Jangkitan Brucella Rintang Antibiotik – CDC Keluarkan Amaran Terhadap Amalan Minum Susu Mentah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019

Pada 8 Februari yang lalu, Pusat Kawalan Penyakit (CDC) telah mengeluarkan amaran kepada 19 negeri di dalam Amerika Syarikat berkaitan dengan amalan meminum susu mentah (susu yang tidak terpastur). Amaran ini dikeluarkan berikutan kes-3 yang telah dikenalpasti sebagai jangkitan daripada bakteria Brucella strain RB51 yang rintang-antibiotik dalam susu mentah.

Brucellosis, jangkitan oleh bakteria Brucella, sepatutnya boleh dirawat menggunakan antibiotik pilihan utama seperti rifampin, doxycycline, gentamicin dan streptomycin namun bakteria Brucella strain RB51 rintang kepada rifampin, antibiotik utama digunakan untuk mencegah dan merawat Brucellosis dan Brucellosis itu sendiri sukar untuk didiagnos kerana terhadnya pilihan ujian yang ada dan juga kerana simptom awal Brucellosis mirip penyakit-penyakit lazim yang lain seperti flu.

Bagi mereka yang tidak dirawat pula, mereka berisiko untuk mendapat komplikasi serius seperti artritis, masalah jantung, limpa dan hati membengkak dan dalam wanita mengandung, mereka boleh mengalami komplikasi yang sama dengan jangkitan Brucellosis dalam lembu iaitu keguguran.

Simptom-simptom Brucellosis

Sekiranya anda ada mengambil susu mentah yang tidak terpastur khususnya jika anda telah mengalami simptom Brucellosis, sila berjumpa dengan doktor anda. Simptom awal jangkitan Brucellosis boleh bermula bila-bila sahaja bermula hari ke-5 hingga 6 bulan selepas terdedah dan simptom tersebut adalah:

  • Demam
  • Berpeluh
  • Hilang selera makan
  • Pening kepala
  • Lemah
  • Sakit otot dan sendi

Berhati-hati dengan dakwaan kempen pemakanan sihat

Hasil daripada trend memilih makanan yang kurang diproses, konsumer yang dikatakan celik kesihatan memilih untuk mendapatkan makanan semula jadi dan tidak diproses termasuklah daging, telur dan ayam itik segar tempatan. Pergerakan ini juga telah berkembang kepada memilih produk tenusu yang mentah (tidak terpastur)

Namun yang demikian, memilih susu mentah bukan sahaja tiada manfaat tambahan berbanding susu terpastur, ianya juga mengandungi bakteria-bakteria berbahaya yang mampu menyebabkan jangkitan dalam manusia. Ramai membuat tanggapan bahawa makanan yang tidak diproses adalah lebih baik untuk kesihatan. Bagaimanapun, hakikat bagi sesetengah makanan adalah kita tetap memerlukan beberapa jenis pemprosesan bagi menjadikan makanan kita selamat – Kita jadikan daging, ayam dan itik selamat untuk dimakan dengan memasaknya, begitu juga dengan susu melalui proses pasturisasi – memanaskannya buat beberapa ketika untuk membunuh kuman berbahaya.

Menurut Badan Administrasi Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA), proses pasturisasi tidak mengurangkan zat dan nutrisi dalam susu mahupun ianya menyebabkan alahan laktosa dan alahan lain. Sekiranya anda memang ada alahan kepada protein di dalam susu, tidak kira dalam apa jua bentuk ianya diambil, ianya tetap akan menyebabkan alahan kepada anda. Malahan, penilitian kajian yang dilakukan ke atas susu mentah disimpulkan sebagai “Dakwaan yang mengaitkan ianya (susu mentah) dengan penambahbaikan nutrisi dan pencegahan alahan laktosa mahupun sebagai bekalan bakteria baik adalah mitos dan tiada asas dalam sains.”

Strain RB51 daripada bakteria Brucella abortus merupakan salah satu patogen selain Campylobacter sp. dan E.coli yang boleh ditemui dalam susu mentah yang sepatutnya terbunuh melalui proses pasturisasi. Brucella abortus bukanlah bakteria yang asing kepada lembu kerana ianya adalah punca utama Brucellosis dalam lembu yang menyebabkan kemandulan dalam lembu dewasa dan juga keguguran kandungan. Bila diterjemahkan permasalahan ini (Brucellosis dalam lembu) dalam konteks yang lebih besar, ianya membawa kepada kerugian besar dari sudut ekonomi akibat masalah kesihatan manusia dan juga lembu. Strain RB51 ini dibangunkan untuk dijadikan bahan utama vaksin hidup yang dilemahkan yang diberikan kepada lembu bagi membantu mereka melawan kesan jangkitan semula jadi/penuh Brucellosis. Bagaimanapun, dalam beberapa situasi yang jarang berlaku, lembu yang telah divaksinasi mampu untuk meninggalkan sampel bakteria ini dalam susu mereka, mendedahkan manusia yang meminum susu ini kepada jangkitan.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Oppss! Badan Berbau Sebab Banyak Makan Bawang? Ini Yang Anda Perlu Tahu

    Percaya ataupun tidak, apa yang anda makan boleh mempengaruhi bau badan anda. Terutamanya jika anda makan bawang. Tapi, ini fakta atau auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Suntikan Flu Untuk Mencegah Influenza – Penting Ke Untuk Ambil Dan Untuk Siapa?

    Selain perlindungan fizikal, terdapat juga pencegahan melalui pengambilan suntikan flu. Persoalannya, siapa yang perlu mendapatkannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Teruk Sangat Ke Migrain Sampai Kena Ambil MC?

    Teruk sangat ke migrain sampai mereka yang merasainya terdorong untuk mengambil cuti sakit? Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Peninju MMA Amalkan Terapi Minum Air Kencing Untuk Lebih Kuat? Betul Ke?

    Pada tahun 2009, Juan Manuel Marquez telah mempromosikan terapi air kencing untuk memperolehi kebaikan nutrisi. Persoalannya, bukan ada bakteria ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    5 Masalah Kesihatan Yang Boleh Timbul Jika Anda Tidak Sunat, Lebih Baik Berkhatan Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/03/2020

    Tak Banyak Beza Antara Demam COVID-19 Dengan Demam Biasa, Sebab Itu Anda Perlu Lakukan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/02/2020
    minuman teh hijau

    Teh Hijau Rendahkan Risiko Strok Dan Sakit Jantung, Kajian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/01/2020
    influenza

    Hati-Hati! Kes Influenza Sedang Meningkat Naik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 07/01/2020