2’-FL, Bantu Perkuatkan Sistem Pertahanan Badan Si Manja

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 2 minit bacaan

Dalam tahun-tahun awal tumbesaran, sistem pertahanan badan dan otak si kecil sememangnya sedang pesat berkembang. Tetapi sebagai ibu bapa, apa yang boleh anda lakukan untuk menyokong kedua-dua proses tersebut?

Sistem pertahanan badan

Tempoh tiga tahun pertama selepas kelahiran merupakan tempoh penting yang menyumbang kepada perkembangan keseluruhan si kecil. Hampir 85 peratus perkembangan otak berlaku dalam tempoh masa ini. 

Mempunyai sistem pertahanan badan yang kuat pastinya dapat membantu proses perkembangan dan pembelajaran si manja. Oleh sebab itu, sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan si manja kekal sihat, fizikal dan mental bagi membantu mencapai potensi pembelajaran sepenuhnya.

Dijangkiti sebarang penyakit adalah sejenis tekanan yang boleh mengganggu proses pembelajaran kanak-kanak. Keadaan ini sekali gus akan menjejaskan tahap perkembangan mereka. Sudah tentu, bagi kanak-kanak yang bersekolah, jatuh sakit akan menjejaskan proses pembelajaran, tumbesaran dan potensi perkembangan mereka. 

Berdasarkan penyelidikan, sistem imun kanak-kanak mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan otak mereka. Malahan dengan imun badan yang kuat, ia dapat membantu tahap pembelajaran dan kefahaman yang membolehkan kanak-kanak belajar dengan lebih cepat.

Kepentingan 2’FL

Menurut pengarah perubatan Nutrisi Abbott, Dr Nina Mazera Mohd Said, “Kira-kira 70 peratus daripada sistem pertahanan badan kanak-kanak wujud dalam usus. Menerusi nutrisi yang baik dengan ramuan yang disokong secara saintifik seperti 2′-FL, kita boleh menyokong sistem pertahanan badan kanak-kanak semasa mereka sedang membesar.”

Jelas beliau lagi, 2′-FL adalah singkatan bagi 2′-fukosillaktosa. Ia bertindak sebagai prebiotik, yang membekalkan khasiat kepada bakteria baik yang ditemui di dalam usus sambil memastikan sistem penghadaman kanak-kanak sihat.

Selain daripada kesan prebiotik, 2′-FL juga didapati menyokong sistem pertahanan secara keseluruhannya sambil mengukuhkan daya tahan semula jadi badan kanak-kanak. Ia menjalankan fungsi seperti pintu pagar dan dinding untuk melindungi mereka.

“2’FL dipercayai akan bertindak sebagai umpan untuk kuman, lantas mencegahnya daripada menjejaskan sel dan menyebabkan penyakit,” ujar Dr Nina lagi.

Susu dengan 2’FL

Untuk menyokong tumbesaran dan sistem imun badan kanak-kanak, Abbott selaku syarikat pertama di Malaysia membawakan 2′-FL dalam susu kanak-kanak. Similac® Gold dengan 2′-FL merupakan susu yang yang dihasilkan khas untuk kanak-kanak berusia satu tahun dan ke atas.

Selain memberikan sokongan kepada sistem imun badan, susu keluaran Abbott ini juga adalah satu-satunya susu kanak-kanak dengan Sistem Nutrisi Eye-Q®. Ia terbukti secara saintifik dapat menyokong pembangunan sel-sel penghubung otak untuk pembelajaran yang lebih cepat bersama 10 nutrien penting termasuk DHA, Lutein dan Vitamin E semulajadi.

Berkongsi pengalaman

Selain memperkenalkan susu Similac® Gold, Abbott melancarkan kempen Similac® Millions of Moms di Malaysia. Kempen yang bertujuan mengumpulkan kisah pengalaman ibu bapa ini dicipta bagi menyokong ibu bapa di Malaysia dan menonjolkan peranan yang dimainkan mereka untuk membina asas sistem pertahanan badan yang kukuh bagi anak-anak mereka.

“Melalui perkongsian kisah dan pengalaman peribadi, kempen ini diharapkan dapat memperkasakan lebih ramai ibu bapa untuk mendengar naluri mereka sebagai pelindung si manja. Dalam masa yang sama menggalakkan aktiviti yang dapat mengukuhkan sistem pertahanan badan anak-anak, yang seterusnya meningkatkan perkembangan kognitif mereka,” jelas Dr Nina.

Similac® Gain Plus Gold dengan 2′-FL dan Gain Kid Gold dengan 2′-FL boleh didapati di semua farmasi, pasar raya, pasar raya besar dan kedai ubat Cina di seluruh negara. Susu ini juga boleh dibeli melalui aplikasi membeli-belah atas talian seperti Lazada dan Shopee.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Katanya, Susu Ibu Penawar Semula Jadi COVID-19, Sampai Orang Dewasa Pun Minum: Sahih Ke?

    Ramai yang sudah order online susu ibu kerana mereka percaya bahawa ia boleh cegah dan rawat virus korona baharu (COVID-19). Fakta atau maklumat palsu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 05/05/2020 . 3 minit bacaan

    Dah Sembuh Dari Jangkitan COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Faham Agar Tak Lagi Bimbang

    Pasti anda ingin mengetahui maksud yang dikatakan sebagai sembuh jangkitan COVID-19, bukan? Berikut 7 jawapan berkaitan proses pemulihan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 29/04/2020 . 4 minit bacaan

    Vaksin Belum Ada, Tapi Dah Ramai Pesakit COVID-19 Pulih, Macam Mana Tu?

    Majoriti kes positif virus korona baharu di seluruh dunia sembuh daripada COVID-19 tanpa sebarang rawatan. Ia bergantung kepada sistem imun anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    7 Cara Mudah Dan Cepat Untuk Tingkatkan Imun Badan, No.3 Paling Tak Sabar Nak Buat!

    Seiring dengan penularan wabak COVID-19 ini, kita perlu melakukan sesuatu. Antaranya adalah amalkan cara kuatkan sistem imun tubuh badan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 01/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tambah susu badan

    Mama, Tak Perlu Lagi Guna Produk Milk Booster! Ini 4 Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
    susah-tidur-malam-kesan-wajib-anda-tahu

    Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan
    12-simptom-alahan-telur-pada-si-manja

    Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan
    sistem imun

    Keupayaan Sistem Imun Badan Anda Tentukan Sama Ada RISIKO Dijangkiti COVID-19 Atau Tidak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/05/2020 . 3 minit bacaan