Kongsi Info Ini Jika Anda Dapati Berlakunya Sebarang Kes Keganasan Rumah Tangga di Sekitar Anda 

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Walaupun kadar keganasan rumah tangga mempunyai sedikit penurunan pada tahun 2017 berbanding 2016, angka tersebut sebenarnya tidak pernah berkurangan sejak tahun 2010 hingga 2016. Kadar keganasan rumah tangga yang berlaku di Malaysia meningkat daripada lebih 3000 kes sehingga hampir mencapai 6000 kes pada tahun 2016. Ia jelas menunjukkan peningkatan hampir 3000 kes dalam jangka masa hanya 6 tahun. 

Peratusan keganasan rumah tangga

Kadar tersebut sememangnya amat membimbangkan. Di Malaysia, pada tahun 2017, Negeri Selangor mencatatkan peratusan tertinggi kes keganasan rumah tangga dengan peratusan sebanyak 14.1%. Kadar tersebut diikuti dengan Negeri Johor dengan 12.4% kes dan Negeri Kelantan dengan 12% kes. Untuk pengetahuan, kes yang direkodkan ini hanyalah kes-kes yang dilaporkan kepada polis, tidak termasuk kes-kes yang terpencil dan tidak dilaporkan. Apa usaha yang boleh kita boleh lakukan untuk membantu mangsa-mangsa keganasan rumah tangga ini. Baca penerangan berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan kongsikannya kepada mereka yang memerlukan. 

Persediaan yang perlu anda lakukan jika ingin melepaskan diri daripada keganasan rumah tangga yang berlaku

Fasa 1: Sebelum anda bertindak

  • Simpan segala bukti berkenaan penderaan fizikal yang anda alami seperti gambar kecederaan
  • Rekodkan kejadian yang pernah berlaku seperti tarikh, masa, kejadian dan ugutan yang terjadi. Simpan rekod anda di tempat yang paling selamat dan rahsia
  • Simpan nombor telefon kecemasan seperti:
    • 999
    • Nombor telefon balai polis berdekatan
    • Hotline Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO): +603 7956 3488
    • WhatsApp atau SMS WAO: +6018 988 8058
    • Nombor telefon rakan baik dan ahli keluarga
    • Simpan kesemua nombor diatas dengan dengan nama berbeza untuk elak dikesan oleh pasangan anda
  • Pastikan kredit telefon anda mencukupi untuk membuat sebarang panggilan kecemasan
  • Ceritakan kepada seseorang apa yang berlaku terhadap diri anda
  • Rancang dengan anak anda dan kenal pasti tempat dan selamat untuk mendapatkan perlindungan seperti rumah rakan anda
  • Sediakan beg kecemasan yang mengandungi dokumen penting (asal atau salinan), wang, pakaian dan simpannya di tempat yang selamat

Fasa 2: Semasa anda bertindak

  • Buat rancangan berkenaan bagaimana dan kemana anda ingin lari secepat yang mungkin
  • Bawa bersama barangan seperti berikut:
    • Pengenalan diri
      • Lesen memandu
      • Sijil kelahiran dan sijil kelahiran anak
      • Maklumat kewangan
      • Wang dan kad bank
      • Buku akaun bank
    • Dokumen undang-undang
      • Perintah perlindungan
      • Pasport
      • Salinan dokumen sewaan atau pajakan rumah
      • Pendaftaran kenderaan dan insurans
      • Rekod perubatan
      • Rekod persekolahan
      • Permit atau visa pekerjaan
      • Sijil perceraian dan penjagaan anak
      • Sijil perkahwinan
    • Barangan lain
      • Ubat-ubatan
      • Set tambahan kunci rumah dan kereta
      • Barang berharga
      • Barangan dengan nilai sentimental
      • Pakaian tambahan
      • Wang kecemasan

Fasa 3: Selepas anda bertindak

  • Tukar kunci dan nombor telefon anda
  • Tukar waktu kerja dan laluan ke tempat kerja anda
  • Tukar laluan menghantar anak anda ke sekolah
  • Nyatakan situasi yang berlaku kepada pihak sekolah
  • Bawa bersama perintah perlindungan sepanjang masa dan nyatakan kepada jiran, rakan dan rakan sekerja mengenainya
  • Gunakan alamat lain untuk surat-menyurat anda
  • Pergi ke kedai atau mall yang berlainan daripada kedai yang biasa anda pergi
  • Nyatakan kepada jiran dan mintak mereka menelefon polis sekiranya mereka berasakan anda dalam bahaya
  • Nyatakan kepada individu yang menjaga atau mengambil anak anda daripada sekolah
  • Pasangan sistem keselamatan jika boleh

Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, sila bertindak sekiranya anda memerhatikan sesuatu yang kurang senang berlaku terhadap jiran, rakan sekerja atau individu yang berada di sekeliling anda. Pelawa khidmat bantuan kepada mereka jika mereka kelihatan ketakutan atau keresahan. Kadangakala, mereka yang terkesan dengan keganasan rumah tangga ini berasa takut atau malu untuk menceritakan hal yang berlaku. Kongsikan maklumat ini kepada mereka atau individu lain sebagai salah satu pertolongan yang boleh anda hulurkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut