Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Tiada siapa yang sangka bahawa keadaan rumah menjadi faktor utama bagi menghentikan penyebaran wabak virus corona yang sedang menular baru-baru ini.
Jika difikirkan secara logik, keadaan rumah yang kotor boleh mengundang pembiakan pelbagai jenis kuman.
Justeru, kebersihan rumah merupakan faktor penting bagi menghindarkan jangkitan wabak daripada berlaku.
Mereka yang tidak membersihkan rumah secara kerap berisiko tinggi untuk menyebarkan jangkitan kepada individu lain, terutamanya ahli keluarga yang turut mendiami rumah yang sama.
Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:
[covid_19]
Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Kebersihan rumah main peranan penting sepanjang tempoh kuarantin
Mereka yang disuspek mempunyai jangkitan virus corona digalakkan untuk menjalani prosedur kuarantin bagi mengelakkan penyebaran wabak walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala.
Tempoh pengeraman virus corona selama 2 hingga 14 hari telah dipersetujui oleh majoriti pakar semasa sidang bersama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva, Switzerland.
Melihat kepada keperluan tersebut, bagi mereka yang sukarela ingin mengkuarantinkan diri di rumah masing-masing, persekitaran dalam rumah penting bagi mengelakkan penularan.
Walaupun anda menjauhkan diri daripada keluarga, namun, pasti anda akan bergerak ke ruangan lain seperti tandas, dapur, ruang tamu dan sebagainya.
Baca juga:
Tanpa langkah pembersihan yang berkesan, anda berisiko untuk menyebarkan jangkitan tersebut kepada ahli keluarga yang lain.
Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia telah mengeluarkan Indoor Wellness Guideline yang menekankan kepentingan kesejahteraan penghuni rumah dan langkah yang boleh diambil untuk meminimumkan kemasukan bahan pencemar ke dalam rumah.
Menurut Pengurus Besar Nippon Paint, berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan, 70% kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah meluangkan masa, secara puratanya, 8 hingga 20 jam sehari di dalam rumah.
Pendedahan kepada bakteria atau virus dalam tempoh waktu tersebut boleh menyebabkan jangkitan. Virus corona yang kian menular hari demi hari mungkin tidak berbahaya bagi kebanyakan individu, namun kadar jangkitan yang disebabkan olehnya agak tinggi.
Sebagai individu yang prihatin, anda seharusnya sedar bahawa persekitaran dalam rumah merupakan salah satu faktor penting bagi mencegah jangkitan virus. Ia dianggap sebagai faktor ghaib yang tidak disedari oleh kebanyakan individu.
Saranan bagi mengekalkan kebersihan dalam rumah
Menurut kajian yang dijalankan oleh Nippon Paint melalui soalan kaji selidiknya, 60% daripada 225 subjek mempunyai kualiti udara di dalam rumah yang kotor.
Kesimpulan ini dibuat berdasarkan kepada tahap kebersihan di 4 ruangan rumah iaitu ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur. Jadi, bagaimana cara untuk kita mengekalkan kebersihan rumah?
Ruang tamu
- Pastikan anda vakum dan mop kawasan ruang tamu sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, anda disarankan untuk vakum setiap hari.
- Gunakan pembersih udara yang dilabelkan sebagai High-Efficiency Particulate Air (HEPA) bagi membasmi habuk dengan lebih berkesan.
- Jemur perabot baharu yang diperbuat daripada bahan kompaun mudah tersejat (VOC) seperti fabrik dan kayu selama seminggu sebelum digunakan.
- Pilih perabot yang mempunyai lapisan perlindungan daripada bakteria atau virus.
Bilik tidur
- Pastikan anda vakum dan mop kawasan bilik tidur sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Cuci bilahan kipas siling sekali seminggu.
- Gunakan karpet yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan bebas toksin. Elakkan daripada membeli karpet yang disembur dengan pewangi buatan.
- Sirih gading (golden pothos) dan pokok ular merupakan dua jenis tumbuhan yang baik untuk meningkatkan paras oksigen dalam udara di dalam bilik tidur.
- Pilih sarung yang tidak mempunyai bau dan bersifat anti-formaldehid.
Bilik air
- Cuci dinding dan lantai bilik air sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Pasang kipas bagi mengurangkan kadar kelembapan.
- Simpan perkakasan mandi di dalam kabinet tertutup untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.
- Periksa sistem perpaipan bagi mengelakkan kebocoran.
- Gunakan cat rintang kulat dan bebas toksik bagi mewarnai jubin bilik air.
Baca juga:
Dapur
- Mop lantai dapur setiap hari menggunakan air bersabun.
- Gunakan sistem pengudaraan yang sesuai semasa memasak.
- Pasang kipas asap bagi memastikan pengudaraan di dapur berada dalam keadaan baik.
- Buang sampah setiap hari bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.
- Pilih kain yang mudah untuk dibasuh kesan kotorannya.
Kebersihan rumah tentukan tahap kesihatan anda sepanjang tempoh kuarantin
Mereka yang disyaki mempunyai jangkitan virus corona dikehendaki untuk dikuarantin selama 14 hari bagi mengelakkan penularan wabak.
Walaupun ujian makmal menunjukkan keputusan negatif, seseorang itu masih boleh berada dalam tempoh pengeraman virus tersebut.
Perkara yang lebih menakutkan adalah virus corona mudah berjangkit kepada individu lain. Mereka yang tinggal di rumah berpotensi untuk dijangkiti sekiranya terdapat individu yang dikuarantin.
Risiko ini berlipat kali ganda sekiranya kebersihan rumah tidak dijaga dengan baik.
Rumah yang kotor boleh menjadi medium yang ideal untuk penyebaran bakteria dan virus berbahaya.
Perkara ini penting memandangkan jumlah pesakit yang didiagnosis dengan jangkitan wabak meningkat hari demi hari berikutan kontak secara langsung.
Ini bermakna mereka yang belum mendapat sebarang keputusan ujian makmal akan dikuarantinkan di rumah. Penularan wabak tersebut boleh berlaku di rumah tanpa disedari.
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/3475692265791979/
Konklusi
Sebagai individu yang prihatin, anda harus tahu akan kepentingan untuk menjaga kebersihan rumah. Jika wabak virus corona tidak berlaku sekalipun, setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk melindungi keluarga masing-masing daripada jangkitan kuman.
Jika anda jarang mengemas rumah, mungkin ini masa terbaik buat anda mula menjinakkan diri dengan rutin mengemas.
[mc4wp_form id=’115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga: