Susah Nak Dapat Stok Hand Sanitizer? Boleh Buat Sendiri Di Rumah Dengan 3 Bahan Saja

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

*Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila layarinya di sini.

Mencuci tangan cara terbaik menjaga kebersihan diri ketika penularan wabak COVID-19. Jika ketiadaan air, gel pembersih tangan adalah penggantinya. Tetapi stok sukar didapati di kedai, macam mana?

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

3,116

Disahkan

767

Sembuh

50

Kes Kematian
Peta sebaran
Statistik Kes

3,116

Disahkan

767

Sembuh

50

Kes Kematian

Gel pembersih tangan

Berbicara tentang cara terbaik menangani penularan jangkitan seperti wabak COVID-19, tiada apa yang boleh menandingi kebaikan mencuci tangan sebagai 1 cara pencegahan yang diamalkan sejak dahulu.

Namun, jika tidak terdapat air dan sabun, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Jangkitan (CDC), individu boleh menggunakan gel pembersih tangan atau hand sanitizer berasaskan alkohol. 

Jika anda mencari hand sanitizer, anda pasti tahu sukar untuk mendapatkan sebarang gel pembersih di kedai mahupun secara online. 

Kalau ada sekali pun gel pembersih yang dijual secara atas talian, adakah ia berkesan untuk membantu mencegah penularan wabak COVID-19

Jadi apakah jalan penyelesaian terbaik yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan gel pembersih tangan sebagai simpanan buat diri anda? 

Hanya 3 bahan

Jangan bimbang! Berita baiknya, anda boleh membuat sendiri hand sanitizer di rumah dengan hanya menggunakan 3 bahan. 3 bahan sahaja? Biar betul!?

Percayalah, anda hanya memerlukan 3 bahan berikut, iaitu:

  • Isopropil atau alkohol sapuan (rubbing alcohol) dengan jumlah 99% alkohol
  • Gel aloe vera
  • Jus lemon

gel-pembersih-tangan-buatan-sendiri

Untuk menjadikan ia efektif, sukatan alkohol kepada aloe vera adalah nisbah 2:1. Ini dapat mengekalkan kandungan alkohol sekitar 60% – jumlah minimum yang diperlukan untuk membunuh kebanyakan kuman.

Jika tiada alkohol sapuan, anda boleh menggunakan Etanol (Methylated Spirit) sebagai ganti. Ia boleh didapati di farmasi.

Hasilkan gel pembersih tangan

Ketua Perubatan Osmosis dan bekas Pegawai Perkhidmatan Risikan Epidemik bahagian penyakit virus di CDC, Dr Rishi Desai mengatakan kaedah penyediaan hand sanitizer di bawah dapat membantu membunuh hampir 99.9% kuman dalam tempoh 60 saat.

Bahan yang diperlukan:

  • ¾ cawan – Isopropil atau alkohol sapuan
  • ¼ cawan – Aloe vera atau gel lidah buaya, untuk membantu mengekalkan kelembutan tangan dan menangani kekerasan alkohol
  • 10 titik – Jus lemon (kaedah asal adalah menggunakan essential oil seperti minyak pati lavender atau tea tree, tetapi memandangkan EO boleh mendatangkan kesan jika tersalah guna, maka disarankan untuk menggunakan jus lemon) 

Cara penghasilan:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.
  2. Gaul kesemua bahan dengan sudu. Kemudian pukul bahan dengan whisk untuk menukarkan bahan kepada tekstur gel.
  3. Tuangkan bahan campuran ke dalam botol kosong yang mudah untuk digunakan, labelkan sebagai hand sanitizer.

6 tip perlu diikuti

Jika anda ingin menyediakan hand sanitizer buatan sendiri di rumah, berikut adalah 6 tip yang perlu anda lakukan. 

gel-pembersih-tangan-buatan-sendiri

  • Hasilkan gel pembersih di kawasan atau tempat yang bersih. Lapkan bahagian atas meja atau tempat yang ingin dijadikan tempat penghasilan hand sanitizer dengan bahan pembersih atau pencuci
  • Basuh tangan dengan sebaiknya sebelum memulakan proses penghasilan gel pembersih
  • Untuk mencampurkan bahan, gunakan sudu atau whisk. Pastikan anda telah membasuh alatan tersebut dengan bersih sebelum menggunakannya
  • Pastikan alkohol sapuan yang akan digunakan tidak dicairkan (jika menggunakan alkohol sapuan)
  • Gaulkan bahan campuran dengan baik 
  • JANGAN menyentuh bahan campuran selagi ia belum siap untuk digunakan

Menggunakan gel pembersih tangan

Terdapat 2 perkara penting yang perlu anda pastikan ketika ingin menggunakan gel pembersih tangan, iaitu:

  1. Anda perlu menggosok gel pembersih pada tapak tangan sehingga kering.
  2. Jika tangan anda kotor, jangan terus gunakan hand sanitizer. Euww…kotor! Basuh tangan terlebih dahulu dengan air dan sabun, okay?

Berikut 3 tip untuk menggunakan gel pembersih secara efektif:

  • Tuangkan atau semburkan gel pembersih pada sebelah tapak tangan
  • Gosokkan kedua-dua belah tapak tangan dengan baik. Pastikan anda menggosok pada setiap bahagian permukaan tapak tangan dan jari
  • Teruskkan menggosok untuk tempoh 30 hingga 60 saat atau sehingga kering

wabak covid-19

Bolehkah ia membunuh kuman?

CDC memberitahu bahawa gel pembersih tangan berasaskan alkohol yang memenuhi syarat keperluan tahap alkohol boleh membunuh sejumlah mikrob pada tangan.

Ia juga membantu memusnahkan agen penyebab jangkitan atau patogen pada tangan, termasuklah wabak COVID-19, SARS-CoV-2.

Pihak CDC juga memberitahu bahawa gel pembersih tidak dapat menyingkirkan bahan kimia berpotensi mendatangkan bahaya. Ia juga tidak berkesan membunuh kuman seperti:

  • Norovirus
  • Cryptosporidium (yang menyebabkan cryptosporidiosis)
  • clostridium difficile (juga dikenali sebagai C. diff)

Kebersihan diri aspek utama

Namun perlu diingatkan, hand sanitizer yang terbaik sekali pun tetap mempunyai had kemampuannya dalam menghapuskan virus dan kuman. 

Malahan, penggunaan gel pembersih tidak akan berfungsi dengan baik jika tangan anda mempunyai kekotoran atau berminyak. Biasanya melibatkan situasi seperti selepas makan, melakukan kerja pertukangan, bercucuk tanam atau bermain sukan.

Malahan selepas keluar daripada bilik air, bersin, batuk, sebelum makan atau memegang sebarang permukaan, pastikan anda membasuh tangan dengan sebaik-baiknya, okay?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Tarikh Reviu: Mac 23, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Mac 30, 2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut