Ledakan Teknologi Data dan Manfaatnya Kepada Sektor Kesihatan Awam

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 5 minit bacaan

Masa depan bagi sektor kesihatan awam sememangnya menjadi satu agenda penting bagi dunia. Dengan kawalan harga terhadap ubat-ubatan, perubahan dalam organisasi korporat bagi sektor swasta kesihatan di mana berlakunya penggabungan dan pemilikan ke atas beberapa syarikat serta implikasi teknologi dalam perkhidmatan kesihatan– menjadikan tahun 2019 dan tahun-tahun mendatang satu titik permulaan yang menarik bagi sektor kesihatan awam global.

Menerusi Forum Ekonomi Dunia (WEF2019) yang berlangsung di Davos, Switzerland, topik perbincangan adalah tertumpu kepada persoalan-persoalan di atas dengan buah fikiran dan pendapat dikongsi oleh panel pemain utama industri seperti Christophe Weber, CEO Takeda Pharmaceuticals, yang barru-baru ini membeli syarikat farmaseutikal Ireland, Shire.

Beliau turut disertai oleh Michael F. Neidorff, Pengerusi dan CEO dari syarikat insurans hayat; Centene Corporation, Peter Orszag, Ketua Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A) bagi Amerika Utara di bank pelaburan, Lazard, beliau juga memegang jawatan Pengerusi Bersama Global bagi Sektor Kesihatan dan mantan pengarah belanjawan kepada Presiden Obama. Bagi mewakili pemegang taruh dalam bidang teknologi, panel juga disertai oleh Liu Jiren, Pengerusi dan CEO syarikat IT dari China, Neusoft Corporation.

Sidang panel dipengerusikan oleh Elena Cherney dari Wall Street Journal.

Penggabungan Vertikal baik untuk sektor kesihatan awam?

Tahun 2018 menyaksikan banyak perjanjian perniagaan dan pemilikan syarikat ke atas syarikat lain. Trend ini dijangka akan berterusan di tahun 2019. Pemilikan Takeda Pharmaceuticals ke atas Shire, merupakan pemilikan dengan nilai terbesar bagi tahun 2018.

Christophe Weber, CEO Takeda menjelaskan industri farmaseutikal akan sentiasa memperlihatkan pemilikan dan penggabungan syarikat (M&A) memandangkan industri tersebut sangat memerlukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan ia memerlukan kos yang besar selain daripada keperluan untuk menguruskan paten ubat-ubatan yang menerima persaingan daripada paten keluaran syarikat lain yang menawarkan inovasi baru dan harga yang lebih kompetitif. M&A adalah satu kewajipan bagi memastikan kelangsungan syarikat dan industri farmaseutikal, kata beliau lagi.

Weber turut menjelaskan pemilikan Takeda ke atas Shire adalah kerana skala geografi dan visi syarikat itu untuk menjadi sebuah syarikat R&D.

Michael F. Neidorff, Pengerusi dan CEO dari syarikat insurans hayat; Centene Corporation mencelah dengan berkata, sudah semestinya anda memerlukan pelaburan kritikal untuk memastikan segala visi dan pelan berjalan dengan lancar. Namun demikian, persaingan dalam industri juga harus dipertahankan kerana pengguna akan dapat lebih banyak manfaat.  

Mengulas lanjut mengenai pemilikan dan penggabungan (M&A)  dalam sektor swasta kesihatan, Peter Orszag menambah trend masa kini adalah perjanjian M&A melbatkan bidang kepakaran atau vertikal. Di Amerika Syarikat, semakin ramai pleabur beralih ke portfolio yang melibatkan penggabungan vertikal.

Beliau menambah ini seterusnya akan mengubah dinamik di antara pemain-pemain industri. Satu kelebihan aktiviti M&A ini adalah syarikat yang lebih besar mempunyai capaian ke atas maklumat mengenai ubat, pesakit dan sebagainya dalam satu hab informasi tunggal. Pastinya, ini akan lebih membantu mereka untuk membuat kajian terperinci mengenai pesakit dan penggunaan ubat-ubatan.

Ini diperakui oleh Christophe Weber, M&A akan menghasilkan lebih banyak data, yang memberi kelebihan kepada industri. “Jika kita mendapat capaian kepada lebih banyak data untuk dianalisa mengenai impak ubat-ubatan ke atas pesakit, dapat membantu kita jadi lebih inovatif seperti model harga ubat-ubatan berdasarkan keberkesanan (outcomes) ubat-ubatan.”

Peter Orszag menyatakan kegusaran beliau mengenai cabaran yang bakal terhasil daripada penggabungan vertikal dan inovasi dalam sistem pengedaran farmaseutikal yang mungkin akan tertumpu kepada ubat-ubatan mahal sahaja.

