Vaksin: Tiada Bahan Tidak Halal dan Kilang Halal Bakal Dibina

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Disember 5, 2019

Vaksin adalah penyediaan biologi yang meningkatkan imuniti kepada penyakit tertentu. Vaksin biasanya mengandungi agen yang menyerupai mikroorganisma penyebab penyakit, dan sering dibuat daripada bentuk mikroba yang lemah atau terbunuh, iaitu toksin atau salah satu daripada protein permukaannya. Agen yang merangsang sistem imun tubuh untuk mengenali agen sebagai bendasing, memusnahkannya, dan “mengingati “nya, supaya sistem imun dapat mengenali dan memusnahkan mana-mana mikroorganisma yang dijumpai pada kemudiannya.

Vaksin Malaysia Tiada Bahan Tidak Halal

Berdasarkan laporan Bernama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan vaksin yang digunakan di negara ini tidak mempunyai sebarang elemen tidak halal.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata setiap vaksin yang dihasilkan telah melalui kajian teliti oleh pakar perubatan berkelayakan menerusi kajian terperinci yang terbukti berkesan kepada penerima khususnya kanak-kanak.

Kilang Vaksin Halal Pertama Bakal Dibina

Kilang vaksin halal pertama di negara ini bakal dibina di Negeri Sembilan tidak lama lagi bagi menjadikan Malaysia sebagai antara negara pengeluar vaksin utama dunia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata walaupun pembinaan kilang itu akan mengambil masa untuk disiapkan, ia adalah langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap vaksin yang dikeluarkan serta diberikan kepada anak-anak mereka.

Menurutnya, apabila kilang berkenaan siap dan beroperasi kelak, sudah pasti ia dapat meningkatkan pengeluaran vaksin untuk kegunaan dalam negara dan boleh meletakkan nama Malaysia di pentas antarabangsa sebagai antara negara pengeluar vaksin yang diyakini.

Walau bagaimanapun, Boon Chye berkata, walaupun pembinaan kilang vaksin halal pertama akan dibina, ia tidak bermaksud penggunaan vaksin selama ini tidak berstatus halal.

Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga  akan membantu KKM untuk membuat dasar berkenaan suntikan vaksin dan imunisasai dari sudut pandangan fatwa sama ada perlu mewajibkan pengambilannya atau sebaliknya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

    Bukan wanita sahaja yang perlu kerap berjumpa doktor, orang lelaki juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil imunisasi badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Risiko Kanser Serviks Tetap Ada Walaupun Sudah Vaksin! Ini Sebabnya Anda Perlu Sentiasa Lakukan Pap Smear

    Tahukah anda, anda masih berisiko untuk mendapat kanser serviks walaupun telah mengambil vaksin HPV? Apakah cara untuk mencegahnya dengan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Kanser Serviks Februari 18, 2020

    Vaksin Influenza Di Premis KKM Bukan Untuk Orang Awam

    Vaksin influenza di KKM hanya untuk golongan berisiko. Baca artikel ini untuk tahu berkenaan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Tempatan Januari 17, 2020