Pakai Facemask Bila Keluar Rumah? Mungkin Tak Perlu, Kecuali Jika Anda Sakit!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Situasi wabak yang semakin teruk menimbulkan pelbagai jenis isu. Antaranya adalah isu topeng muka mahal. 

Keadaan ini berlaku berikutan tindakan pembelian panik yang terjadi pada fasa awal wabak virus korona baharu (COVID-19). Kini bekalan topeng muka semakin berkurangan dan jumlah kes positif semakin meningkat.

Setakat 25 Mac 2020, jumlah kes positif global telah melebihi 400,000. Di Malaysia pula, statistik jangkitan dan kematian adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

3,116

Disahkan

767

Sembuh

50

Kes Kematian
Peta sebaran
Statistik Kes

3,116

Disahkan

767

Sembuh

50

Kes Kematian

Walaupun ramai yang berpusu-pusu ke pasar raya dan farmasi membeli topeng muka pada harga RM50 sekotak, timbul satu persoalan yang ingin dibangkitkan oleh penulis.

Adakah wajib bagi setiap individu untuk memakai topeng muka sekiranya ingin elak jangkitan COVID-19? Baca artikel ini untuk mengetahui penerangan selanjutnya.

Topeng muka mahal dan menjadi rebutan. Perlu ke pakai?

topeng muka

Jika anda menoleh kanan dan kiri ketika keluar rumah untuk pergi ke pasar raya, pasti anda akan terlihat individu yang memakai topeng muka.

Penggunaan topeng muka, walaupun boleh mengelakkan penularan wabak jika dipakai oleh individu yang sakit, tidak berapa efektif kalau tidak disertakan dengan amalan cuci tangan secara kerap.

Bekalan topeng muka yang dijual di pasaran sekarang semakin berkurangan. Pihak pengeluar sedang berusaha keras untuk menghasilkan lebih banyak topeng muka.

Artikel berkaitan:

Topeng Muka & Hand Sanitizer Habis Stok?! Apa Patut Anda Buat?

Terdapat kilang yang kini beroperasi selama 24 jam bagi memastikan jumlah permintaan alat perlindungan ini dapat dipenuhi. Perkara tersebut akan mengakibatkan kenaikan kos operasi dan seterusnya, harga topeng muka mahal dijual kepada pengguna.

Kenaikan harga topeng muka ini sememangnya boleh dijangka. Pengguna membeli topeng muka secara pukal supaya ia boleh dipakai sewaktu keluar rumah. Lama-kelamaan stoknya pun berkurangan.

Hakikatnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan panduan pemakaian topeng muka di laman sesawangnya untuk rujukan orang ramai. Menurutnya:

  1. Individu sihat tidak perlu memakai topeng muka. Ia hanya perlu dipakai sekiranya individu tersebut menjaga orang sakit.
  2. Jika anda mengalami simptom batuk dan bersin, pakai topeng muka.
  3. Pastikan anda mencuci tangan secara kerap menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer yang mempunyai kepekatan alkohol setinggi 60%. Penggunaan topeng muka hanya efektif sekiranya dua amalan ini digandingkan bersama.
  4. Pakai dengan cara yang betul dan buang setelah pakai. Jangan guna semula topeng muka yang telah dipakai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, turut memberikan nasihat dalam sidang media COVID-19 supaya orang sihat tidak memakai topeng muka. Amalan jarak sosial dan cuci tangan secara kerap sudah cukup bagi menghindari wabak tersebut.

Dua corak pemikiran, tiada kajian sokongan berkenaan keberkesanan topeng muka

covid

Terdapat percanggahan pada isu kepentingan memakai topeng muka dalam kalangan pakar sendiri. Menurut Dr William Schaffner, Profesor Penyakit Berjangkit di Universiti Vanderbilt, topeng muka tidak memberikan perlindungan yang mutlak kepada pengguna.

Lazimnya, mereka yang memakai topeng muka tidak menggunakannya dengan betul. Jika pemakaian topeng diwajibkan kepada semua individu, maka pekerja kesihatan frontliner akan menghadapi masalah bekalan kelak.

Tidak banyak kajian yang menunjukkan keberkesanan topeng muka dalam menghindarkan penyakit yang melibatkan saluran pernafasan.

