backup og meta

Penderaan Kanak-kanak: Bagaimana Ingin Mengesan Anak Didera?

Penderaan Kanak-kanak: Bagaimana Ingin Mengesan Anak Didera?

Kes penderaan budak yang melibatkan pengasuh ini seakan tidak pernah surut. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita akan berasa bimbang akan keselamatan anak yang dihantar ke rumah pengasuh ataupun di pusat jagaan kanak-kanak.

Seperti semua ibu bapa lain, anda tentu tertanya-tanya sama ada layanan yang diberikan oleh pengasuh atau nurseri cukup baik untuk si kecil anda atau tidak bukan?

Justeru itu, artikel ini akan membantu ibu bapa untuk mengenal pasti tanda-tanda jika bayi anda mengalami penderaan baik dari segi fizikal, mental mahupun seksual. Teruskan membaca sehingga tamat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kes penderaan budak

Kadangkala ibu bapa lihat penjaga anak mereka kelihatan seperti normal dan berkelakuan baik, justeru mereka tidak menyimpan sebarang syak wasangka pada pengasuh/ nurseri.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlu memastikan keselamatan anak anda dengan cara memeriksa keadaan bayi anda setiap hari selepas mengambilnya daripada rumah pengasuh atau nurseri.

Tanda-tanda yang perlu diperhatikan pada anak anda

#1. Penderaan budak secara fizikal

Penderaan budak secara fizikal mungkin akan menunjukkan tanda-tanda di bawah:

  • Menangis dan meragam apabila ingin dihantar ke rumah pengasuh atau nurseri. Kadangkala anak anda akan menunjukkan ketakutan apabila berada dekat dengan pengasuh atau orang dewasa lain.
  • Menunjukkan perubahan mengejut pada tingkah laku atau prestasi mereka di pusat jagaan kanak-kanak atau sekolah.
  • Pulang ke rumah dengan kesan lebam, bengkak, luka, patah tulang, tulang patah, mata lebam, kesan gigitan atau lain-lain kecederaan. Kecederaan berulang juga adalah salah satu tanda amaran yang perlu anda perhatikan. Jika bayi anda masih belum berjalan atau sedang bertatih untuk berjalan, anda perlu perhatikan sebarang kecederaan seperti patah tulang rusuk ataupun lebam kerana ini mungkin tanda-tanda dia didera.

penderaan budak

Tanda penderaan budak #2. Penderaan emosi

Berikut merupakan beberapa tanda-tanda penderaan mental kanak-kanak:

  • Menunjukkan masalah atau perubahan tingkah laku seperti mengelakkan perhatian ibu bapa atau melekap keterlaluan. Kanak-kanak yang didera selalunya menunjukkan tingkah laku yang melampau. Kanak-kanak yang biasanya aktif akan menjadi pasif, sementara yang selalu berkelakuan biasa mungkin akan bertindak agresif.
  • Kurang bercakap atau tidak mahu bercakap langsung, atau menunjukkan tanda-tanda masalah pertuturan, seperti gagap.
  • Mengadu sakit kepala atau sakit perut tanpa sebab. Kanak-kanak juga mungkin akan hilang selera makan.
  • Menunjukkan ketakutan seperti mengalami mimpi ngeri atau sukar untuk tidur.

#3. Penderaan seksual

penderaan seksual budak

Jika anak anda mengalami penderaan budak secara seksual, dia mungkin akan menunjukkan tanda-tanda seperti:

  • Kesakitan, kegatalan, pendarahan, atau kesan lebam dalam atau sekeliling bahagian kemaluan.
  • Mengalami kesukaran untuk berdiri atau duduk, berkemungkinan disebabkan sakit pada alat kelamin atau dubur.
  • Menunjukkan keinginan untuk tahu mengenai seksual atau kelakuan yang melampaui umurnya (sikap ingin tahu berlebihan tentang seks, atau menunjukkan tingkah laku menggoda terhadap rakan sebaya atau orang dewasa.)
  • Menjadi seorang yang perahsia atau suka bersendirian pada kebanyakan masa.

#4. Sindrom Goncang Bayi (SBS)

Jika anak anda masih bayi, ketahui tanda-tanda Sindrom Goncang Bayi (SBS), iaitu keadaan di mana bayi digoncang dalam keadaan marah.

Dalam kes yang lebih teruk, penderaan melibatkan kepala bayi dipukul atau dihentak menggunakan objek keras seperti di dinding atau di lantai.

Bayi yang mengalami SBS, walaupun parah, kadangkala kesannya tidak boleh dilihat segera. Kecederaan goncang bayi selalunya berlaku pada bayi usia setahun ke bawah, dan adakalanya sindrom ini berlaku pada kanak-kanak sehingga usia 5 tahun.

Bayi yang mengalami SBS mungkin mengalami mata berkaca, tubuhnya kelihatan mengeras, lemah dan meragam. Selain itu, bayi SBS juga akan kehilangan selera makan, mengalami kesukaran untuk makan, atau muntah.

Jika bayi anda mengalami simptom-simptom ini dengan kesan lebam yang sukar dijelaskan, ini adalah petunjuk yang kuat kepada tanda-tanda penderaan.

Dalam kes yang teruk, bayi anda mungkin tidak boleh fokus pada objek atau mengangkat kepala. Dan, bayi juga boleh jadi tidak sedarkan diri, sukar untuk bernafas, mengalami sawan ataupun mungkin mendapat koma.

Jika anda mengesyaki si kecil anda mengalami SBS, segera bawa anak anda ke hospital untuk rawatan. Langkah segera anda dapat membantu menyelamatkan si kecil. 

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Child Abuse And Neglect. https://www.helpguide.org/articles/abuse/child-abuse-and-neglect.htm. Diakses pada November 15, 2023.

Child Abuse At Home? https://theant.org/en/child-abuse-at-home/. Diakses pada November 15, 2023.

Child Abuse And Neglect: What Parents Should Know. https://www.healthychildren.org/English/safety-prevention/at-home/Pages/What-to-Know-about-Child-Abuse.aspx. Diakses pada November 15, 2023.

Child Abuse. https://kidshealth.org/en/parents/child-abuse.html. Diakses pada November 15, 2023.

Child Abuse. https://www.humanium.org/en/abuse/. Diakses pada November 15, 2023.

Versi Terbaru

16/11/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Nak Badan Baby Berisi Sedikit? Ini 9 Makanan Untuk Bayi 1 Tahun Biar Gemuk!

Si Manja Dah Masuk 3 Tahun? Semak 9 Perkara Di Bawah, Sepatutnya Anak Sudah Pandai Buat Yang Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan