Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Angkara PKPP, Kes COVID-19 Kembali Ke 2 Digit Dan Banyak Positif TANPA Simptom? Kita Masih Belum Menang!

Angkara PKPP, Kes COVID-19 Kembali Ke 2 Digit Dan Banyak Positif TANPA Simptom? Kita Masih Belum Menang!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Jika dilihat dengan mata kasar, situasi COVID-19 di negara kita mungkin sudah sedikit reda. Pun begitu, kita tidak boleh leka kerana saban hari masih akan ada beberapa kes yang baharu.

Berikut adalah situasi terkini COVID-19 di Malaysia berdasarkan statistik:

Apa yang membimbangkan, kita dapat lihat kes positif virus korona baharu ini kembali meningkat ke 2 angka selepas 3 hari ia hanya melibatkan 1 digit sahaja.

Tambahan pula, kesemua kes baharu ini dilaporkan langsung tidak menunjukkan sebarang gejala. Jadi, adalah wajar untuk kita lebih berwaspada dengannya.

Adakah ini angkara Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah diumumkan oleh kerajaan kita? Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!

Dari PKP, PKPB ke PKPP

Rakyat Malaysia sudah melalui pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.

Anda mungkin berminat dengan artikel ini:

Kini, kita semua sedang berada di fasa PKPP – di mana pergerakan rakyat keluar dan masuk sudah tidak terlalu ketat dan pelbagai sektor ekonomi sudah dibuka.

Sekiranya graf jangkitan dilihat tidak menaik dengan drastik, kita semua bakal memasuki fasa normalisasi pula yang mungkin bermula pada 1 September 2020.

Persoalannya, apakah perubahan yang dapat dilihat semasa PKPP ini?

Kes COVID-19 semasa PKPP

Bermula 10 Jun 2020, PKPP telah mula berkuatkuasa dan ramai rakyat dilihat telah bergerak ke sana sini untuk pelbagai urusan masing-masing.

Ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman setelah halangan dan sekatan rentas antara negeri dilonggarkan.

Baca juga:

Pada 2 hari terakhir PKPB dan hari pertama PKPP, kita dapat melihat kes positif virus korona baharu hanya melibatkan 1 digit sahaja.

jarak sosial covid 19

Namun pada hari kedua PKPP (11 Jun 2020), ia telah kembali meningkat ke 2 digit dengan 31 kes baharu dicatatkan pada tarikh ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 11 daripada jumlah ini adalah kes import manakala 20 lagi adalah kes tempatan.

Daripada 20 kes penularan tempatan, 19 kes melibatkan bukan warganegara. 18 kes dilaporkan melibatkan 3 kluster iaitu:

  • Kluster Pedas (16 kes baharu)
  • Kluster Sungai Lui (1)
  • Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur (1)

Manakala satu lagi kes adalah saringan pekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Apa yang lebih membimbangkan adalah KKM melaporkan bahawa kesemua kes baharu ini tidak menunjukkan sebarang gejala!

Bahaya virus korona baharu tanpa gejala

Seperti mana yang kita tahu, COVID-19 boleh mengganggu sistem pernafasan manusia.

Antara simptom dan komplikasi yang mungkin akan dialami jika dijangkiti adalah seperti berikut:

covid

Namun, ada juga individu yang dijangkiti virus korona baharu ini tanpa menunjukkan sebarang gejala.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), ada individu yang akan mengalami simptom teruk, sederhana, ringan atau langsung tidak menunjukkan sebarang gejala.

Apa yang lebih membimbangkan adalah individu tersebut masih berisiko menyebarkan virus korona baharu ini kepada individu lain melalui sentuhan, titisan atau udara.

Akhir kata, jangan terlalu awal bersorak dan berlagak seolah sudah berjaya menewaskan musuh yang tidak kelihatan ini. Hakikatnya, kita masih belum menang.

Jadi, marilah kita bangkit bersama melawan pandemik yang sedang melanda dunia ini bagi memastikan kesejahteraan sejagat!

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/question-and-answers-hub/q-a-detail/q-a-coronaviruses?gclid=EAIaIQobChMIw8nAtbb76QIVxn0rCh13DgumEAAYASAAEgLDpPD_BwE#:~:text=Can
  2. http://www.myhealth.gov.my/wp-content/uploads/FAQ-COVID-19.pdf
  3. http://covid-19.moh.gov.my/
  4. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-31-kes-baharu-51-kes-sembuh-sepenuhnya-246705
  5. https://www.sinarharian.com.my/article/87313/KHAS/Koronavirus/Covid-19-31-kes-baharu-51-kes-pulih
  6. https://twitter.com/KKMPutrajaya
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 11/08/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman