8 Fakta Tentang Kondom Yang Anda TAK PERNAH Tahu, No #6 Paling Terkejut!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kondom merupakan satu kaedah kawalan kehamilan dan pencegahan penyakit kelamin (STD) yang biasa dan berkesan ketika melakukan hubungan seksual. Selain digunakan untuk mengawal kelahiran dan mencegah penyakit, beberapa fakta tentang kondom yang menarik dan mengujakan.

8 fakta tentang kondom

  1. Berapa lama kondom digunakan?

Kondom telah digunakan sejak 15,000 tahun yang lalu. Kondom yang paling tua telah dijumpai Sweden dan ia diperbuat daripada usus babi.

  1. Kondom tidak boleh mencegah penyakit kelamin dan kehamilan 100%

Tahap peratusan bagi keberkesanan kondom dalam mencegah STD dan kehamilan hanya 97%, iaitu merupakan peratusan tertinggi di antara kaedah pencegah yang ada. Kes ralat mungkin berpunca dari sebab seperti penggunaan yang salah dan kondom yang sudah luput.

Kondom berkesan untuk mencegah STD, penyakit HIV dan kehamilan. Jadi penggunaan kondom penting ketika melakukan hubungan seksual untuk melindungi kesihatan diri dan pasangan. Jika terdapat alahan selepas menggunakan kondom, haruslah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

  1. Di manakah pengeluar terbesar kondom?

Malaysia merupakan negara yang mempunyai kilang penghasilan kondom terbesar, yang membekalkan 25% bahagian pasaran dunia. Selain itu, Amerika Syarikat merupakan negara penggunaan kondom terbesar di dunia.

  1. Bagaimana kondom dihasilkan?

Secara umumnya, sejak tahun 1920, kondom dihasilkan daripada lateks dan mula dijual oleh London Rubber Company, lebih dikenali sebagai Durex, pada tahun 1932. Walau bagaimanapun, sebelum penggunaan lateks, banyak bahan material berbeza seperti usus haiwan atau sutera digunakan. Kulit juga digunakan dalam penghasilan kondom di Jepun.

  1. Berapa jenis kondom?

Terdapat beberapa jenis kondom:

  • Kondom biasa – mempunyai saiz biasa dan boleh digunakan oleh setiap individu. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh memberikan keselesaan yang sama seperti penggunaan kondom yang lebih besar atau kecil.
  • Kondom kecil – direka untuk zakar yang lebih pendek atau kecil. Kondom jenis ini memberikan rasa yang lebih baik dan mengurangkan risiko kondom dari tertanggal ketika digunakan.
  • Kondom besar – merupakan kondom yang besar daripada yang biasa dan terdapat dalam pelbagai bentuk. Ia juga direka untuk memberikan lebih keselesaan.
  • Kondom menyeronokkan – yang ditambah warna, perisa dan bersinar dalam gelap, untuk menjadi hubungan seksual lebih menarik. Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh menyebabkan alahan kepada individu lelaki mahupun wanita.
  • Kondom nipis – lebih nipis daripada kondom biasa untuk memberikan lebih sensitiviti kepada pengguna dan pasangan.
  1. Adakah kondom hanya untuk lelaki?

Selain kondom untuk lelaki, yang digunakan secara meluas, terdapat juga kondom untuk wanita. Ia adalah kantung dan mempunyai cincin fleksibel di setiap hujungnya. Kondom untuk wanita digunakan dengan cara memasukkan ke dalam faraj sebelum melakukan hubungan seksual. Ketika hubungan seksual dilakukan, cincin terbuka pada bahagian luar faraj dan cincin pada bahagian hujung akan memegang kantung di dalam faraj. Dengan menghalang sperma daripada memasuki faraj, ia sekali gus menolak kemungkinan kehamilan untuk berlaku.

  1. Tempat yang sesuai menyimpan kondom?

Ramai lelaki menyimpan kondom di dalam dompet atau poket seluar dan ia mungkin menjejaskan kualiti kondom. Kondom perlu disimpan di tempat yang kering sejuk. Selain itu, tarikh luput kondom juga harus sentiasa diperiksa sebelum digunakan. Kondom yang telah tamat tempoh tidak dapat mencegah kehamilan dengan berkesan.

  1. Uji kondom

Setiap individu yang ingin menggunakan kondom tidak seharusnya menunggu masa untuk melakukan hubungan seksual untuk menggunakan kondom. Lelaki seharusnya menguji kondom dengan melancap. Alasannya adalah untuk memastikan ia adalah saiz yang sesuai. Terlalu tebal atau terlalu besar boleh mendatangkan kesan negatif kepada lelaki. Selain itu, sesetengah individu lelaki mungkin akan mengalami alahan dengan material kondom. Oleh itu, melakukan pemeriksaan dan ujian adalah amat penting.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Tarikh Reviu: Mei 2, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Februari 28, 2020

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut