5 Fakta Berkaitan Zakar Anda

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Zakar anda boleh ‘patah’

Fakta zakar yang pertama adalah berkaitan dengan kecederaan zakar. Jika dengan ganasnya, anda terpusing atau zakar anda terbengkok, ianya boleh ‘patah’. Zakar tidak mempunyai tulang namun ianya disokong oleh tiub-tiub yang dipenuhi oleh darah apabila tegang/ereksi dan tiub ini berupaya untuk pecah dan bocor. Darah boleh bocor ke struktur dalaman zakar yang lain, mengakibatkan rasa sakit dan bengkak. Dalam kebanyakkan kes, ianya berlaku ketika seks dan ketika pasangan anda berada di atas. Kecederaan ini berlaku apabila zakar terkeluar daripada faraj dan terbengkok oleh daya yang kuat.

Lelaki mengalami beberapa ereksi pada waktu malam 

Fakta zakar seterusnya adalah berkaitan dengan ereksi dan waktu malam. Lelaki secara puratanya mengalami ereksi tiga hingga lima kali sepanjang malam ketika mereka tidur, dengan setiap ereksi mampu bertahan dari 25 hingga 35 minit. Kerasan pagi atau ‘morning wood’ adalah tegangan zakar yang berlaku apabila seseorang bangun pagi. Punca kepada ereksi waktu malam ini tidak difahami sepenuhnya namun ianya mungkin berkait rapat dengan fasa-fasa tidur khususnya fasa tidur REM (rapid eye movement). Fasa ini adalah ketika seseorang bermimpi. Apapun puncanya, ereksi waktu malam adalah tanda bahawa zakar anda berfungsi dengan baik.

Panjang zakar tiada kaitan dengan saiz kaki 

Khabar bahawa saiz zakar berkait rapat dengan saiz kaki seseorang adalah mitos, menurut kajian. Kajian mendapati bahawa tiada kaitannya antara saiz kasut seseorang dengan panjang zakar mereka.

Zakar kecil menghasilkan ereksi yang besar 

Fakta zakar yang ini berbunyi sedikit pelik namun zakar yang kecil atau lebih pendek akan membesar dengan lebih banyak apabila ianya tegang. Kajian menunjukkan peningkatan saiz zakar ketika tegang dalam zakar yang kecil adalah hampir dua kali ganda berbanding zakar yang lebih besar.

Zakar bukanlah sejenis otot 

Untuk fakta zakar terakhir, zakar bukanlah sejenis otot, sebaliknya ianya seakan span yang mempunyai banyak tiub dan salur darah yang mengembang apabila zakara tersebut terangsang. Darah memenuhi tiub-tiub berbentuk silinder ini, menyebabkan zakar menjadi besar dan keras. Pembesaran ini menyekat saluran vena yang sepatutnya membawa darah dari ke zakar ke tempat lain. Apabila ereksi hilang, salur darah arteri dalam struktur tersebut akan menjadi kecil semula, membenarkan darah untuk keluar dari kawasan zakar ke bahagian lain.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut