6 Bahagian Sensitif Lelaki & Wanita, Jom GODA Pasangan Anda Di Titik Ini!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pernahkah anda merasakan bahawa anda gagal untuk menggoda pasangan? Anda tidak tahu apa cara goda lelaki mahupun perempuan?

Jangan bimbang mengenainya. Mungkin anda terlupa mengenai beberapa bahagian sensitif pada badan pasangan anda. Berikut senarai beberapa ‘kelemahan’ lelaki dan wanita yang perlu anda tahu.

Menurut kajian, lebih daripada 60% individu lelaki menganggap bahawa kawasan intim mereka bukanlah bahagian paling sensitif. Terdapat beberapa tempat lain yang boleh menaikkan keghairahan mereka.

6 Cara Goda Lelaki & Perempuan – Sentuh Mereka Di Titik Sensitif Ini!

#1 Leher

Leher merupakan satu kawasan paling sensitif mengandungi banyak saraf. Jadi, walaupun sentuhan secara tiba-tiba atau sedikit hembusan nafas, sudah mampu ‘mengoyangkan’ pasangan anda.

Cara goda lelaki & perempuan #2 Telinga

‘Menyerang’ pasangan anda di telinganya, seperti bisikan manja, atau ‘gerakan nakal’ dari lidah boleh menarik perhatiannya.

#3 Lidah

Ciuman adalah cara terbaik untuk menaikkan keghairahan pasangan anda, sama ada lelaki mahupun wanita. Apa yang perlu anda lakukan adalah mempelbagaikan gerakan dan irama lidah. Anda juga boleh ‘mengigit nakal’ lidahnya

Selain bahagian yang disenaraikan di atas, terdapat beberapa bahagian ‘panas’ wanita yang perlu diambil berat untuk lelaki, jika anda mahu membuatkan pasangan anda tergoda.

#4 Bibir

Memulakan adegan godaan anda dengan ciuman, adalah satu peranan penting untuk merangsang banyak saraf pada bibir wanita. Ia boleh menghasilkan rembesan yang akan menjadikan tubuh anda lebih bersemangat. Satu-satunya cara untuk mengeksploitasi bibir wanita adalah dengan ciuman. Lidah, gigi dan jari juga boleh digunakan untuk merangsang rembesan yang sama pada pasagan anda.

$5 Payudara

Ia merupakan kawasan paling terkenal selepas bahagian intim wanita kerana ia adalah bahagian paling sensitif di badan wanita. Dan adalah perlu untuk lelaki mengetahui cara yang sebetulnya untuk menawannya.

#6 Paha

Ia adalah satu kesilapan jika anda terlupa mengenai bahagian paling sensitif ini. Sentuhan menggunakan jari atau lidah akan membuat paha meningkatkan aliran darah ke bahagian intim. Jika ia dilakukan serentak dengan seks oral, pastinya ia akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Disember 7, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Februari 12, 2020