Kolam Renang Sudah Mula Dibuka, Bagaimana Nak Pastikan Kita Selamat Dari COVID-19?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Peminat sukan renang pasti sudah tidak sabar menunggu pusat akuatik untuk dibuka semula. Pasti ramai yang ingin berenang di kolam renang untuk menghilangkan stres.

Namun, ketika terbayangkan keadaan kolam yang selalu sesak dan tempat tukar pakaian yang sempit, pasti anda berasa ragu akan keselamatan diri.

Sebenarnya, tidak mustahil untuk anda elakkan jangkitan ketika berenang di kolam mandi.

Nak tahu bagaimana? Artikel ini akan mengupas risiko berenang dan penggunaan kolam awam semasa COVID-19 serta cara-cara untuk anda kekal selamat.

Sebelum itu, mari lihat statistik semasa COVID-19 di Malaysia.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

8,639

Disahkan

8,308

Sembuh

121

Kes Kematian
Peta sebaran

Berenang di kolam renang, boleh ke?

Kerajaan telah membenarkan aktiviti renang pada 25 Jun lalu sempena perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah diumumkan tidak lama dahulu.

Walau bagaimanapun, taman tema air masih lagi tidak boleh dibuka sehinggalah diumumkan. Namun, kolam renang awam di hotel, kawasan perumahan dan persendirian telah dibenarkan beroperasi.

Aktiviti ini boleh dijalankan sempena PKPP asalkan tiada sentuhan fizikal berlaku. SOP yang telah digariskan juga haruslah dipatuhi oleh semua pihak.

Artikel berkaitan: 

Anda Bebas Bergerak Masa PKPP Tapi WASPADA! Ini 7 Tempat BERISIKO Tinggi Sebar COVID-19

Di Amerika Syarikat, aktiviti berenang telah dibuka semula di beberapa kawasan dengan syarat mereka mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Di Ohio, kolam renang boleh dibuka bagi kegunaan awam jika mereka mengikuti garis panduan yang disediakan.

Kolam renang boleh menyebarkan virus korona?

Menurut CDC, tiada sebarang bukti yang dapat mengesahkan bahawa virus COVID-19 dapat merebak melalui air di dalam kolam renang.

Tambah mereka lagi, air kolam yang telah diselenggara dengan baik dan dirawat menggunakan klorin ataupun bromin mampu membunuh virus yang sedia ada.

kolam renang

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menggariskan tahap klorinasi sebanyak 15 mg.min/liter yang mampu membunuh kebanyakan virus yang wujud.

Walau bagaimanapun, penularan virus korona masih boleh berlaku di kawasan luar kolam renang.

Jika pengunjung dapat menjaga kebersihan diri dan menjaga jarak sosial, tidak mustahil untuk kita kembali berenang pada masa akan datang.

Para perenang juga dinasihatkan agar mematuhi langkah-langkah keselamatan seperti:

  • Tidak berenang jika mengalami luka yang terbuka
  • Tidak berenang jika mempunyai penyakit berjangkit seperti pink-eye (radang mata) atau Hepatitis A
  • Tidak berkongsi tuala
  • Mandi sebelum berenang

Anda juga haruslah mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang betul untuk mencegah penularan virus COVID-19.

Sentiasalah basuh tangan, pakai topeng muka, jaga jarak sosial dan amalkan penjagaan kebersihan diri.

Kenal pasti kolam renang yang selamat untuk anda

pkpp

Pastinya anda tertanya-tanya sama ada kolam mandi yang ingin dikunjungi adalah selamat ataupun tidak.

CDC mempunyai garis panduan yang perlu diikuti oleh pengusaha kolam renang sekiranya mereka ingin membuka perkhidmatan mereka dalam masa yang terdekat.

Berikut merupakan antara contoh SOP yang perlu dipatuhi semasa COVID-19.

1. Menyediakan tempat basuh tangan ataupun hand sanitiser

Pekerja dan juga pengunjung kolam-kolam awam perlulah dibekalkan dengan sabun dan juga hand sanitiser yang mencukupi. Semua pengunjung dan staff haruslah membasuh tangan dengan kerap.

