Sejarah Tercipta: Selamat Tinggal Virus Polio Liar Jenis 3!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019

Dalam pengumuman yang bersejarah itu, Hari Polio Sedunia disambut dengan penuh rasa kemenangan apabila virus polio liar jenis 3 (WPV3) telah diisytiharkan sebagai dibasmi di seluruh dunia. Ini merupakan kejayaan pembasmian penyakit boleh dicegah yang ketiga dalam sejarah setelah virus smallpox dan juga virus polio liar jenis 2.  

Usaha sama pelbagai pihak 

Dalam usaha untuk menghapuskan ancaman virus berbahaya di peringkat global, kerjasama yang utuh daripada pelbagai pihak amat diperlukan. Menurut Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) merangkap Pengerusi Inisiatif Pembasmian Polio Global (GPEI), kejayaan ini merupakan hasil komitmen rakan strategik WHO, negara-negara ahli dan juga kemajuan teknologi imunisasi semasa. GPEI adalah sebuah usaha sama antara entiti kerajaan dan swasta dan ia membabitkan kolaborasi bersama WHO, Rotary International, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), UNICEF, Yayasan Bill & Melinda Gates dan juga rangkaian rakan kongsi yang luas.

Sijil rasmi pembasmian virus polio liar jenis 3 telah disampaikan kepada Dr Tedros oleh Profesor David Salisbury, Pengerusi Suruhanjaya Pensijilan Pembasmian Poliomyelitis Global.

Dalam sambutan yang mengambil tempat di ibu pejabat WHO di Geneva, Switzerland, Profesor David berkata kejayaan yang signifikan ini akan menyemarakkan lagi usaha dan program sedia ada untuk mencapai dunia bebas polio.

Sama tapi tidak serupa

Terdapat tiga strain virus polio liar iaitu jenis 1 (WPV1), jenis (WPV2) dan juga jenis 3 (WPV3). Walaupun ketiga-tiga strain mampu untuk menghasilkan simptom yang sama, termasuk kelumpuhan kekal, perbezaan genetik dan virologi menjadikan mereka berbeza dan langkah pembasmian perlu dilakukan satu per satu. 

WPV3 adalah strain virus polio yang kedua untuk dibasmi setelah WPV2 dibanteras dengan jayanya pada tahun 2015. Kes terakhir WPV3 yang dikesan adalah di Nigeria pada tahun 2012. Sejak daripada itu, kekuatan dan capaian sistem pengawasan di bawah program pembasmian global telah memainkan peranan yang kritikal dalam memastikan jangkitan virus ini lenyap dari muka bumi. 

Dengan pembasmian WPV2 dan WPV3, hanya satu sahaja serotaip yang tinggal untuk dibasmi iaitu WPV1. Dalam keadaan semasa, WPV1 dikatakan masih mengakibatkan penyakit di dua negara iaitu Afghanistan dan juga Pakistan. Kejayaan program pengawasan juga telah mengesahkan bahawa WPV1 tidak lagi dikesan di benua Afrika sejak tahun 2016.

Virus polio liar, ancaman yang terancam

Pembasmian virus polio liar jenis 3 ini adalah bukti bahawa jika semua pihak bersatu hati dan menggembleng tenaga, misi dunia bebas polio akan dapat dicapai. Kesinambungan kejayaan ini, rakan strategik GPEI digesa agar meneruskan lagi usaha demi melenyapkan ancaman virus polio secara total. Polio bukan sahaja satu virus yang mengakibatkan kelumpuhan, ia juga virus pembunuh yang cukup berbahaya. Di sebalik keganasannya, kemajuan sains dan teknologi membuktikan bahawa virus ini tidak kebal dan penghapusannya bukanlah sesuatu yang mustahil.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    WHO Keluarkan Garis Panduan Baharu Untuk Menangani Tuberkulosis Rintang Ubat

    Dengan tema ‘Masa untuk tamatkan TB’, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan garis panduan baharu bagi menambahbaik rawatan untuk Tuberkulosis rintang ubat (MDR-TB). Dalam garis panduan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Gesaan WHO Berkenaan Sekatan Pengiklanan, Promosi dan Penajaan Industri Tembakau

    Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini menggesa agar kerajaan-kerajaan mengenakan sekatan keatas sebarang pengiklanan, promosi dan penajaan oleh produk dan syarikat tembakau terhadap sebarang kejohanan sukan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Sifilis Kongenital: Antara Punca Utama Kematian Bayi Seluruh Dunia

    Statistik berkaitan sifilis kongenital Pada 27 Februari 2019, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan anggaran lebih setengah juta kes keseluruhan sifilis kongenital pada tahun 2016, yang menyebabkan lebih ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Laporan WHO Berkaitan Perbelanjaan Kesihatan Global: Kenapa Rakyat Masih Berbelanja Tinggi?

    Dalam misi menuju liputan kesihatan universal, minggu ini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah memperincikan laporan terbaru mereka berkaitan perbelanjaan kesihatan global bertajuk ‘Public Spending on Health ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab