7 Hari Cuti Paterniti. Apa Kata Anda? 

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 3 minit bacaan

Sejak bulan Jun 2019, desas-desus berkenaan penambahan cuti paterniti sektor swasta masih lagi dibincangkan sama ada di peringkat pekerja swasta, majikan, mahupun pihak kabinet. Walau bagaimanapun, pada 14 November 2019, pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia akan mula melakukan tindakan lanjutan berkenaan cadangan pembentangan cuti paterniti selama tujuh hari kepada kabinet tidak lama lagi. Menurut Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, sesi perbincangan telah dilakukan dengan kesemua pemegang taruh dan berharap agar usul tersebut dapat dibentangkan pada hujung bulan November. 

Bantahan dan sokongan terhadap cadangan 7 hari cuti paterniti

Sebelum ini, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan yang ingin menaikkan jumlah cuti paterniti pekerja sektor swasta daripada tiga kepada tujuh hari. MEF mendakwa, keputusan itu dinyatakan atas beberapa sebab seperti peningkatan kos operasi yang perlu ditanggung oleh majikan sebanyak RM150 juta setahun. MEF menyatakan, cuti tambahan tidak perlu hanya semata-mata untuk tujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan antara suami, isteri dan anak yang baru lahir. Mereka berpendapat, perkara tersebut boleh dilakukan setelah suami pulang dari kerja, semasa cuti hari minggu dan cuti umum

Di sebalik bantahan oleh MEF, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pula menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan kerajaan itu seperti mana yang pernah dipohon sebelum ini agar ia sama dengan jumlah cuti paterniti yang dinikmati oleh pekerja perkhidmatan awam. MTUC menekankan agar pekerja swasta dapat menikmati faedah yang sama seperti yang dinikmati oleh pekerja di sektor awam. Kenyataan MTUC juga disokong oleh beberapa NGO wanita seperti Women’s Aid Organisation (WAO). WAO telah menggerakkan satu petisyen berkenaan isu cuti paterniti ini dan berjaya mengumpulkan sebanyak 39,340 tandatangan persetujuan terhadap petisyen tersebut. Petisyen tersebut juga telah disampaikan kepada Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh. 

3 atau 7 hari?

Hello Doktor berpendapat bahawa cadangan cuti paterniti 7 hari ini adalah sangat wajar. Pertama sekali, ia akan memberikan peluang yang sama rata kepada kedua-dua pekerja sektor swasta dan awam untuk menikmati faedah cuti yang sama. Sektor mungkin berbeza tetapi penjagaan keluarga adalah sama di kedua-dua sektor. Kita tidak pasti sekiranya bayi yang dilahirkan cukup sihat atau sebaliknya. Jika bayi yang dilahirkan mempunyai beberapa komplikasi kesihatan seperti demam kuning, lebih banyak masa yang perlu diluangkan di hospital dan ini sangat menyukarkan pihak suami atau bapa untuk mengendalikan situasi tersebut jika mereka tidak mendapat cuti paterniti yang mencukupi. 

Selain itu, cuti paterniti di Malaysia masih lagi dianggap sedikit berbanding cuti paterniti di negara-negara lain. Di United Kingdom, cuti paterniti yang diberikan adalah sebanyak 14 hari, yang bertujuan membantu suami menyokong keadaan isteri pada minggu-minggu pertama kelahiran. United Kingdom juga menyediakan cuti yang dipanggil sebagai parental leave yang boleh diambil sama ada oleh kedua-dua ibu bapa atau salah seorang daripada mereka. Parental leave diberikan agar ibu bapa dapat menyokong tumbesaran dan penjagaan bayi pada tahun pertama kelahiran. Sweden pula telah memberikan cuti paterniti sebanyak 90 hari bagi golongan suami. 

Jika United Kingdom adalah negara yang tidak sesuai untuk dibuat perbandingan, kita boleh melihat kepada jiran-jiran terdekat negara kita. Singapura juga menyediakan cuti paterniti sebanyak 14 hari kepada suami, dan ini termasuklah suami yang bekerja sendiri. Cuti yang diberikan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Singapura. Myanmar dan Thailand pula menyediakan 15 hari cuti paterniti kepada kaum bapa bergantung kepada kelayakan mereka.

Oleh itu, tidak ada sebab untuk kita tidak menyokong cadangan cuti paterniti 7 hari ini. Ia memberikan kebaikan kepada ibu, bapa dan juga anak yang dilahirkan. Jika soal kos yang dibangkitkan oleh MEF, mungkin mereka perlu melihat kepada negara-negara seperti United Kingdom dan Singapura yang jelas lebih banyak memakan kos berbanding Malaysia. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Usaha Yang Kerajaan Boleh Lakukan Mengenai Harga Kerusi Bayi Yang Tinggi?

    Bermula penguatkuasaan pemasangan kerusi bayi, kami tahu apa yang paling menjadi kerunsingan ramai ibu bapa dan penjaga; iaitu harga car seat yang tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 11/10/2019 . 3 minit bacaan

    Enam Tip Bercuti Untuk Pesakit Diabetes

    Bercuti adalah acara istimewa untuk ahli keluarga bersatu semula, bersenang-senang dan mencipta kenangan. Walaubagaimanapun, kita tidak sepatutnya mengabaikan kesihatan kita, terutamanya untuk penyakit kencing manis ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Perlu kerjasama erat antara sektor awam dan swasta dalam menangani kanser – Sanchia Aranda, Presiden UICC

    Ketika berlangsungnya Kongres Kanser Dunia 2018 di Kuala Lumpur pada 1-4 Oktober, kami berkesempatan menemubual Prof. Sanchia Aranda, Presiden Kesatuan Kawalan Kanser Antarabangsa (UICC). Beliau bercerita mengenai ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
    Berita, Berita Tempatan 03/10/2018 . 9 minit bacaan

    10 Cara untuk Mengelak Pertambahan Berat Badan Sewaktu Cuti

    Bertambah berat badan sewaktu bercuti adalah kerisauan ramai orang, terutamanya bagi remaja perempuan dan wanita. Artikel di bawah akan memberikan 10 tip bagaimana untuk mengelakkan berat badan bertambah sewaktu ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 05/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cuti bersalin di malaysia

    Perbandingan Cuti Bersalin Di Malaysia & Negara Lain – Ada Yang Sampai 480 Hari!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/05/2020 . 3 minit bacaan
    cuti, penyakit kardiovaskular

    Manfaatkan Cuti Tahunan Anda, Elak Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/11/2019 . 3 minit bacaan
    migrain

    Teruk Sangat Ke Migrain Sampai Kena Ambil MC?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/10/2019 . 2 minit bacaan
    cuti-bersalin

    Tempoh Cuti Bersalin Naik 90 Hari! Apa Reaksi Para Ibu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/10/2019 . 2 minit bacaan