Media Sosial: Kesan Terhad Terhadap Kepuasan Hidup Remaja

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pasukan penyelidik dari Oxford Internet Institute (OII), satu institusi yang merupakan sebahagian daripada University of Oxford, telah menggunakan kaji selidik selama lapan tahun daripada isi rumah UK (Understanding Society, sebahagian daripada UK Household Longitudinal Study) untuk mengkaji tempoh yang diambil oleh remaja dalam menghabiskan masa dengan menggunakan media sosial semasa hari persekolahan biasa dan penilaian kepuasan hidup mereka yang sepadan.

Ini adalah kajian pertama yang berskala besar dan secara mendalam, yang menguji bukan sahaja sama ada remaja yang melaporkan lebih banyak penggunaan media sosial mempunyai kepuasan hidup yang lebih rendah, tetapi juga sama ada jika perkara yang sebaliknya adalah benar. Sebelum penyelidikan ini, para saintis tidak mempunyai sedikit pemahaman mengenai sama ada remaja dengan kepuasan hidup yang lebih rendah menggunakan lebih banyak media sosial, atau sama ada penggunaan media sosial membawa kepada kepuasan hidup yang lebih rendah.

Media sosial dan kesan dua halanya

Penyelidikan semasa menggunakan data dan pendekatan statistik yang lebih baik mendapati, kebanyakan hubungan dan perkaitan antara kepuasan hidup dan penggunaan media sosial adalah kurang penting. Namun, terdapat beberapa kesan dua hala: Kepuasan hidup yang lebih rendah menyebabkan peningkatan penggunaan media sosial dan sebaliknya. Kesan dua hala ini lebih konsisten dalam kalangan wanita berbanding daripada lelaki, tetapi ianya adalah satu trend yang bersifat sederhana.

Profesor Andrew Przybylski dan Amy Orben, pengarang bersama kajian, menekankan bahawa ini merupakan langkah penting dalam memahami kesan media sosial. Profesor Przybylski, Pengarah Penyelidikan di OII, menyatakan bahawa memandangkan kemajuan teknologi yang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, persoalan bagaimana penggunaan teknologi kita untuk berinteraksi antara satu sama lain memberi kesan kepada kesejahteraan kita semakin menjadi penting.

Dengan kebanyakan perbahasan semasa berdasarkan bukti yang kurang terbukti, penyelidikan ini merupakan langkah penting dalam menunjukkan kesan-kesan teknologi terhadap kesejahteraan remaja.

Amy Orben yang juga merupakan pensyarah psikologi di University of Oxford, menyatakan bahawa, kajian literatur sebelumnya didasarkan hampir sepenuhnya pada korelasi tanpa cara untuk memisahkan sama ada penggunaan media sosial membawa kepada perubahan dalam kepuasan hidup atau, perubahan dalam kepuasan hidup mempengaruhi penggunaan media.

Dr Tobias Dienlin dari University of Hohenheim, Jerman yang juga terlibat dalam penyelidikan tersebut, menjelaskan bahawa, lebih separuh daripada model statistik yang diuji oleh mereka tidak signifikan, dan data yang signifikan telah menunjukkan bahawa kesannya tidak semudah sepertimana yang sering dinyatakan dalam media. Model yang paling ketara secara statistiknya adalah remaja perempuan. Walau bagaimanapun, kesannya adalah kecil dan tidak mempunyai jumlah yang besar secara signifikan dalam kalangan perempuan berbanding lelaki.

Kaedah penyelidikan media sosial dan kesannya terhadap remaja

Para penyelidik memilih UK Household Panel Study untuk menjalankan analisis mereka memandangkan ia memberikan data membujur (longitudinal data) yang berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun, para penyelidik menekankan bahawa penyelidik masih terhad dengan kaedah penggunaan media sosial yang dilaporkan sendiri disebabkan kekurangan kerangka politik, etika dan saintifik untuk berkongsi data penggunaan terperinci yang disimpan oleh syarikat media sosial dengan para saintis yang cuba menyiasat impak tersebut.

Penulis menyimpulkan dengan penggunaan pendekatan statistik yang telus dan inovatif, para penyelidik menunjukkan bahawa kesan media sosial bukanlah bersifat sehala, tetapi ianya bernuansa dan berbeza, bertukar-tukar, mungkin bergantung pada jantina, dan boleh dikatakan remeh dari segi saiz.

Amy Orben turut menekankan bahawa, walaupun penyelidikan mereka adalah langkah yang sangat menjanjikan ke arah sains yang teguh dalam bidang ini, ia hanyalah langkah pertama. Untuk memahami bagaimana penggunaan media sosial yang pelbagai mempengaruhi remaja secara maksimum, mereka masih memerlukan data industri.

Profesor Przybylski turut menambah, akses terhadap data industri ini akan menjadi kunci untuk memahami banyak peranan yang dimainkan oleh media sosial dalam kehidupan remaja.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut