Nak Kekal Produktif? Ikut 5 Tip Efektif Kerja Dari Rumah Di Musim COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/04/2020 . 4 minit bacaan

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Gelombang kedua wabak COVID-19 di negara kita kian membimbangkan. Sehingga 23 Mac 2020, lebih dari 1,300 kes positif dan 12 kematian telah dicatatkan di Malaysia akibat penularan virus korona baharu ini.

Sehubungan itu, Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari tarikh 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 haruslah kita patuhi dan ikuti tanpa sebarang bantahan.

Ini termasuklah bagi golongan pekerja yang diminta untuk kerja dari rumah.

Ia satu tindakan yang sangat wajar dilakukan oleh golongan majikan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para pekerja sentiasa berada dalam keadaan yang baik ketika menjalankan tugas masing-masing.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

8,999

Disahkan

8,668

Sembuh

125

Kes Kematian
Peta sebaran

Pun begitu, tidak dinafikan bahawa kerja dari rumah adalah sesuatu yang sangat mencabar jiwa dan raga. Bagi penulis sendiri, masalah utama yang dihadapi ketika berada di depan komputer riba di rumah sendiri adalah ketiadaan motivasi dan pelbagai lagi gangguan luaran yang lain.

Jadi, bagaimana untuk memastikan kita kekal produktif ketika kerja dari rumah di musim COVID-19 ini? Relaks, sila amalkan tip efektif berikut sama-sama!

Tip efektif kerja dari rumah untuk kekal produktif

bekerja

Pertama sekali, pastikan anda kekal bermotivasi untuk bekerja! Ya, ia adalah satu petua yang mudah diungkap tapi sukar dicapai. Namun, inilah hakikat yang harus kita terima. Jika tiada motivasi, bagaimana mahu memulakan sesuatu pekerjaan bukan?

Selain itu, amalkan juga tip-tip efektif kerja dari rumah untuk kekal produktif seperti berikut:

#1. Jangan terus bekerja sebaik sahaja bangun tidur

Memang mudah untuk membuka telefon pintar atau komputer riba selepas bangun dari lena. Namun, adakah ia waktu yang paling sesuai untuk mendapatkan fokus?

Sudah tentu tidak. Jadi, relaks sebentar di atas katil bagi mendapatkan mood. Pastikan kalian tidak mamai dan segar sebelum bekerja!

Namun jangan terlalu tenang sehingga tertidur kembali pula. Bayangkanlah wajah garang majikan anda sekiranya terfikir untuk menangguh pekerjaan sehingga ke waktu petang.

#2. Mandi untuk segarkan diri sebelum bekerja

Jangan disebabkan anda seorang diri di rumah, anda tidak mahu atau tidak perlu untuk mandi ketika bekerja. Ia adalah kesilapan pertama jika anda berfikiran sedemikian rupa.

Sebaiknya, pergi ke bilir air untuk mandi, memberus gigi, menyampu rambut serta mencuci muka sebelum memulakan pekerjaan. Menjaga kebersihan adalah satu kemestian di kala wabak COVID-19 sedang berleluasa.

Selepas itu, kenakan pakaian sesuai dengan pekerjaan anda. Namun, tidak perlu sampai memakai tali leher, tali pinggang serta berkasut kulit. Cukuplah sekadar kalian berpakaian cantik dan selesa untuk bekerja.

kerja dari rumah

#3. Mencipta ruang kerja yang cantik & selesa

Siapa sahaja yang dapat menafikan keselesaan bekerja dari atas katil atau sofa di rumah? Pun begitu, keselesaan inilah yang akan membunuh produktiviti seseorang itu.

Jadi, sila cipta ruang kerja anda sendiri. Mungkin anda boleh gubah bilik anda itu menjadi seperti pejabat mini sebagai ruang kerja yang cantik dan selesa?

Meskipun sudah mempunyai ofis di rumah sendiri, jangan pula berada di situ sepanjang hari ya? Ia tentu sekali tidak bagus untuk kesihatan mental anda!

Disebabkan itu, cuba cari dan curi masa sebentar untuk keluar dari bilik untuk makan atau sekadar mengambil angin. Tidak salah untuk take five dari sebarang pekerjaan yang anda lakukan.

Cuma pastikan anda tidak keluar dari rumah pula. Sila patuhi dan ikuti Perintah Kawalan Pergerakan sehingga akhir bulan ini.

#4. Sentiasa berinteraksi dengan rakan sepejabat

Sekiranya anda bekerja dalam satu pasukan, sila pastikan kalian kekal berhubung sama seperti ketika berada di pejabat. Dengan bantuan teknologi terkini, ia tidak mustahil boleh dicapai.

Aplikasi seperti Whatsapp, Slack, Skype, FaceTime atau Zoom boleh kalian gunakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sekerja walaupun berada jauh dengan mereka.

Dengan ini, tidaklah anda kebosanan akibat keseorangan. Namun, jangan pula medium ini dijadikan alat untuk berjenaka berlebihan sehingga pekerjaan tertunda atau tertangguh.

Apa yang perlu diutamakan adalah tanggungjawab kalian sebagai seorang pekerja.

#5. Jangan terlalu stres untuk bekerja secara produktif

Bekerja itu sememangnya satu tanggungjawab yang besar. Pun begitu, janganlah ia dijadikan sebagai satu alasan untuk kalian terlalu stres walaupun kerja dari rumah kerana mahu menjadi produktif.

Pengabaian waktu mandi atau waktu makan adalah sangat tidak membantu malah mungkin menerukkan lagi tahap kesihatan mental dan fizikal kalian. Cuba relaks dan bekerjalah secara sederhana.

Percayalah bahawa tiada majikan yang mahu anda burnout akibat menjadi seorang workaholic. Oleh itu, cuba hindari diri dari stres dan bekerja dengan tenang.

Jika anda berjaya lakukan ini, secara automatik juga pekerjaan yang kalian lakukan akan menjadi lebih mudah dan seronok!

Bersama memerangi wabak COVID-19!

COVID-19

Sewajarnya, kita sebagai golongan pekerja perlu bersama dalam usaha memerangi wabak COVID-19 ini. Jadi, bekerjalah dari rumah dengan baik sekiranya disuruh demikian oleh majikan.

Dalam pada itu, usah kita melanggar setiap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bersamalah kita mendoakan agar wabak penularan COVID-19 ini akan berkurangan segera dan tidak lagi berleluasa.

Ketahuilah bahawa setiap dari kita memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha melawan pandemik yang melanda dunia ketika ini. #stayathome

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Tangguh, Ini 5 Sebab Anda PERLU Jumpa Pakar Sakit Puan Walaupun Semasa COVID-19!

    Tahukah anda bahawa anda TIDAK BOLEH menunda lawatan ke pakar sakit puan atau OB/GYN jika mengalami 6 masalah ini walaupun ketika COVID-19?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 24/07/2020 . 3 minit bacaan

    TERGEMPAR! Muncul Virus Baru Di Kazakhstan, Lebih Dahsyat Dari COVID-19, Benarkah?

    Kini, dunia digemparkan dengan jangkitan paru-paru terbaru yang meragut nyawa rakyat Kazakhstan. Adakah virus ini setara COVID-19 atau lebih teruk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Berita, Berita Antarabangsa 17/07/2020 . 3 minit bacaan

    Tunda Vaksinasi Si Kecil Semasa COVID-19 Bukan Idea Yang Bijak! Ikut Panduan Ini

    Perlukah ibu bapa membawa anak yang sakit untuk mendapatkan rawatan di hospital ketika COVID-19? Anda perlu tahu kes kecemasan tidak boleh ditangguh.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 14/07/2020 . 3 minit bacaan

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Kesihatan awam di dunia berada pada tahap membimbangkan pada tahun 2020 ini. Berikut merupakan 4 isu paling utama yang kita semua perlu fokus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Antarabangsa 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kena buang kerja

    Stres Lepas Kena Buang Kerja? Ini 11 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Move On

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
    penutup muka

    Nak Jimat Duit, Pakai Pelitup Muka Fabrik- Berkesan Ke? Guna Jenis Ini Jika Tak Nak PKP Kembali

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu flu

    Influenza Bukan Penyakit Biasa, Jom Ikrar Cegah Flu Menerusi Norma Baharu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    flu adalah

    Anak Dr Say Jatuh Sakit Akibat Influenza, Seru Ibu Bapa Ambil Berat Keperluan Vaksinasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan