backup og meta

Jantina Bayi Dalam Kandungan & Tekanan Semasa Kehamilan Saling Berkaitan, Kajian

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/09/2020

    Jantina Bayi Dalam Kandungan & Tekanan Semasa Kehamilan Saling Berkaitan, Kajian

    Pastinya anda mengetahui bahawa tekanan ketika kehamilan adalah tidak baik bagi ibu serta kandungan. Namun kesannya tidak terhenti di situ sahaja. Ini kerana tekanan turut dikatakan mempunyai kaitan dengan jantina bayi. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti perkongsian artikel ini.

    Tekanan sesuatu yang subjektif

    Sememangnya ibu mengandung yang berdepan dengan tekanan cenderung menjejaskan janin dan mengganggu perkembangan anak serta proses kelahiran. Namun, berdasarkan satu kajian terbaru yang dilakukan di Columbia University Vagelos College of Physicians and Surgeons dan NewYork-Presbyterian, tekanan juga mempunyai kesan kepada fizikal dan psikologi bayi.

    Menurut Pakar Psikologi Perubatan di Columbia University Vagelos College of Physicians and Surgeons dan Pengarah Women’s Mental Health di Department of Obstetrics & Gynecology di NewYork-Presbyterian / Columbia University Irving Medical Center, Dr Catherine Monk menyatakan, “Rahim adalah rumah pertama yang penting kepada janin. Oleh kerana itu ia penting untuk proses tumbesaran.”

    Kaitan tekanan dan jantina bayi

    Tekanan dapat dilihat dalam pelbagai cara, sama ada secara melalui pengalaman subjektif atau penilaian fizikal dan gaya hidup, oleh kerana penyelidikan ini dilakukan dengan melibatkan 27 penunjuk tekanan psikososial, fizikal dan gaya hidup yang dikumpulkan daripada kajian soal selidik, catatan buku harian dan penilaian fizikal ke atas 187 individu wanita mengandung berusia antara 18 hingga 45 tahun.

    Hasil analisis yang dilakukan mendapati lebih kurang 17 peratus (32) individu wanita mengalami tekanan secara psikologi dengan tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan yang tinggi secara klinikal. 16 peratus (30) mengalami tekanan secara fizikal, yang berkaitan dengan peningkatan tekanan darah dan pengambilan jumlah kalori secara berlebihan berbanding wanita mengandung yang lain. Manakala bakinya, iaitu melibatkan 67 peratus (125) individu wanita mengandungi adalah sihat. 

    Daripada kajian ini, penyelidik mencadangkan bahawa wanita yang hamil dan mengalami tekanan fizikal dan psikologi sukar untuk mempunyai bayi lelaki. Ini kerana dalam kajian ini, purata jantina bayi perempuan berbanding lelaki dalam kalangan kumpulan wanita yang mengalami tekanan fizikal adalah  9:4, manakala tekanan psikologi pula 3:2.

    Impak tekanan yang lain

    Tekanan turut akan memberikan impak lain, seperti:

  • Peningkatan tekanan darah tinggi dan pengambilan kalori cenderung menyebabkan kelahiran pramatang
  • Kadar denyutan bayi dalam kandungan juga menurun dalam kalangan ibu mengandungi dengan tekanan fizikal – ia merupakan penunjuk perkembangan sistem saraf pusat lebih perlahan
  • Ibu mengandung dengan tekanan psikologi akan lebih berdepan dengan komplikasi kelahiran berbanding ibu dengan tekanan fizikal
  • Pentingnya sokongan sekeliling

    Penyelidik juga menyatakan perbezaan antara ibu dengan tekanan fizikal, ibu dengan tekanan psikologi dan ibu yang sihat adalah sokongan sosial yang diterima daripada rakan dan ahli keluarga. Sebagai contoh, ibu yang menerima sokongan sosial adalah lebih berkemungkinan untuk mempunyai bayi lelaki. 

    Apabila setiap kumpulan menerima sokongan sosial secara seimbang, kesan tekanan untuk melahirkan bayi pramatang dapat disingkirkan. Monk menjelaskan, “Walaupun kajian yang dilakukan adalah berskala kecil, tetapi ia menunjukkan bahawa sokongan sosial berpotensi untuk mengurangkan masalah berkaitan klinikal.”

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/09/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan