2 Sebab Kenapa Ada Kondom Berperisa Untuk Anda, Bukan Suka-Suka Cipta Ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/02/2020

Ya, ia wujud. Kalau anda tidak pernah membeli kondom sebelum ini, mungkin anda tidak perasan bahawa terdapatnya kondom berperisa yang dijual di kedai serbaneka dan juga di farmasi.

Namun, timbul satu persoalan penting berkaitan inovasi ini – kenapa ia dicipta?

Kondom? Raw je!

Wow! Gemar living dangerously nampak? Memang betul, penggunaan kondom akan, sedikit sebanyak, mengganggu kenikmatan hubungan intim.

Namun, terdapat keadaan di mana penggunaanya adalah sangat digalakkan. Sebagai contoh, jika anda tidak merancang untuk mendapatkan zuriat, penggunaan kondom adalah kaedah pencegah kehamilan yang murah, mudah di dapat dan juga berkesan.

Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit jangkitan kelamin seperti HIV, sifilis dan juga chlamydia.

kondom berperisa

Oleh itu, jika anda seseorang yang aktif melakukan hubungan seks dengan lebih daripada satu pasangan, penggunaan kondom adalah sangat disarankan. 

Jadi, kenapa ada kondom berperisa?

Jangan risau, bukan anda seorang sahaja yang terpaksa menggaru kepala, cuba memikirkan kenapa adanya kondom berperisa. Adakah saluran faraj mampu mengesan dan memproses perisa yang terdapat pada kondom tersebut?

Adakah pasangan wanita itu turut berasa lapar ketika melakukan hubungan seks?

Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang mendorong kewujudan kondom berperisa ini. Salah satunya adalah untuk menyemarakan hubungan intim anda.

Kondom biasa tidak mempunyai bau atau perisa yang menarik. Sebaliknya, untuk anda yang kerap menggunakannya, anda akan tahu bahawa bau dan rasa kondom tradisional adalah seperti getah kerana jelas sekali, kondom diperbuat daripada getah.

Gabungan bau dan rasa yang tidak menyelerakan ini menyebabkan kondom tradisional hampir selalunya tidak digunakan ketika seks oral.

Ketiadaan perlindungan ketika melakukan seks oral menyebabkan pemberi blowjob berisiko untuk menerima jangkitan daripada pasangan lelaki.

Bagi menyelesaikan masalah ini, inovasi kondom berperisa telah dihasilkan. Perisa yang ditambah pada bahagian luaran kondom ini bertujuan untuk meningkatkan penerimaannya oleh pasangan wanita di samping melindungi mereka daripada penyakit jangkitan kelamin.

Selain itu, kepelbagaian perisa yang ada membolehkan pasangan mencuba perisa-perisa yang berbeza sekali gus menyemarakan hubungan intim.

Untuk rakyat Malaysia, terdapat juga kondom yang mempunyai perisa tempatan seperti rendang

Tuntasnya, inovasi kondom berperisa ini mempunyai tujuannya yang tersendiri. Kondom adalah alat pencegah kehamilan yang berkesan di samping member perlindungan daripada jangkitan kelamin.

Oleh itu, stigma terhadap penggunaan kondom perlu dihapuskan dan anda berhak untuk mendapatkan hubungan intim yang lebih ‘berperisa’.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Terdapat pelbagai cara mengatasi tekanan perasaan yang boleh anda cuba. Antaranya adalah melakukan seks bersama pasangan. Klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Anda tidak tahu mengapa anda tidak lagi minat melakukan hubungan seks bersama pasangan? Ini 11 sebab mengapa keadaan suami isteri romantik itu telah pudar.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas C-Sec? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

    Bersama suami selepas bersalin pasti menimbulkan bimbang dan takut. Tapi bilakah masa sesuai bersenggama bagi wanita yang melalui proses kelahiran C-sec?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    cara-pakai-kondom-wanita

    Nak Tahu Cara Guna Kondom Wanita? Kena Baca Ini Supaya Tiada Kes TERSEKAT Dalam Faraj

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    klimaks lelaki

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    bahaya seks oral

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/05/2020