Albino Bukanlah Satu Jenaka, Ini 5 Fakta Tentangnya Yang Akan Mengejutkan Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 23/04/2020

Pada 28 Oktober 2019, program Malaysia Hari Ini di TV3 telah mempertemukan dua individu yang telah bertembung di Twitter sebelum ini. Saudara Shazwan Zafran sebelum ini telah membuat satu lawak (which is memang tak lawak), berkenaan individu dengan penyakit albino dan membuat tag pada Twitter milik Azfar Firdaus.

Lawak tersebut adalah mengenai satu artikel yang dikeluarkan oleh Astro Awani berkenaan individu albino yang dibunuh di Tanzania untuk tujuan ritual sihir. Shazwan telah membuat satu tag terhadap akaun Azfar sambil membuat komen agar Azfar menjadi mangsa seterusnya.

Untuk pengetahuan semua, Azfar adalah seorang individu yang mempunyai penyakit albino.

Bagi mereka yang tidak mengetahui berkenaan albinisme atau individu dengan penyakit albino ini, berikut adalah 5 fakta yang perlu anda tahu sebelum anda mula membuat sebarang lawak yang tidak bertimbang rasa berkenaan penyakit albino. 

#1. Masalah penglihatan

penyakit albino

Bagi mereka yang tidak pernah tahu berkenaan penyakit albino, individu albino mempunyai masalah berkaitan penglihatan.

Mereka juga mungkin mempunyai sensitiviti terhadap cahaya, buta, pergerakan mata yang cepat dan astigmatisme (kecacatan pada bahagian mata atau lensa mata).

Disebabkan itu, mereka perlu memakai cermin mata untuk melindungi mata mereka.

#2. Masalah kulit

Anda pasti sedar bahawa mereka yang albino memiliki kulit yang berwarna sangat putih atau dengan tona merah jambu cerah. Ini disebabkan oleh tahap melanin yang rendah pada kulit mereka.

Apabila melanin kurang pada kulit, bermakna mereka mendapat kurang perlindungan daripada sinaran matahari.

Ini menyebabkan mereka menjadi sangat sensitif terhadap cahaya matahari dan boleh menyebabkan kanser kulit. Kadar kanser kulit adalah sangat tinggi dalam kalangan mereka yang albino.

#3. Faktor risiko

penyakit albino

Albinisme adalah sejenis keadaan yang diwariskan. Sekiranya ibu dan bapa memiliki gen albino, anak yang dilahirkan mempunya risiko sebanyak ¼ untuk menjadi seorang albino.

Sekiranya hanya salah seorang daripada ibu bapa mempunyai gen tersebut, anak mereka akan mempunyai albinisme, tetapi ia tidak akan ditunjukkan secara jelas melalui warna kulit. 

#4. Diagnosis

Albinisme dikesan atau didiagnosis melalui ujian genetik yang bertujuan mengenal pasti gen penyebab terjadinya albinisme.

Selain itu, terdapat cara lain yang turut digunakan untuk menguji dan mengesan albinisme iaitu melalui electroretinogram.

Ia adalah sejenis ujian yang akan dilakukan oleh doktor mata untuk mencari sel yang sensitif terhadap cahaya dalam mata.

#5. Rawatan

penyakit albino

Untuk pengetahuan pembaca, albinisme ini tidak mempunyai penawar atau penyembuh. Walau bagaimanapun, masih terdapat cara untuk meminimumkan masalah yang sering dialami oleh individu penghidap albinisme.

Doktor akan mencadangkan penggunaan cermin mata dengan perlindungan UV yang paling tinggi. Selain itu, mereka juga memerlukan jenis pakaian yang melindungi mereka daripada sinar UV matahari

Kesimpulan

Bagi mereka diluar sana yang masih gemar membuat lawak berkenaan rupa fizikal seseorang individu lain, penulis hanya ingin menyatakan bahawa minda anda masih kebudak-budakan dan tidak berkembang walaupun sudah berusia 30 tahun.

Akal dan pemikiran yang cetek dan rendah menjadi punca mengapa sesetengah daripada kita amat gemar membuat lawak-lawak bodoh berkenaan fizikal seseorang. Lawak terhadap penyakit albino juga merupakan satu ukuran bahawa kita masih mempunyai kecenderungan untuk membuat lawak terhadap mereka yang obes, mengalami kecacatan fizikal atau mengalami gangguan mental.

Hanya mereka yang mempunyai jiwa yang sakit akan membuat lawak yang sebenarnya tidak lawak. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

JANGAN Ambil Mudah! Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Sebabkan MAUT Jika Tidak Cepat Dirawat

Anda penggemar kacang tanah? Hati-hati jika anda juga adalah seorang yang mempunyai alahan kulit terhadap kacang tanah kerana ia boleh sebabkan maut

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Detoks Kulit, Boleh Ke?

Mesti pernah dengar mengenai produk detoks yang dikatakan bagus untuk kesihatan dan kecantikan diri. Tetapi wujudkah sebenarnya istilah detoks kulit?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Netizen Okinawan Di Jepun Hidup Lebih Lama Sampai 100 Tahun Kerana Rendah?

Orang rendah hidup lama. Betul ke? Ikuti artikel ini untuk mengetahui bagaimana ketinggian individu mempengaruhi tahap kelanjutan usia mereka.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Kalau Tak Nak Dapat Sakit, Jangan Guna Tuala Orang Lain- Ini Padah Jika Gemar Kongsi Tuala

Ya, sharing is caring. Tapi tidak semua perkara kita boleh kongsikan. Contohnya, tuala. Terdapat banyak bahaya kongsi tuala yang kalian perlu tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Artikel lain untuk anda

produk hilangkan jeragat

Nak Wajah Berseri Di Hari Raya? Cuba 5 Produk TERBAIK Ini Untuk Hilangkan Jeragat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 21/05/2020
kulit jadi gelap

Alami Jangkitan COVID-19 Teruk, Kulit Doktor Ini Berubah Jadi Gelap

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 14/05/2020
mandi air panas

Mandi Air Panas Atau Sejuk – Mana 1 Lebih Baik?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 12/03/2020
jatuh cinta

Muka Berjerawat Kerana Sedang Mabuk Dilamun Cinta- Boleh Percaya Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 08/03/2020