Menurutnya lagi, dengan penggumpulan data mengenai keberkesanan ubat kepada pesakit juga akan mencipta skor kredit kewangan. Maka dengan revolusi data berterusan, lama kelamaan dikhuatiri industri akan menilai risiko kesihatan seseorang berdasarkan data kesihatan dan juga skor kredit beliau. Ini sudah tentu akan mewujudkan ketidakadilan dan bias terutamanya kepada golongan kurang mampu dari segi ekonomi.

Adakah kita akan menafikan peluang mereka untuk mendapatkan rawatan terbaik? Atau kita hanya memberikan mereka rawatan asas semata tanpa berpeluang mendapat rawatan terkini lebih berkesan? Jika mereka diberi peluang rawatan terkini yang kosnya sudah pasti mahal, adakah kerajaan akan menanggungnya?

Data sebagai agen meningkat keupayaan perkhidmatan?

Namun begitu, trend sebaliknya berlaku di China, di mana sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat mempunyai capaian kepada data kesihatan dan bekerjasama dengan doktor mereka untuk memilih dan merangka kaedah rawatan yang sesuai serta efektif.

Menurut Liu Jiren, walaupun trend ini mendapat sambutan, namun begitu kerajaan China masih merasakan tanggungjawab mereka untuk mengurus perbelanjaan penjagaan kesihatan untuk rakyat tidak berkemampuan, selain melengkapkan infrastruktur kesihatan sedia ada seperti hospital dan bagaimana infrastruktur ini dapat melengkapkan kitaran sistem kesihatan awam di China.

“Doktor adalah seperti pengkarya. Mereka merawat pesakit yang sama tapi keberkesanan rawatan adalah berbeza-beza. Bagi penyakit kronik, kita memerlukan penyelesaian tetap dengan doktor menjalankan prosedur-prosedur asas.”

“Dan data boleh digunakan untuk mengukur tahap kesihatan secara real-time. Doktor boleh diberi peranan dalam mendapatkan data tersebut. Kami di Neusoft sedang menggunapakai kaedah ini dan diperluaskan dari bandar ke bandar utama di China,” kata Liu Jiren.

Tambah Jiren lagi pakar-pakar kesihatan yang terletak di bandar-bandar utama dapat saling berhubung dengan doktor yang berada di lokaliti setempat. Manakala hospital-hospital mengambil peluang menerusi trend ini untuk menstruktur semula proses latihan. Kini mereka boleh menghantar doktor atau jururawat ke rumah pesakit berdasarkan saranan rawatan oleh pakar-pakar tadi.

Jiren juga berkata, mereka membina sebuah platform yang menghubungkan hospital dengan pesakit. Mereka mempunyai capaian kepada rekod peribadi yang diintegrasikan bersama. Data-data yang terdapat dalam platform tersebut menjadi aset peribadi dan boleh digunakan oleh pesakit juga. Platform ini boleh menjadi platform terbuka yang dikongsi dengan pelbagai sektor.

Jadi, keperluan untuk membina dan memperkukuhkan institusi Hospital masih lagi menjadi agenda utama kerana dengan penggunaan teknologi kepintaran buatan (AI) dan ketersediaan data, dapat mengemaskini penanda aras (benchmark) setiap hari, setiap minggu.

Sektor kesihatan awam juga dapat melihat keberkesanan sesuatu rawatan dan hospital-hospital boleh mengadaptasi amalan terbaik dan sekaligus dapat mengurus kos perbelanjaan terhadap penjagaan kesihatan dengan lebih cekap. Ini sekaligus dapat membendung ketirian dan pembaziran dalam sektor kesihatan awam kerana rawatan bersasar mengikut keperluan pesakit dapat dilaksanakan dengan adanya teknologi dataraya (big data).

Persiapan menghadapi penuaan populasi

Ketika sesi berlangsung, terdapat juga persoalan mengenai persiapan menghadapi penuaan populasi apabila sistem kesihatan semakin bertambah baik, manusia dapat hidup lebih lama dan bagaimana kita dapat mewujudkan satu ekosistem yang kondusif terhadap populasi yang menua.

Menurut Christophe Weber, beliau menetap di Jepun dan di negara matahari terbit itu, perbelanjaan penjagaan kesihatan di negara itu sangat rendah dan fokus kini terarah kepada program pendidikan mengenai kesedaran kesihatan dan gaya hidup sihat.

Perbelanjaan juga dapat disalurkan kepada pembinaan sistem sokongan masyarakat yang holistik bagi mengurus kesan langsung penuaan populasi dengan mewujudkan lebih banyak pusat komuniti yang menawarkan pelbagai aktiviti pembelajaran (upskilling) dan merapatkan jurang antara generasi agar segala pengalaman dan kemahiran yang dimiliki warga tua dapat diwarisi dan dimanfaat oleh golongan muda.

Penyalahgunaan perkhidmatan dan tadbir urus terbaik

Selain itu, persoalan mengenai penyalahgunaan ubat-ubatan seperti opiod yang berlaku di Amerika Syarikat juga menjadi keresahan panel. Peter Orszag mengatakan sistem kesihatan di Amerika Syarikat kini sudah menjadi jaring keselamatan sosial.

Penyalahgunaan ubat-ubatan ini adalah cerminan kesan kepada tekanan akibat ketidakadilan sosio-ekonomi yang berlaku. Kerajaan mereka harus memikirkan bagaimana rakyat miskin di negara mereka diberi capaian kepada program makanan berkhasiat, kerana jika urusan untuk mendapatkan makanan menjadi mudah, maka rakyat tidak perlu bergantung kepada ubat-ubatan dan dadah untuk mengurus tekanan hidup mereka.

Tambah Orszag lagi, jika perbelanjaan untuk ubat-ubatan diintegrasikan bersama insurans, mungkin penyalahgunaan ini dapat dibendung.

Liu Jiren mencelah, disebabkan itu sektor kesihatan awam amat memerlukan anjakan paradigma dengan penggunaan teknologi yang mampu menukar tadbir urus sistem penjagaan kesihatan dengan lebih baik dan telus (good governance).

Ini diperakui oleh Orszag, di mana dalam masa 10 tahun akan datang akan menyaksikan perkembangan menarik mengenai kaedah pembiayaan dan perbelanjaan penjagaan kesihatan yang melibatkan data pesakit, kaedah rawatan serta pengambilan ubat-ubatan akan menggalakkan lagi integrasi kepakaran atau vertikal pelbagai bidang dan disiplin.

Bergerak ke hadapan, teknologi data adalah jawapan yang dicari selama ini

Kami begitu teruja untuk melihatkan keberkesanan dan kejayaan penggunaan teknologi dan data bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan sistem kesihatan awam. Kajian mengenai bagaimana ini dicapai terutamanya di negara China dan apakah model pembiayaan paling sesuai di samping peranan industri sampingan seperti insurans dalam pemudah cara bagi masyarakat mendapat rawatan terbaik harus dilakukan dan dikongsi bersama negara-negara lain.

Ini demi memastikan kita dapat mengadaptasi amalan terbaik, sekaligus menjadikan sektor kesihatan awam lebih cekap, berkesan dan menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.

Bagi mengikuti keseluruhan perbincangan sidang panel ini, anda boleh menonton video di bawah:

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Penglibatan Kumpulan Pelarian dan Imigran dalam Agenda Kesihatan Awam

Setiap hari, Khaleda Begum berjalan kaki ke sebuah telaga bagi mendapatkan air bersih bagi keperluan memasak, sumber minuman serta tujuan mencuci pakaian di kem pelarian Kutupalong, Bangladesh. Dengan hanya beberapa ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Tips Kesihatan 22/01/2019 . 5 minit bacaan

Bagaimana kita harus menangani masalah kesihatan mental dengan lebih efektif

Pada masa kini, sudah biasa kita mendengar semakin ramai orang mengalami masalah kesihatan mental dan gangguan otak. Bunuh diri dan kemurungan menyebabkan ramai yang menjadi mangsa walaupun secara zahir, mereka ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 20/01/2019 . 2 minit bacaan

Nota Pengarang: Bumi Sihat + Masyarakat Sejahtera + Ekonomi Progresif = Formula Terbaik Dunia

Bumi yang sihat bergerak seiring ekonomi yang progresif Nota Pengarang kali ini hadir dengan pendekatan editorial yang berbeza, namun masih menyimpan roh dan semangat sama demi memastikan rakyat Malaysia mendapat ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
Gaya Hidup Sihat, Berita, Berita Antarabangsa 19/01/2019 . 7 minit bacaan

Keselamatan Makanan Dunia: Keutamaan Sektor Kesihatan Awam

Bekalan makanan selamat dapat menyokong ekonomi negara, perdagangan dan pelancongan, menyumbang kepada pembangunan mampan. Urbanisasi dan perubahan dalam trend pengguna termasuk kekerapan melancong dengan peningkatan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
Berita, Berita Antarabangsa 15/01/2019 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

Inilah Kos Sebenar Membesarkan Seorang Anak Di Malaysia, Pasti Anda TERKEJUT!

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 03/12/2019 . 3 minit bacaan
kesihatan awam

Kesihatan Awam: Kurangnya Akses Terhadap Antibiotik

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 12/04/2019 . 3 minit bacaan
sisa kimia

Pencemaran Sisa Kimia Berbahaya di Pasir Gudang: Langkah Pencegahan Adalah Prioriti

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/03/2019 . 5 minit bacaan

Kesunyian: Satu Epidemik?

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
Diterbitkan pada 24/01/2019 . 2 minit bacaan