Prioriti seharusnya diberikan kepada sektor kesihatan berbanding dengan penggunaan kasual dalam komuniti setempat. Amalan basuh tangan dan jarak sosial sudah mencukupi untuk menghindarkan jangkitan COVID-19.

Artikel berkaitan:

Jarak Sosial Senjata Utama Perangi COVID-19, Ini 29 Langkah Cegah Virus- PASTI BERHASIL!

Walau bagaimanapun hujah tersebut dibangkang oleh David Hui, Pakar Perubatan Respiratologi dari Universiti Hong Kong. Menurutnya, pemakaian topeng muka sewaktu wabak sedang melanda boleh dianggap sebagai common sense

Walaupun tidak banyak kajian yang menunjukkan keberkesanan topeng muka, itu tidak seharusnya menjadi sebab mengapa kita tidak perlu memakainya untuk melindungi diri. 

Sukar untuk kajian dijalankan memandangkan protokol mendedahkan jangkitan kepada individu yang tidak memakai topeng muka dianggap tidak beretika.

Oleh sebab jangkitan COVID-19 boleh tersebar walaupun seseorang individu itu tidak menunjukkan simptom, pemakaian topeng muka dianggap satu alternatif terbaik untuk mengelakkan penularan wabak.

Perbezaan budaya yang mencorakkan tabiat memakai topeng muka

topeng muka

Sebelum ketibaan wabak, topeng muka bukan sahaja dipakai untuk elak jangkitan kuman. Di Asia terutamanya, terdapat individu yang memakainya untuk tujuan penampilan di khalayak ramai.

Di Jepun sebagai contoh, terdapat individu yang memakai topeng muka pada musim sejuk atau mereka ingin menutup bibir bengkak dan hidung merah pada musim alergi. 

Pemakaian topeng muka di negara di Asia boleh dikatakan lazim. Tiada apa yang pelik pun jika anda terjumpa individu yang memakai topeng muka.

Di negara Eropah, aktiviti sosial mereka mementingkan aspek penampilan dan cara seseorang itu memperagakan diri mereka.

Ekspresi wajah, tentangan mata dan penggunaan topeng muka boleh mempengaruhi tahap keakraban sosial yang akan dialami oleh individu.

Pemakaian topeng muka dilihat sebagai satu tindakan tidak menghormati individu lain sekiranya pemakai tidak sakit. Jika sakit, mereka memakai topeng muka sebagai isyarat sosial supaya orang di sekeliling menjauhi mereka.

Jadi, reaksi individu berbeza bergantung di mana anda berada. Pada musim wabak, jika anda memakai topeng muka di Eropah anda akan distigmakan dengan jangkitan COVID-19.

Di Asia pula, jika anda tidak memakai topeng muka, orang lain akan memandang serong terhadap anda.

Penerapan nilai budaya ini sedikit sebanyak mempengaruhi pendapat kita berkenaan dengan pemakaian topeng muka.

Pada amatan penulis, tidak perlulah kita memakai topeng muka jika sihat ketika wabak COVID-19 sedang melanda. Mengapa? 

  1. Perintah kawalan pergerakan perlu dipatuhi. Oleh sebab kita akan berada di dalam rumah pada kebanyakan masa, pembelian topeng pada skala besar dianggap sebagai pembaziran. Simpan cukup untuk menampung keperluan jika anda sakit kelak.
  2. Seperti apa yang diperkatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, jarak sosial dan amalan basuh tangan penting. Jika setiap individu mematuhi pendekatan jarak ini, faktor penyebaran lebih tertumpu kepada fomit. Dalam situasi tersebut, amalan basuh tangan lebih penting.
  3. Pekerja kesihatan sudah mengalami masalah kekurangan bekalan topeng muka. Jika ada jual pun, topeng muka mahal. Mereka lebih memerlukannya.

Konklusi

Jika anda sakit atau ditugaskan untuk menjaga orang sakit, pemakaian topeng muka boleh mencegah penularan jangkitan. Buat individu sihat, penulis nasihatkan supaya tidak memakai topeng muka melainkan apabila perlu.

Praktikkan amalan jarak sosial dan cuci tangan secara kerap bagi membendung jangkitan wabak COVID 19.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Tarikh Reviu: Mac 26, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Mac 30, 2020

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut