Anda Mungkin Tidak Dapat Lihat Jumlah Like Pada Feed Instagram Anda Lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 mins read

Siapa kata media sosial hanya mendatangkan manfaat? Tahukah anda bahawa media sosial juga menjadi antara faktor yang mendorong kepada berlakunya gangguan terhadap kesihatan mental? Jika tidak, masakan Instagram bertindak lebih awal melalui tetapan baharu pada aplikasinya dengan tujuan untuk melindungi kesejahteraan kesihatan mental penggunanya. Apakah tetapan baharu yang dibawa oleh Instagram ini?

Sorok bilangan ‘like’

Instagram akan memulakan percubaan eksperimennya dengan menyorokkan bilangan ‘like’ pada setiap hantaran di Instagram di seluruh dunia. Keputusan mengenai hal ini telah diumumkan pada 14 November yang lalu setelah perubahan tersebut dilaksanakan di seluruh Amerika Syarikat pada awal minggu tersebut. 

Instagram menyatakan, pelaksanaan tersebut akan dilakukan secara berkumpulan, dan pengguna yang dipilih dalam ujian tersebut tidak akan dapat melihat jumlah ‘like’ bagi setiap hantaran yang berada di feed Instagram. Mereka hanya boleh melihat jumlah ‘like’ di post mereka sendiri, tetapi tidak di post milik individu lain. Pada bulan April yang lalu, ujian yang sama telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Kanada, Jepun, Ireland, Itali, Brazil, Australia dan New Zealand. 

Media sosial jadikan individu kurang berkeyakinan

Instagram turut membuat pengumuman bahawa ujian tersebut merupakan salah satu daripada usaha mereka untuk membuatkan pengguna berasa lebih gembira. Tindakan ini dilakukan ketika mana terdapat isu dan kebimbangan bahawa media sosial boleh menyumbang kepada kurangnya keyakinan diri dan rasa ‘kekurangan’ dalam kalangan diri orang muda. 

Menurut Ketua Instagram, Adam Mosseri, perubahan ini adalah mengenai keadaan semasa orang muda. Perubahan yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengurangkan persaingan dan memberikan lebih banyak ruang untuk mereka memberikan tumpuan terhadap jalinan hubungan dengan individu lain. Menurut beliau, kita perlu melihat bagaimana ia memberikan kesan terhadap bagaimana orang lain rasa mengenai platform tersebut. Ia juga berkenaan bagaimana ia memberi kesan terhadap bagaimana orang lain menggunakan platform Instagram ini. 

Kesan kepada bisnes?

Disebalik usaha perubahan yang dilakukan oleh pihak Instagram ini, terdapat sekelompok komuniti seperti brand influencer yang menyatakan kebimbangan mereka mengenai perubahan ini. Mereka berpendapat, tindakan yang dilakukan oleh pihak Instagram ini akan memberi kesan terhadap bisnes mereka. Berdasarkan kajian yang dilakukan melalui Social Media Today, hampir kesemua influencer sebulat suara menyatakan terdapat penurunan dalam bilangan ‘like’ di negara-negara di mana ciri perubahan ini dilaksanakan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir daripada influencer ini yang menyambut baik perubahan tersebut dengan menyatakan bahawa ia boleh membantu setiap brand influencer untuk memberi fokus terhadap kandungan berbanding populariti semata-mata. 

Mungkin selepas ini, pengguna aplikasi ini di Malaysia juga akan menerima perubahan ini secara perlahan-lahan. Jika perubahan ini ternyata memberi kesan yang lebih baik terhadap perkembangan kesejahteraan kesihatan mental, kenapa tidak untuk kita menyokongnya. Sudah terdapat kajian yang membuktikan bahawa media sosial menyumbang sedikit sebanyak kepada gangguan kesihatan mental, dan kini media sosial juga perlu berubah dalam mengurangkan kadar tersebut. Ingatlah, kesihatan mental adalah lebih penting berbanding populariti dan tujuan bisnes semata-mata. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dalam Sibuk Jaga Kesihatan Badan, Jangan Lupa Kesihatan Otak Anda Juga! Bahaya Jika Tak Dijaga

    Otak manusia adalah antara bahagian penting yang perlu dijaga. Terdapat beberapa cara meningkatkan kecerdasan otak yang perlu anda lakukan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Alami Burnout Sewaktu Bertugas? Ikuti 7 Tip Ini Untuk Bantu Anda Kurangkannya

    Bagi petugas barisan hadapan dan mereka yang kerja lebih masa, mereka lebih berisiko mengalami sindrom burnout. Jangan risau, ikuti 7 tip untuk mengatasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/04/2020 . 3 mins read

    Normal Ke Jika Saya Selalu Mengingati Mati? Ini 3 Kesan Yang Perlu Diketahui

    Anda mungkin kadangkala terfikir mengenai kematian. Namun, adakah mengingati mati dengan kerap merupakan satu perkara yang normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 07/04/2020 . 3 mins read

    Puasa Ketika PKP Tak Bermaksud Jadi Antisosial, Walaupun Tanpa Bazar, Ini 4 Cara Kekal Berhubung!

    Anda mungkin sudah bosan berada di rumah ketika penjarakan sosial berlangsung. Namun, ada cara seronok untuk anda kekalkan interaksi sosial bersama kenalan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 31/03/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    gila seks

    Gila Seks Bukan Gelaran Tetapi Penyakit! Ini 5 Kriteria Jika Anda Salah Seorang Daripadanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 mins read
    hubungan seksual

    Jangan Main Terjah Saja Kalau Nak Bersama Si Dia, Ini Sebabnya- Ada Kaitan Dengan Mental!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 mins read
    bunuh diri

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 mins read
    hubungan sosial

    Tak Perlu Jumpa Orang, TV Dah Cukup Untuk Bersosial-Kajian, Ini Cara Baru Tingkat Kesihatan Mental!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/06/2020 . 3 mins read