backup og meta

Diet: Piramid Makanan Atau #SukuSukuSeparuh?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/07/2020

    Diet: Piramid Makanan Atau #SukuSukuSeparuh?

    Nutrisi adalah pengambilan makan yang dianggap berkaitan dengan keperluan diet tubuh. Pemakanan yang baik, diet yang mencukupi, seimbang dengan aktiviti fizikal biasa adalah asas kesihatan yang baik. Nutrisi yang buruk boleh menyebabkan pengurangan imuniti, peningkatan kerentanan terhadap penyakit, perkembangan fizikal dan mentak yang merosot dan mengurangkan produktiviti.

    Diet dan penyakit tidak berjangkit (NCD)

    Berdasarkan laporan World Cancer Research Fund, apa yang kita makan dan status pemakanan kita boleh menjejaskan penyakit kardiovaskular, beberapa jenis kanser dan diabetes. Makanan, diet dan status pemakanan, termasuk berat badan berlebihan dan obesiti, juga dikaitkan dengan tekanan darah tinggi dan kolesterol darah, dan penentangan terhadap tindakan insulin. Keadaan ini bukan sahaja faktor risiko untuk NCD, tetapi punca utama daripada penyakit itu sendiri.

    Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), obesiti di seluruh dunia telah meningkat tiga kali ganda sejal 1975. Pada tahun 2016, lebih daripada 1.9 bilion orang dewasa, 18 tahun dan warga tua, mempunyai berat badan berlebihan. Daripada jumlah itu lebih daripada 650 juta adalah obes. 39% daripada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas berlebihan berat dan 13% adalah obes.

    Kebanyakan populasi dunia tinggal di negara di mana berlebihan berat badan dan obesiti membunuh lebih ramai orang berbanding yang kurang berat badan. Bagaimanapun, obesiti boleh dicegah.

    Piramid makanan atau pinggan sihat?

    Panduan Diet Malaysia (MDG) diperkenalkan bertujuan untuk mempromosikan makan secara sihat dan kehidupan yang sihat bagi mencegah masalah pemakanan, termasuk NCD melalui pendidikan.

    Dengan pembentukan MDG, Piramid Makanan Malaysia juga diperkenalkan telah disemak semula pada tahun 2010 (Gambar rajah 4). Piramid Makanan yang dibentuk dijadikan sebagai panduan bagi jenis dan jumlah makanan yang boleh

    digabungkan untuk dimakan sebagai diet yang sihat (MDG 2010).

    Namun, hari ini kebanyakan cenderung memilih dan mengamalkan kaedah pemakanan Pingga Sihat Malaysia atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh berbanding piramid makanan.

    Oleh itu, bagi memudahkan orang ramai mengamalkan pemakanan secara sihat, Pinggan Sihat Malaysia telah dihasilkan sebagai alat visual untuk merancang makanan untuk setiap hidangan. Ia menunjukkan jumlah makanan yang perlu dimakan bagi setiap kumpulan untuk hidangan utama, seperti rajah 5 di bawah.

    Sumber: Panduan Pinggan Sihat

    Kekeliruan pengkelasan piramid makanan dan panduan pinggan sihat

    Jika diperhatikan, secara kasar pengamal diet mungkin akan mengalami kekeliruan apabila melihat pengkelasan makanan pada piramid makanan dan pinggan sihat seolah-olah tidak selari.

    Perbezaan ketara ini kelihatan pada hidangan yang memerlukan anda mengambilnya dengan size hidangan yang besar. Pada pramid makanan, nasi, mee, biji-bijirin, produk bijirin dan ubi perlu diambil paling banyak atau kerap. Bagaimanapun, dalam panduan pinggan sihat,  buah-buahan dan sayur-sayuran lebih menjadi keutamaan.

    Oleh itu, sebelum memulakan diet adalah lebih baik anda berbincang dan berunding dengan pakar pemakanan atau doktor anda terlebih dahulu untuk mendapatkan pelan diet yang bersesuaikan supaya tidak menjejaskan keadaan kesihatan anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan