Kebocoran Bahan Radioaktif Di Sepang, Apa Kesannya Kepada Kesihatan Manusia?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 3 minit bacaan

Anda mesti sudah biasa dengan logo 3 bilah kipas berlatar belakangkan warna kuning, kan? Ia merupakan satu amaran kepada mereka yang mendekati kawasan tersebut bahawa terdapat bahan radioaktif yang boleh memberikan kesan negatif terhadap kesihatan manusia. 

Terkini, Gudang Pos Aviation Sdn Bhd yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) telah mengalami kebocoran bahan radioaktif. Apa nak buat jika anda berada berhampiran kawasan tersebut? Ikuti artikel ini.

Hadirnya dalam sebuah kotak

Pasti anda akan berasa panik jika terdengar bahawa anda terdedah kepada bahan radioaktif, kan? Pada sekitar jam 10.42 pagi tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menerima panggilan kecemasan berkenaan dengan sebuah kotak yang mengalami kebocoran bahan radioaktif. Namun setelah kebocoran itu berjaya dikawal, kes tersebut diserahkan kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.

Ada empat jenis radiasi yang boleh dikeluarkan oleh bahan radioaktif bergantung kepada sifatnya:

  • Alfa – Ia tidak dapat menembusi sehelai kertas. Walaupun kedengaran selamat, ia boleh menyebabkan kesan buruk terhadap paru-paru
  • Beta – Ia dapat menembusi badan manusia, namun tidak dapat menembusi sekeping aluminium
  • Gamma – Hanya konkrit atau beberapa meter plumbum dapat menyekat kehadirannya
  • Neutron – Ia mampu menembusi konkrit dan plumbum. Radiasi ini wujud di dalam reaktor nuklear

Bahan radioaktif boleh terbentuk hasil daripada proses penguraian elemen kimia daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Sebagai contoh, kalium, mempunyai beberapa jenis isotop (atom yang mempunyai bilangan proton yang sama, namun neutron yang berbeza). Mineral kalium yang sering dikatakan penting untuk kesihatan badan merupakan isotop K39 (39 neutron). Isotop K40 pula merupakan varian kepada K39 namun ia bersifat radioaktif. Apabila ia terurai, ia akan melepaskan sebilangan besar radiasi beta dan sebahagian kecil radiasi gamma. Secara ringkasnya bukan semua mineral itu radioaktif. Ia bergantung kepada kestabilan isotop tersebut.

Kesan pendedahan radiasi terhadap kesihatan manusia

Alam sekeliling mengeluarkan tahap radiasi yang rendah. Ya! Kita sebenarnya hidup dikelilingi oleh bahan yang mengeluarkan radiasi namun kadarnya adalah pada tahap yang selamat. Akan tetapi, jika berlaku kebocoran bahan radioaktif, penguraian bahan tersebut akan melepaskan sebilangan besar gelombang radiasi yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Mereka yang terdedah kepada gelombang radiasi pada tahap 1 gy (gray) kebiasaannya akan mengalami simptom seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan demam.

Simptom-simptom tersebut akan hilang diikuti dengan tempoh bebas simptom. Namun, beberapa minggu kemudian, simptom yang jauh lebih teruk akan muncul dan ini berpotensi menyebabkan kerosakan organ-organ dalaman. Jika terdapat populasi yang terdedah kepada radiasi 4 gy ke atas, ia boleh membunuh separuh daripada jumlah populasi orang dewasa yang sihat. Jika hendak dibandingkan dengan jumlah pendedahan radiasi sewaktu rawatan terapi radiasi (radiotherapy), pesakit akan diberi beberapa dos radiasi di antara kepekatan 1gy ke 7gy. Namun, ia disasarkan kepada permukaan yang kecil pada badan dan dosnya dikawal rapi. 

Penguraian bahan radioaktif boleh menghasilkan partikel radiasi pengion (ionizing radiation) yang mampu merosakkan DNA di dalam sel. Walaupun badan mempunyai kapasiti untuk memperbaiki kerosakan ini, namun, pada kadar kepekatan yang tinggi, ia boleh menyebabkan kerosakan bahan genetik secara meluas dalam masa yang singkat. Ini boleh menyebabkan ralat pada proses pembaikian DNA seterusnya kanser untuk jangka masa panjang. Ini merupakan komplikasi yang paling menakutkan terutamanya pada kanak-kanak, memandangkan sel mereka lebih aktif membahagi.

Pada tahun 1986, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah merekodkan jumlah kanser tiroid yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak apabila reaktor nuklear di Chernobyl meletup. Ini berikutan pengumpulan bahan radioaktif iodin pada organ tiroid kanak-kanak yang terdedah menyebabkan mutasi sel dan kanser.

Apa yang anda perlu lakukan sekarang?

Jika anda terdedah kepada bahan radioaktif, beberapa langkah perlu diambil untuk memastikan kesan radiasi berada pada tahap minimum:

  • Jauhkan diri daripada kawasan kawalan bahan radioaktif tersebut. Semakin jauh jarak anda daripada sumber radiasi, semakin berkuranglah kekuatan radiasi tersebut
  • Gunakan peralatan perlindungan radiasi seperti lead gown, thyroid collar, gonad shield dan sebagainya jika anda perlu memasuki kawasan tersebut atas dasar tugas
  • Patuh pada arahan pihak berkuasa yang hadir
  • Jika anda mengesyaki sesuatu bahan mengandungi kadar radiasi yang tinggi, maklumkan kepada pihak berkuasa agar siasatan lanjut dapat dijalankan
  • Jauhi kawasan tercemar menurut arahan pihak berkuasa. Jangan bergerak bersendirian kerana dikhuatiri kawasan yang dituju mempunyai kadar pencemaran radiasi yang lebih tinggi

Konklusi

Menurut jurucakap bomba di Pos Aviation Sepang, keadaan buat masa sekarang masih terkawal. Tiada laporan yang menyatakan terdapat individu yang terdedah kepada radiasi tersebut. Namun, kunci kepada pengawalan situasi tersebut adalah tindakan yang pantas. Ini dapat mengurangkan risiko kesihatan buat  individu yang terdedah kepada radiasi tersebut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Radiasi Tahap Rendah, Rangsang Sel Kanser?

    Ada kajian menunjukkan dos radiasi rendah boleh meningkatkan bilangan sel mutasi di p53, perubahan genetik terkenal yang dikaitkan dengan kanser, benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sindrom Treacher Collins: Keadaan Menjejaskan Perkembangan Tulang dan Tisu Lain Muka

    TCS berlaku pada kira-kira 1 dalam 50,000 bayi baru lahir di seluruh dunia akibat mutasi gen yang mempengaruhi perkembangan wajah bayi sebelum dilahirkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 24/04/2019 . 2 minit bacaan

    Larangan Bunga Segar Untuk Pesakit Kanser, Apa Lagi Yang Perlu Dipertimbangkan?

    Institut Kanser Negara mengeluarkan kenyataan berkenaan larangan bunga segar di wad bagi mencegah pesakit daripada jangkitan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 16/04/2019 . 2 minit bacaan

    Teknologi Laser Dalam Perubatan Mudahkan Kajian Sel Kanser

    Kaedah baharu teknologi laser bagi menganalisis sel-sel kanser boleh membantu para penyelidik membuat analisis 3,000 sel kanser dalam masa hanya 15 minit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 02/04/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    coronavirus

    3 Subjenis COVID-19 Berlainan Dijumpai Di Seluruh Dunia! Adakah Virus Ini Sedang Bermutasi Dengan Cepat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 16/04/2020 . 4 minit bacaan
    sindrom-radiasi-akut

    Sindrom Radiasi Akut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 9 minit bacaan
    bayi

    Hipotiroidisme Bayi Dan Kanak-kanak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/12/2019 . 4 minit bacaan
    imunoterapi

    Saintis Cipta Sistem Imunoterapi Baru Untuk Kesan Sel Kanser – Kajian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/10/2019 . 2 minit bacaan