di mana-mana bahagian tubuh.
Jika limfoedema berlaku terhadap individu yang telah dirawat, ia biasanya berlaku di lengan atau tangan tetapi kadang-kadang ia juga mempengaruhi payudara, ketiak, dada dan belakang.
Siapa berisiko mendapat limfoedema?
Individu yang menerima mana-mana prosedur rawatan berikut:
- Mastektomi (pembuangan buah dada melalui pembedahan) mudah dengan kombinasi aksilari (lubang lengan) penyingkiran nodus limfa
- Lumpektomi (pembuangan tumor daripada payudara secara pembedahan) dalam kombinasi dengan penyingkiran nodus limfa aksilari
- Mastektomi radikal yang diubahsuai dengan kombinasi penyingkiran nodus limfa aksilari
- Pembedahan kanser gabungan dan terapi radiasi ke bahagian nodus limfa (seperti leher, ketiak, pangkal paha, pelvis, atau perut)
- Terapi radiasi ke bahagian nodus limfa
Anda boleh mendapatkan limfoedema dalam masa beberapa hari pembedahan, tetapi ia juga boleh berlaku dalam bulan atau tahun selepas itu. Sekiranya tidak dirawat, ia akan menjadi lebih teruk.
Simptom limfoedema
Sebilangan bengkak kecil, walaupun di lengan anda, adalah normal untuk 4 hingga 6 minggu pertama selepas pembedahan kanser payudara. Sesetengah wanita juga mungkin mempunyai kemerahan atau sakit di lengan, yang mungkin menjadi simptom keradangan atau jangkitan.
Antara simptom limfoedema adalah:
- Bengkak di lengan atau tangan
- Rasa tegang, berat atau penuh di lengan atau tangan
- Rasa ketegangan pada kulit atau penebalan kulit
- Sakit atau kemerahan di lengan atau tangan
Diagnosis limfoedema
Cara paling biasa adalah pemeriksa limfoedema adalah dengan mengukur lebar lengan atas dan bawah. Pengukuran boleh diambil sebelum pembedahan bagi mendapatkan perbandingan dengan selepas pembedahan.
Doktor juga akan melihat sejarah perubatan (termasuk pembedahan dan rawatan masa lalu) ubat dan simptom semasa anda. Doktor juga akan memberi anda ujian fizikal lengkap. Dia mungkin meminta anda mengambil ujian lain, seperti MRI, scan CT, atau ultrasound untuk memeriksa pembentukan cecair.
Rawatan limfoedema
Ia bergantung kepada tahap pembengkakan dan puncanya. Contohnya, jika dijangkiti doktor mungkin menetapkan antibiotik untuk anda.
Rawatan lain boleh termasuk balutan (bandaging), penjagaan kulit dan diet yang betul, pakaian mampatan, senaman, dan saliran limfa manual, bentuk regangan kulit dan urutan yang lembut.
Sebelum melakukan apa-apa terapi anda perlu berbincangan dengan doktor terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak mendapat penjagaan perubatan untuk lymphedema, ia boleh menyebabkan pembengkakan dan pengerasan tisu, dan ini boleh memberi kesan ke atas fungsinya. Malah, ia juga boleh membawa kepada jangkitan dan penyakit lain.