Dua Hospital Malaysia Antara Pemenang Anugerah CSSD COE

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Persatuan Kawalan Penyakit Asia Pasifik (APSIC) telah menyampaikan anugerah kepada pemenang anugerah Central Sterile Supply Department Centre of Excellence (CSSD COE) 2017-2018 pada kongres APSIC 2019.

Sejumlah 28 penyertaan diterima dari 11 negara dan dihakimi menerusi kriteria yang ketat termasuk daripada aspek penyampaian perkhidmatan pembasmian kuman dan pensterilan yang berkualiti, melakukan penyelidikan dan pendidikan, mengambil peranan kepimpinan untuk membantu dan menyokong institusi CSSD yang lain dalam melaksanakan program pendidikan CSSD, serta melaksanakan pensterilan stim dan jaminan pensterilan dalam pusat kesihatan.

Anugerah APSIC COE Edisi 2017-2018 telah memilih 15 buah hospital sebagai pemenang daripada 28 penyertaan yang diterima dari 11 negara, termasuk dua pemenang dari Malaysia. Berikut adalah senarai pemenang:

Pemenang Anugerah CSSD COE Edisi 2018:

  1. Malaysia Gleneagles Hospital KL
  2. Singapore Changi General Hospital
  3. Taiwan Veterans General Hospital
  4. Thailand Sikarin Hospital
  5. Thailand Ramathibodee Hospital
  6. HongKong Prince of Wales Hospital
  7. Vietnam University Medical Center
  8. India Apollo Gleneagles Hospital Kolkata
  9. India Apollo Hospital Chennai
  10. India Apollo Hospital Mumbai

Pemenang Anugerah CSSD COE Edisi 2017:

  1. Malaysia National Heart Institute (IJN)
  2. Parkway Central Sterilisation Services – Parkway Hospitals Singapore
  3. Taiwan Yuanlin Christian Hospital
  4. Fortis Memorial Research Institute (India)
  5. Gleneagles Global Healthcare City (India)

Menurut Presiden APSIC, Dr. Ling Moi Lin, “Jabatan Bekalan Alat Pensterilan Pusat (CSSD) memainkan peranan penting dalam menyediakan alatan pembedahan yang diperlukan untuk aspek penjagaan pesakit yang berkualiti. Untuk menyokong kawalan jangkitan dalam kemudahan penjagaan kesihatan, kakitangan CSSD mesti terlatih, kompeten dan komited untuk “melakukan apa yang betul” dalam setiap langkah.”

Kongres yang berlangsung pada 19 Mac lalu dan diadakan di Vietnam ini, dianjurkan oleh APSIC dan ditaja oleh 3M untuk meraikan serta menggalakkan amalan penjagaan kesihatan yang terbaik dalam Pensterilan dan kawalan penyakit di hospital di seluruh Asia Pasifik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 26, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut