Rokok Gulung Lebih Selamat Berbanding Rokok Biasa? Anda SILAP, Tolong Baca Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan

Setiap tahun, kita semua akan menyambut Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada tanggal 31 Mei. Meskipun saban tahun kita diingatkan tentang bahaya rokok terhadap kesihatan, namun masih ramai lagi yang merokok.

Ini kerana mungkin ramai yang tidak tahu, tidak mahu atau tidak peduli tentang perkara ini. Terutamanya bagi perokok tegar, merokok sudah menjadi satu norma dalam kehidupan yang sangat sukar untuk dibuang.

Pun begitu, ada juga dalam kalangan perokok tegar yang berhasrat untuk berubah. Ada yang mula beralih ke vape, pod dan juga rokok gulung. Persoalannya, adakah rokok gulung lebih selamat berbanding rokok biasa?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu rokok gulung?

Buat anda yang belum tahu, rokok gulung adalah sejenis rokok yang perlu digulung sendiri oleh penghisapnya. Segala ramuan yang diperlukan untuk menggulung sebatang rokok juga perlu dibeli secara asing-asing.

Berikut adalah bahan-bahan utama yang diperlukan:

  • Tembakau
  • Kertas rokok
  • Penapis (opsyenel)
  • Penggulung (opsyenel)

Apa kandungan rokok gulung?

Ramai yang berpendapat bahawa bahaya rokok gulung adalah sedikit berbanding rokok biasa kerana tembakau yang digunakan adalah kurang kandungan bahan kimia. Benarkah perkara ini?

bahaya-merokok-selepas-berbuka-puasa

Ini adalah apa yang terkandung dalam tembakau rokok gulung:

  • Tar
  • Nikotin
  • Karbon monoksida
  • Nitrosamines

Jika diperhatikan, mungkin benar rokok gulung mempunyai kurang kandungan bahan kimia berbanding rokok biasa. Pun begitu, tidak bermakna ia selamat untuk dihisap.

Selagi ia bergelar rokok, ia masih akan mengakibatkan pelbagai risiko terhadap kesihatan seperti kanser, strok, penyakit jantung, radang paru-paru dan macam-macam lagi.

Adakah anda sanggup menghadapi risiko sebegini?

“Membandingkan rokok gulung dengan rokok biasa seumpama bertengkar sama ada melompat keluar dari tingkat 20 atau tingkat 15 bangunan adalah lebih baik – kedua-duanya akan menyebabkan kalian jatuh dan mati”, jelas Deborah Arnott yang merupakan Ketua Eksekutif Action on Smoking & Health (ASH).

Kenapa ia menjadi pilihan?

Sebenarnya, terdapat beberapa sebab mengapa rokok gulung menjadi pilihan!

#1. Dipercayai kurang bahan kimia

Pertamanya, tentu sekali kerana individu terpedaya dengan kepercayaan bahawa ia mengandungi kurang bahan kimia berbanding rokok biasa.

Kepercayaan ini mungkin betul jika difikirkan secara logik akal. Pun begitu, ia masih mengandungi risiko yang tidak wajar untuk kalian ambil.

Ini samalah halnya dengan rokok elektronik seperti vape atau pod. Untuk pengetahuan anda, ia juga mempunyai kurang bahan kimia namun ia tetap berbahaya untuk kesihatan.

merokok

#2. Kos yang lebih murah

Selain itu, individu mungkin mula menghisap rokok gulung kerana ia lebih murah. Sebagai contoh, kos harga tembakau dan kertas rokok mungkin tidak sampai RM10 sahaja.

Dengan modal RM10 ini, lebih daripada 20 batang rokok gulung boleh dihasilkan. Tidak seperti rokok biasa yang bercukai, harga untuk 20 batang sahaja sudah hampir RM20.

#3. Imej yang nampak gah

Dalam pada itu, ada individu yang mula beralih kepada rokok gulung ekoran imej yang dibawa. Walaupun kelihatan agak mengarut, namun komuniti ini dilihat agak “cool” dalam kalangan perokok tegar.

Ini kerana setiap manusia mahu tampil berbeza daripada individu lain. Hakikatnya, mereka semua adalah sama sahaja. Rokok biasa, rokok gulung atau rokok elektronik tetap juga dipanggil rokok.

#4. Tiada tanda amaran

Akhir sekali, individu mula meninggalkan rokok biasa kepada rokok gulung kerana rokok gulung tidak mempunyai tanda amaran seperti rokok biasa.

Inilah juga sebab mengapa golongan perokok beralih kepada rokok elektronik. Gambar yang terdapat pada kotak rokok itu sebenarnya mempunyai magisnya yang tersendiri.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Penn Tobacco Center of Regulatory Science (TCORS), didapati bahawa punca utama perokok tegar berhenti merokok adalah gambar pelbagai penyakit yang boleh terjadi akibat ketagihan rokok.

Mereka juga mengatakan bahawa amaran bergambar jauh lebih berkesan berbanding amaran bertulis.

Jadi, ini adalah sesuatu yang mungkin pihak kerajaan boleh lakukan- wajibkan setiap produk yang digunakan untuk merokok sama ada secara menggulung sendiri atau elektronik dengan menampal amaran bergambar.

Dengan ini, kesedaran tentang bahaya rokok terhadap kesihatan mungkin boleh ditingkatkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Vape Dan Rokok Elektronik Mungkin Diharamkan – Timbalan Menteri Kesihatan

Pilihan yang ada termasuklah menguatkuasakan peraturan jualan yang ketat ataupun memutuskan agar vape diharamkan sepenuhnya. 

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Berita, Berita Tempatan 01/11/2019 . 2 minit bacaan

Vape Yang Mempunyai Perisa Buat Remaja Lebih Ketagih, BERHENTI SEKARANG! – Kajian

Tahukah anda bahawa vape yang mempunyai perisa akan buat remaja lebih ketagih? Sila klik artikel untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Berita, Berita Antarabangsa 31/10/2019 . 3 minit bacaan

Vape Sebagai ‘Gateway Drug’ Baru?

Dengan penginaktan popularitinya, timbul satu persoalan - Adakah penggunaan vape ini dikira sebagai gateway drug yang baru?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Gaya Hidup Sihat, Berhenti Merokok 24/10/2019 . 3 minit bacaan

11 Orang Mati Angkara Vape Di US! Anda Masih Tidak Mahu Ambil Iktibar?

Di US, 11 orang telah ditemui mati angkara perisa vape haram. Oleh itu, pihak berkuasa di sana kini sedang giat memburu dan membanteras pembuatannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Berita, Berita Antarabangsa 03/10/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bahaya merokok

Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
chemicals in vape

Ini 5 Bahan Kimia Berbahaya dalam Vape yang Ramai Tidak Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Diterbitkan pada 09/12/2019 . 2 minit bacaan
bahaya merokok

Denda 10 Ribu Jika Kantoi Merokok Di Kedai Makan – Menteri Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/11/2019 . 2 minit bacaan
vape, rokok

Vape BUKAN Idea Bagus Sebagai Pengganti Rokok, Kes Kematian Evali Ini Antara Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 04/11/2019 . 3 minit bacaan