Dilarang Mengambil Insulin – Remaja Mati Akibat Dakyah Rawatan Herbal

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 mins read

Pada hari Isnin yang lepas, akibat tidak membenarkan pemberian insulin, seorang lelaki bernama Timothy Morrow (gambar) yang menggelarkan dirinya seorang ‘Pakar Herbal’ telah dijatuhkan hukuman penjara selama 4 bulan dan 48 bulan tempoh percubaan atau pemerhatian apabila didapati bersalah dalam kes penderaan kanak-kanak dan juga mengamalkan perubatan tanpa lesen sehingga membawa kepada kematian seorang remaja berusia 13 tahun.

Edgar Lopez yang meninggal dunia pada Ogos 2014, merupakan penghidap penyakit kencing manis jenis 1 iaitu jenis kencing manis yang disebabkan oleh kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin. Insulin adalah hormon yang penting bagi mengawal paras gula dalam darah kerana ianya bertindak dengan membolehkan sel-sel dalam badan untuk menggunakan gula dalam darah sekaligus menurunkan paras gula. Justeru, pesakit kencing manis jenis 1 bergantung nyawa pada suntikan insulin dan ianya satu-satunya rawatan untuk penyakit ini.

Maria Madrigal, ibu kepada Edgar Lopez, merupakan salah seorang pengikut seminar Timothy Morrow dan Maria diberitahu untuk menghentikan pemberian Insulin kerana Insulin yang diberikan kepada anaknya itu adalah racun. Sebaliknya, Maria diarahkan untuk menyapu minyak Lavender pada bahagian belakang Lopez dan terus mengambil ubat-ubat herbal berdasarkan preskripsi Morrow yang didakwa dapat menyembuhkan penyakit kencing manis tersebut selama-lamanya.

Pada peringkat awal, tidak ada masalah pada keadaan Lopez namun tidak lama kemudian, dua bulan sebelum Edgar Lopez mati, Maria mula menyedari bahawa keadaan anaknya bertambah teruk dan simptom kencing manisnya mula kembali. Lebih teruk, Lopez mula mempunyai masalah untuk bernafas dan mengalami kekejangan badan. Morrow memberitahu bahawa ianya sebahagian daripada krisis penyembuhan dan untuk memberikan rawatan reflexologi bagi membuang toksin dalam badan Lopez.

Menurut bapanya, Delfino Lopez Solis, keluarganya telah dimanipulasi oleh Morrow dan beberapa hari sebelum Lopez meningal dunia, Morrow ada datang melawat. Menurutnya, apabila pernafasan Lopez semakin cetek, Morrow menyuruh mereka untuk membuka tingkap untuk membawa udara masuk dan hanya apabila pernafasan Lopez menjadi terlalu perlahan dan cetek, Morrow membenarkan mereka untuk membuat panggilan kecemasan. Malangnya, Lopez tidak berjaya diselamatkan dan dia meninggal dunia di Pusat Perubatan Harbor-UCLA keesokan harinya.

Morrow dalam laman sesawanganya mendakwa bahawa dia berjaya menyembuhkan dirinya daripada barah prostat melalui diet dan pengambilan herbal miliknya. Morrow menjual perlbagai jenis makanan tambahan, julap, herbal dan serbuk protein termasuklah produknya yang diberi nama Pancreas Reg yang dia sendiri gelarkan sebagai ‘Insulin dari Tuhan’. Walaubagaimanapun, produk tersebut didapati mengandungi penafian yang menyatakan bahawa produk tersebut tidak dinilai oleh Badan Penilai Makanan dan Ubatan (FDA) dan bahan kandungan produk tersebut tidak bertujuan untuk merawat, menyembuh atau mencegah apa-apa penyakit. Morrow juga ada memuatnaik video-video dakwaan beliau mengatakan ‘Insulin itu merupakan racun kepada sistem badan’ dan ‘Tumor itu adalah pemberian tuhan’.

Morrow diarahkan untuk membuang video-video beliau yang mengajak kepada menggantikan penggunaan ubat-ubat moden kepada ubat tradisional dan herbal dan dia juga turut diberi amaran sekiranya didapati perkongsiannya membawa kepada mudarat dan kematian pada masa akan datang, dia akan didakwa dengan tuduhan membunuh. Sebagai pampasan, Morrow telah diarah untuk membayar RM 20 000 (USD 5000) kepada keluarga Lopez untuk kos pengebumian dan denda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Daun Ketum Boleh Rawat Kencing Manis & Darah Tinggi? JANGAN Biasakan Diri Percaya Bulat-Bulat!

    Ramai individu yang beranggapan, daun ketum boleh merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah sebagai rawatan kencing manis dan hipertensi. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 17/02/2020 . 4 mins read

    Betul Ke Anak Yang Dilahirkan Ibu Obes Memiliki IQ Lebih Rendah? Tapi Kenapa?

    Selain kesan negatif terhadap kualiti hidup, ibu gemuk atau obesiti juga dapat mempengaruhi kecekapan psikomotor anak di dalam kandungan. Baca artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/01/2020 . 3 mins read

    Awas! Jika Kulit Anda Seperti Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Tahukah anda, masalah kulit akantosis nigrikan merupakan tanda awal kencing manis? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 20/01/2020 . 4 mins read

    Risiko Kencing Manis Tinggi Dalam Kalangan Orang Asia

    Tahukah anda bahawa orang Asia mempunyai BMI yang berlainan dengan orang Eropah memandangkan risiko untuk mendapat kencing manis berbeza? Baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 09/01/2020 . 4 mins read

    Artikel lain untuk anda

    contoh menu makanan untuk diabetes

    Orang Kencing Manis Banyak Pantang-Larang, Tapi Makanan Apa Yang Boleh Diambil? Ini Dia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 mins read
    ramadhan

    Bulan Syawal Tiba! Penghidap Diabetes Jenis 1 Perlu Lebih Berjaga-jaga, Ikuti Panduan Pemakanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/05/2020 . 3 mins read
    suplemen-kulit-tidak-diperlukan

    Nak Kulit Cantik, Ambil Suplemen Kulit- Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/02/2020 . 4 mins read
    makan pakai tangan

    Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ia Mungkin Punca Berat Badan Naik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/02/2020 . 3 mins read