backup og meta

Tak Banyak Beza Demam COVID-19 & Demam Biasa, Sebab Itu Anda Perlu Lakukan Ini!

Tak Banyak Beza Demam COVID-19 & Demam Biasa, Sebab Itu Anda Perlu Lakukan Ini!

Wabak virus korona yang boleh menyebabkan demam selesema kini telah menyerang lebih daripada 70,000 individu di seluruh dunia. Apakaha perbezaan demam biasa dan COVID 19?

Kematian hampir mencecah 2,000 mangsa dan peratusan kematian berada pada 2.5%. 

Ia jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan wabak sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan timur tengah (MERS) yang turut disebabkan oleh virus korona.

Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan bahawa 4 daripada 5 individu yang terjangkit akan mengalami simptom ringan, peningkatan kes hari demi hari masih lagi membimbangkan.

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

[covid_19]

Artikel ini akan cuba menghuraikan perbezaan demam biasa dan COVID 19, teruskan pembacaan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Gejala demam virus novel korona vs gejala demam selesema biasa

demam

Antara simptom yang disenaraikan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) bagi individu yang dijangkiti dengan virus novel korona adalah demam, batuk dan sesak nafas.

Masa inkubasi (jarak masa di antara waktu jangkitan dan simptom pertama) virus tersebut pula di antara 2 hingga 14 hari.

Oleh sebab itulah pengesan termal yang digunakan di lapangan terbang untuk menyaring individu yang mempunyai simptom demam dianggap tidak berkesan.

Ini berikutan mereka yang berjangkit boleh tidak menunjukkan simptom dan dalam masa yang sama menyebarkannya tanpa disedari.

Jadi, apakah beza demam biasa dan COVID? Sebenarnya, tidak banyak.

Beza demam biasa dan covid adalah, mereka yang mempunyai jangkitan wabak tersebut kebiasaannya mempunyai sejarah perubatan yang jelas.

Ini bermakna, mereka pernah pergi ke lokasi yang tular wabak virus novel korona seperti wilayah Hubei atau pernah bergaul dengan individu yang disahkan positif wabak.

Baca juga:

Walau bagaimanapun, maklumat itu tidak selalunya tepat. Mereka yang mempunyai sejarah perubatan sebegitu berisiko tinggi untuk mengalaminya, tidak bermakna mereka memang akan mendapat wabak.

Oleh sebab itulah, pemeriksaan kesihatan perlu disuaikan dengan keputusan ujian makmal. 

Perintah kuarantin hanya akan dikeluarkan sekiranya individu tersebut mendapat keputusan positif untuk wabak tersebut.

Gejala demam yang dialami oleh mereka yang mendapat wabak ini juga mempunyai suhu yang tinggi (melebihi 38oC).

Mereka yang demam selesema biasa seringkali mempunyai suhu badan yang kurang daripada 38oC.

Walau bagaimanapun perkara tersebut tidak boleh dijadikan sebagai panduan memandangkan jangkitan virus cenderung untuk menyebabkan anda mengalami demam panas bersuhu tinggi. 

Kebanyakan perbezaan yang sering diuar-uarkan berkaitan dengan demam tidak mempunyai ketepatan klinikal.

Ini bermakna, seseorang individu itu boleh hadir tanpa demam dan dia disahkan positif virus novel korona.

Oleh sebab itu penting untuk anda berjumpa dengan doktor jika mengalami gejala selesema.

Adakah demam jangkitan virus novel korona boleh disembuhkan?

demam, virus novel

Jika anda beranggapan bahawa pengambilan ubat Panadol boleh menghilangkan simptom demam, ia tidak tepat. 

Ubat tersebut hanya boleh melegakan demam virus novel korona buat seketika waktu.

Apabila kesannya sudah hilang dan jangkitan belum sembuh, demam tersebut akan datang semula.

Pembaca perlu faham bahawa simptom demam bagi sesuatu jangkitan hanya boleh disembuhkan apabila jangkitan tersebut sembuh.