Baca juga:

2. Mengambil kira keluasan dan kapasiti pusat akuatik

Penggunaan kolam renang haruslah dihadkan mengikut kapasiti untuk membolehkan pengunjung mematuhi jarak sosial masing-masing.

3. Pastikan kolam bersih dan kawasan sekitar telah melalui disinfeksi

Permukaan yang kerap disentuh seperti pemegang pintu, rel tangan, meja dan kerusi hendaklah melalui disinfeksi sebanyak mungkin.

Perkara yang sama juga haruslah dilakukan terhadap peralatan-peralatan yang digunakan di dalam kolam.

5. Pastikan sistem ventilasi mereka berfungsi

Sistem ventilasi adalah penting untuk memastikan kitaran pengudaraan yang baik.

Penggunaan kipas angin dan tindakan membuka tingkap untuk menggalakkan pengudaraan yang baik adalah digalakkan untuk merendahkan kadar jangktan COVID-19.

6. Susun atur yang mesra pengguna

Susun atur perabot yang terbaik membolehkan para perenang menjaga jarak sosial masing-masing.

Selain itu, penggunaan pita pelekat, pembahagi fizikal dan papan tanda sebagai tanda amaran juga berkesan untuk menjaga jarak sosial dalam kalangan pengunjung.

7. Penggunaan tempat persalinan secara berkala

Tempat persalinan perlulah disinfeksi dalam kadar yang kerap.

Selain itu, penggunaan bilik persalinan juga perlu dijarakkan supaya mematuhi jarak sosial yang telah ditetapkan.

Konklusi

Kita masih lagi berlawan dengan pandemik COVID-19. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita mengambil pendekatan berjaga-jaga.

Kepada pengguna aktif kolam renang, pembukaan semula pusat akuatik pasti menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan.

Jika boleh, jangan bawa kanak-kanak ke kolam mandi kerana mereka merupakan golongan yang berisiko.

mandi kolam

Biasakan amalan seperti menutup muka ketika batuk, kerap basuh tangan, memakai pelitup muka dan elakkan berkumpul terlalu ramai di satu tempat pada satu masa.

Selain itu, elakkan berkongsi peralatan renang anda dengan orang lain. Ingat, lebih baik mencegah daripada mengubati.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

Kempunan nak makan di restoran bufet? Ada risiko untuk anda mendapat jangkitan COVID-19. Oleh sebab itulah pemilik restoran perlu membuat perubahan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 25/06/2020 . 3 minit bacaan

Anda Bebas Bergerak Masa PKPP Tapi WASPADA! Ini 7 Tempat BERISIKO Tinggi Sebar COVID-19

Tempoh PKPP ini, anda bebas bergerak ke sana ke sini. Namun ini 7 tempat berisiko COVID-19 boleh mendedahkan anda kepada penularan jangkitan wabak tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 19/06/2020 . 3 minit bacaan

COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

Setelah UK, kini US pula mengambil langkah menempah berjuta vaksin yang sedang diuji untuk hindar penularan COVID-19. Wajarkah tindakan tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 18/06/2020 . 3 minit bacaan

Jaga-jaga! Lebih 1,000 Partikel Virus COVID-19 Tersebar Bila Bercakap, Jadi Elak Bicara Kuat & Dekat

Titisan air yang keluar semasa individu sedang bercakap berpotensi menjadi punca penularan virus korona baharu (COVID-19) yang sedang melanda dunia.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 17/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

selesema babi

Gempar! Virus Baru Mirip H1N1, Virus G4 Ada Potensi Untuk Jadi Pandemik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
pemindahan organ paru paru

Terkini! Organ Rosak Teruk Sebab COVID-19, Pesakit Sembuh Lepas Jalani Pemindahan Peparu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 minit bacaan
serbuk biji sawi

Kini Mandian Herba Pula Dikatakan Penawar COVID-19: Berkesan Ke Mandi Guna Serbuk Biji Sawi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
pawagam malaysia

Pawagam Akan Dibuka Semula Mulai 1 Julai: Sebelum Pergi, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan