Tak Nak Lagi PKP Dilanjutkan? Ini 5 Benda Anda TOLONG JANGAN Buat Lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/05/2020

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Seluruh dunia yang terlibat dengan jangkitan virus korona baharu kini sedang berusaha sedaya upaya untuk menghentikan penyebaran wabak penyakit COVID-19 ini.

Namun, di sebalik kesibukan pihak berkuasa berusaha menghentikan penularannya, ada segelintir yang bertindak memburukkan lagi keadaan dengan melanggar perintah kerajaan.

Oleh itu, bagi mengelakkan penyebaran wabak penyakit ini daripada menjadi lebih parah, sebarang kesilapan yang berkaitan dengannya perlulah dielakkan.

Berikut merupakan antara jenis-jenis kesalahan yang boleh memburukkan lagi penyebaran wabak penyakit COVID-19 ini. 

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

8,266

Disahkan

6,559

Sembuh

116

Kes Kematian
Peta sebaran

5 jenis kesalahan yang boleh memburukkan penyebaran wabak penyakit COVID-19

Kesalahan #1. Tidak melakukan kuarantin ketika sakit

jangkitan covid-19

Semua individu yang mengalami gejala COVID-19 disarankan untuk melakukan kuarantin diri, seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara gejala atau simptom yang mungkin berlaku ialah demam, batuk dan sakit tekak.

Sementara ini, bagi mereka yang mempunyai gejala yang lebih serius seperti demam panas, tubuh yang tidak bermaya atau lemah, sesak nafas perlulah terus ke hospital bagi melakukan pemeriksaan dan rawatan isolasi.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak memahami kepentingan melakukan kuarantin ketika sakit. 

Ini adalah salah 1 kesilapan umum yang boleh memburukkan lagi penyebaran wabak penyakit COVID-19. 

Baca juga:

Kesalahan No. 2. Tidak menjalani gaya hidup yang bersih dan sihat

Usah pandang remeh kepentingan gaya hidup yang bersih dan sihat.

Padahal, ia merupakan langkah terpenting yang perlu dilakukan untuk melindungi diri daripada jangkitan COVID-19.

Center for Disease Control (CDC) menyarankan untuk melakukan beberapa perkara yang boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan wabak ini.

Antaranya ialah:

  • Kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun sekurang-kurangnya selama 20 saat
  • Gunakan hand sanitizer yang mengandungi kandungan alkohol sekurang-kurangya 60 peratus
  • Membersihkan barang-barang yang sering disentuh menggunakan cecair pembersih
  • Tidak menyentuh mata, hidung dan mulut jika tidak mencuci tangan terlebih dahulu
  • Menutup mulut dan hidung ketika bersin dengan menggunakan tisu 
  • Memakai mask jika anda mengalami gejala COVID-19 atau apabila merawat pesakit COVID-19
  • Mengelakkan hubungan bersama dengan individu yang sakit
  • Jangan keluar rumah ketika sakit

Baca juga:

Masih Belum Terlambat Untuk Mencegah, Ada 16 CARA BERKESAN Elak Jangkitan COVID-19

COVID-19 tersebar melalui titisan atau percikan yang mengandungi virus, yang kemudiannya memasuki tubuh secara langsung atau terdapat pada permukaan barang.

Jadi, cara terbaik untuk mengelakkannya adalah dengan menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Lebih percaya kepada teori konspirasi berbanding kepada petugas kesihatan- Ini kesalahan ke-3

Internet dan media sosial sememangnya dipenuhi dengan maklumat yang salah, mengelirukan dan pelbagai teori konspirasi berkaitan COVID-19. 

Contohnya, jika seseorang itu percaya COVID-19 hanyalah ujian Tuhan yang tidak perlu ditakuti, dan dia sendiri mengalami gejalanya, dia mungkin tidak begitu menghiraukan gejala tersebut lalu menyebarkannya kepada orang lain.

Inilah salah 1 kesalahan yang memburukkan lagi penyebaran wabak penyakit COVID-19 dan memperlambatkan pencegahan.

Situasi akan menjadi bertambah buruk jika pesakit itu tidak percaya nasihat dan saranan para petugas kesihatan.

Sebaliknya, dia lebih percaya kepada pelbagai teori dan petua merepek yang tidak begitu pasti kebenarannya.