Setakat ini tiada vaksin atau ubat antiviral yang dapat menghindarkan atau merawat mereka yang terjangkit.

Tujuan pemberian ubat demam adalah bagi memberikan keselesaan kepada pesakit sementara sistem pertahanan badan giat melawan virus novel korona. Kaedah kawalan simptom ini dipanggil sebagai rawatan konservatif. 

Baca juga:

  • Saintis Kata Ubat Anti Radang Boleh Terukkan Simptom COVID-19, Tapi…
  • Tiada Simptom Tak Bermakna Anda Bebas Covid-19, Hati-hati Dengan Penyebar Virus Dalam Diam!

Ia sering diberikan kepada penyakit yang tidak serius atau boleh sembuh dengan sendirinya.

Usah risau, jika berlaku sesuatu yang tidak diduga, anda akan dirawat mengikut kepada keadaan klinikal semasa. Mereka yang positif virus novel korona bukan sahaja akan dikuarantin malah dipantau dengan rapi.

Banyak syarikat terkemuka di seluruh dunia seperti Johnson & Johnson dan Novavax sudah mula mencipta vaksin dan ubat antiviral yang boleh digunakan sebagai rawatan virus novel korona. Namun, proses tapisannya mungkin memakan masa.

Jika anda dikuarantinkan di rumah, pastikan anda menjaga kebersihan diri dan pakai topeng muka ketika di luar rumah. 

Adakah wabak virus novel korona boleh dibendung?

COVID 19

Pada awal bulan Februari lepas, pakar-pakar di seluruh dunia pernah membuat andaian bahawa jangkitan ini akan reda sebelum April.

Jangkaan tersebut dibuat berikutan penurunan jumlah kes positif semenjak akhir bulan Januari.

Namun begitu, pada pertengahan bulan Februari, dunia dikejutkan dengan 15,000 kes positif baharu dalam masa satu hari yang ternyata mengubah perspektif saintis berkenaan dengan persoalan bilakah wabak ini akan tamat.

Sebuah pusat penyelidikan di Amerika Syarikat pernah meramalkan jumlah mereka yang dijangkiti adalah melebihi 100,000 individu ketika kes positif hanya direkodkan pada angka 25,000. 

Perkara ini mengesahkan bahawa kes positif yang dipaparkan pada ruangan live update tidak mengambil kira akan jumlah mereka yang dijangkiti tetapi tidak menunjukkan simptom. 

Suasana panik di China terus berlaku terutamanya di saat viralnya video konspirasi di laman sesawang YouTube.

Pihak berkuasa di seluruh dunia sedang bertungkus-lumus menyediakan alternatif bagi membendung jangkitan ini secepat mungkin.

[mc4wp_form id=’115319″]

Konklusi

Jika anda mengalami simptom selesema dan demam, pastikan anda mendapatkan rawatan kesihatan. Basuh tangan secara kerap menggunakan sabun dan air dan amalkan etika batuk/bersin yang betul.

Kalaulah setiap individu mampu bekerjasama melakukan apa yang disarankan oleh pihak berkuasa, maka proses membendung penularan virus novel korona akan menjadi lebih mudah.

https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/

#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Coronavirus Disease 2019. (https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/about/symptoms.html). Diakses pada 18 Februari 2020.
  2. Coronavirus cases top 71,000. (https://edition.cnn.com/asia/live-news/coronavirus-outbreak-02-17-20-intl-hnk/index.html). Diakses pada 18 Februari 2020.
  3. Coronavirus causes mild disease in four in five patients, says WHO. (https://www.theguardian.com/world/2020/feb/17/coronavirus-causes-mild-disease-in-four-in-five-patients-says-who). Diakses pada 18 Februari 2020.

Versi Terbaru

24/02/2021

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

5 Mitos MEREPEK Tentang COVID-19 Masih Dipercayai Ramai, Berhenti Sebar Berita Palsu!

Mengapa Tanda Coronavirus Tak Kelihatan, Tapi Ia Masih Boleh Tersebar Pada Orang Lain?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 24/02/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan