Kemurungan, Keresahan dan Panik Boleh Ditangkis Melalui Sifat Ketekunan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019

Individu yang tidak berputus asa pada matlamat mereka (atau bertambah baik dari masa ke masa untuk tidak berputus asa pada matlamat mereka) dan yang mempunyai pandangan positif, mempunyai kurang keresahan, kemurungan dan serangan panik yang lebih sedikit. Ini adalah berdasarkan penyelidikan yang dijalankan keatas beribu-ribu penduduk Amerika Syarikat sepanjang 18 tahun tempoh penyelidikan. Lebih mengejutkan, perasaan untuk mengawal tidak memberi kesan kepada kesihatan mental peserta-peserta kajian sepanjang tempoh masa kajian tersebut.

Penyelidikan bertajuk ‘Relation Between Cognitive and Behavioral Strategies and Future Change in Common Mental Health Problems Across 18 Years’ tersebut telah diterbitkan oleh American Psychological Association dalam Journal of Abnormal Psychology.

Menurut Hur Hani Zainal, penulis utama kajian dari Pennsylvania State University, ketekunan atau ketabahan menanam rasa keutamaan yang dapat mewujudkan daya tahan atau menurunkan tahap gangguan kemurungan utama, gangguan keresahan umum dan gangguan panik. Menurut beliau, dengan melihat ke arah sisi positif peristiwa malang yang berlaku, mempunyai kesan yang sama kerana individu merasa bahawa hidup itu bermakna, difahami dan boleh diurus.

Menurut Zainal dan penulis bersama penyelidikan tersebut, Michelle G. Newman, kemurungan, keresahan dan gangguan panik adalah masalah kesihatan mental yang biasa yang boleh menjadi kronik dan melemahkan selain meletakkan kesihatan fizikal dan mata pencarian seseorang secara berisiko. Menurut Newman lagi, individu yang mengalami masalah ini seringkali terperangkap dalam satu pola corak pemikiran negatif dan tingkah laku yang boleh membuat mereka berasa lebih teruk, dan mereka mahu memahami strategi mengatasi (coping) khusus yang akan membantu mengurangkan kadar kemurungan, keresahan dan serangan panik.

Kaedah kajian kemurungan, keresahan dan panik

Zainal dan Newman menggunakan data daripada 3,294 orang dewasa yang dikaji selama 18 tahun. Umur purata peserta adalah 45 tahun, hampir kesemuanya adalah individu berkulit putih dan kurang daripada separuh yang berpendidikan tinggi. Data dikumpulkan tiga kali, dari 1995 hingga 1996, 2004 hingga 2005 dan 2012 hingga 2013. Pada setiap selang waktu, para peserta diminta untuk menilai kegigihan terhadap matlamat mereka (contohnya, “Apabila saya menghadapi masalah, saya tidak berputus asa sehingga saya menyelesaikannya”). Diagnosis untuk gangguan kemurungan, keresahan dan panik yang utama juga dikumpulkan pada setiap selang.

Hasil kajian kemurungan, keresahan dan panik

Individu yang menunjukkan lebih banyak kegigihan terhadap matlamat dan optimis semasa penilaian pertama pada pertengahan tahun 1990-an, mempunyai penurunan yang lebih besar dalam aspek kemurungan, keresahan dan gangguan panik sepanjang tempoh 18 tahun tersebut.

Menurut penulis kajian lagi, sepanjang tempoh tersebut, individu yang bermula dengan masalah kesihatan mental yang kurang telah menunjukkan peningkatan ketekunan terhadap matlamat hidup dan lebih baik dalam memfokuskan pada sisi positif peristiwa malang yang berlaku.

Menurut Zainal, penemuan mereka menunjukkan bahawa individu boleh meningkatkan kesihatan mental mereka dengan meningkatkan atau mengekalkan tahap keteguhan, daya tahan dan keyakinan yang tinggi. Menggalakkan matlamat peribadi dan karier dapat membuatkan individu berasa seperti hidup mereka mempunyai makna. Sebaliknya, menjauhkan diri daripada berusaha ke arah tujuan dan matlamat hidup atau mempunyai sikap sinis boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap kesihatan mental.

Tidak seperti dalam kajian terdahulu, Zainal dan Newman tidak mendapati bahawa penguasaan diri, atau perasaan mengawal nasib seseorang, mempunyai kesan ke atas kesihatan mental peserta sepanjang tempoh 18 tahun. Menurut Newman, ini mungkin kerana secara puratanya, para peserta tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam penguasaan diri mereka dari semasa ke semasa. Berkemungkinan, penguasaan diri adalah bahagian yang stabil dalam watak seseorang yang tidak mudah berubah.

Penulis penyelidikan percaya bahawa penemuan mereka akan memberi manfaat kepada psikoterapi yang mempunyai pelanggan yang berhadapan dengan kemurungan, keresahan dan gangguan panik.

Menurut Zainal, para doktor boleh membantu pelanggan mereka memahami kitaran kasar yang disebabkan oleh sikap berputus asa terhadap aspirasi profesional dan peribadi. Berputus asa berkemungkinan boleh memberikan kelegaan emosi yang bersifat sementara, tetapi dapat meningkatkan risiko mendapat masalah apabila merasai penyesalan dan kekecewaan. Meningkatkan keyakinan dan daya tahan pesakit dengan melakukan tindakan tertentu untuk menjadikan impian berhasil, walaupun rintangan dapat menjana mood yang lebih positif dan sense of purpose.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mungkinkah PKP Akan Berakhir? Sebelum Jadi Gila, Ini 7 Langkah Penjagaan Diri Di Rumah

    Aduh...daripada 2 minggu, dilanjutkan menjadi sebulan. Makin stres sepanjang tempoh PKP? Haaa...ini 7 langkah penjagaan diri di rumah yang patut anda cuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 30/03/2020

    PKP Buat Kemurungan: Rawat Ia Bukan HANYA Dengan Ubat, Tapi Cuba 6 Cara Ini Juga!

    Anda berasa sangat sedih dan kesunyian? Itu mungkin tanda anda sedang alami kemurungan. Lakukan 6 cara ini untuk perubahan gaya hidup anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Covid-19 Tambah Stres Pada Doktor, Staf Perubatan? Bagaimana Mereka Hadapinya

    Wabak COVID 19 bukan sahaja menjejaskan ribuan pesakit di seluruh dunia, malah doktor dan petugas kesihatan yang lain turut mendapat impak kesihatan mental.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 18/03/2020

    Bahana Group WhatsApp Keluarga, Boleh Pengaruhi Kesihatan Mental Secara Negatif?

    Tahukah anda, group WhatsApp keluarga juga sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan mental kita secara negatif? Ketahuinya lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    meroyan selepas bersalin

    Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/05/2020
    kerja lebih masa

    Alami Burnout Sewaktu Bertugas? Ikuti 7 Tip Ini Untuk Bantu Anda Kurangkannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/04/2020
    mengingati mati

    Normal Ke Jika Saya Selalu Mengingati Mati? Ini 3 Kesan Yang Perlu Diketahui

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 07/04/2020

    Puasa Ketika PKP Tak Bermaksud Jadi Antisosial, Walaupun Tanpa Bazar, Ini 4 Cara Kekal Berhubung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 31/03/2020