Kesalahan #4. Menyimpan stok mask yang bertimbun-timbun

mask muka

Ramai orang yang membuat pembelian mask sebanyak mungkin sejak kemunculan wabak ini.

Ini adalah 1 kesalahan yang juga boleh memburukkan penularan jangkitan COVID-19.

Ini kerana penggunaan mask dalam kalangan mereka yang sihat tidak berkesan untuk mencegah penyebaran jangkitan COVID-19.

Surgical mask biasa tidak mampu melindungi anda dari virus penyebab COVID-19.

Mask jenis ini longgar pada bahagian mulut dan hidung. Penapisannya juga tidak begitu rapat untuk menapis virus yang memiliki saiz yang amat kecil.

Penggunaan mask dengan berkesan lebih tertumpu kepada mereka yang tidak sihat atau sakit, pekerja kesihatan atau mereka yang menguruskan anggota keluarga yang sedang sakit di rumah. 

Jika individu yang sihat memborong kesemua mask yang ada di kedai atau farmasi, maka mereka yang lebih memerlukan seperti orang yang sedang batuk akan mempunyai kesukaran untuk mendapatkan barang ini.

penyebaran wabak penyakit Covid-19

#5. Mengamalkan perubatan alternatif

Apabila individu yang mempunyai gejala tidak mengkuarantinkan diri, malah mencari perubatan alternatif, keadaan yang dialami akan menjadi semakin parah.

Dia juga berpotensi melakukan penyebaran wabak penyakit kepada individu lain.

Pada ketika ini, vaksin atau ubatan untuk merawat COVID-19 masih tidak ditemui dan berada pada tahap kajian.

Beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab pula membuat dakwaan bahan-bahan semula jadi tertentu mampu mengurangkan gejala dan mencegah penyebaran wabak penyakit COVID-19.

Sehingga kini, pesakit ini dirawat bagi mengurangkan gejala sehingga tubuh mereka boleh melawan virus tersebut dengan sendirinya.

Oleh itu, sentiasalah berwaspada dengan sebarang dakwaan bahan atau produk yang dikatakan mampu mencegah virus COVID-19.

Jadi, bagaimana untuk mengekang penyebaran wabak penyakit COVID-19?

Dengan tidak melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang di atas, anda pasti dapat membantu kerajaan untuk mengekang penyebaran wabak penyakit COVID-19.

Jangan sesekali bersikap pentingkan diri sendiri!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pakai Baju Raya Cantik Nak Solat Raya & Buat Rumah Terbuka, Boleh Ke Di Musim COVID-19 Ini?

Bolehkah saya menghadiri sembahyang raya di masjid sempena Aidilfitiri pada tahun ini? Bagaimana prosedur untuk lakukan solat sunat hari raya tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Perayaan 20/05/2020

Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

Ada yang mengatakan jika makan vitamin D dapat membantu tubuh melawan jangkitan COVID-19. Namun adakah ia benar-benar berkesan atau sebaliknya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

Terbaharu, air mani 6 pesakit dan juga bekas pesakit COVID-19 disahkan mengandungi virus tersebut. Ia dilaporkan berlaku di sebuah hospital di China!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Coronavirus, COVID-19 15/05/2020

TERKINI! 3 Orang Pelajar UMS Pula Positif COVID-19, Apa Punca Sebenarnya?

Kes positif COVID-19 di Sabah semakin meningkat. Terbaharu, seramai 3 orang pelajar UMS didapati positif. Apa punca sebenar perkara ini berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 14/05/2020

Artikel lain untuk anda

pandemik covid-19

Ada Yang Baik Semasa Pandemik COVID-19, Pakar Kata Ramai Orang Lebih GEMBIRA, Ini Sebabnya…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/06/2020
tempat kerja

Dah Mula Masuk Kerja? Ini 10 Langkah Pekerja & Majikan Wajib Buat Nak Cegah COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/06/2020
ibu-hamil-positif-covid-19-kesannya-yang-perlu-diketahui

Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/06/2020
sambutan hari raya aidilfitri

Raya Tetap Raya, TAPI Ini 11 Perkara Boleh & Tidak Untuk BERAYA Masa PKPB, Sila Patuhi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 20/05/2020