Laporan WHO Berkaitan Perbelanjaan Kesihatan Global: Kenapa Rakyat Masih Berbelanja Tinggi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 mins read

Dalam misi menuju liputan kesihatan universal, minggu ini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah memperincikan laporan terbaru mereka berkaitan perbelanjaan kesihatan global bertajuk ‘Public Spending on Health: A closer look at global trends’. Perlu difahami dahulu perbelanjan kesihatan ini terdiri daripada perbelanjaan kerajaan, perbelanjaan pesakit sendiri, sumber daripada insuran kesihatan sukarela, program kesihatan majikan atau syarikat dan juga badan bukan kerajaan.

Kebangkitan Negara-Negara Berpendapatan Rendah Dan Sederhana

Dapatan daripada kajian ini adalah perbelanjaan kesihatan telah meningkat pada kadar yang lebih pantas daripada kadar perkembangan ekonomi global dan dianggarkan perbelanjaan kesihatan global keseluruhan mewakili 10% daripada keluaran kasar global. Hal ini benar khususnya untuk negara berpendapatan rendah dan sederhana di mana perbelanjaan mereka meningkat 6% setiap tahun berbanding negara berpendapatan tinggi iaitu sebanyak 4% setiap tahun.

Apabila angka-angka ini diteliti, satu trend perbelanjaan dikenalpasti – terdapat peningkatan perbelanjaan domestik biayaan kerajaan dalam negara berpendapatan rendah dan sederhana dan penurunan dalam pembiayaan luar khususnya untuk negara berpendapatan sederhana. Kebergantungan terhadap perbelanjaan sendiri turut menurun serata dunia namun pada kadar yang perlahan. Pembiayaan yang beransur-ansur diambil alih kerajaan ini turut selari dengan perkembangan saiz ekonomi sesuatu negara. Dalam negara berpendapatan sederhana, purata perbelanjaan per kapita adalah pada RM 240 untuk negara berpendapatan rendah bawahan dan RM 1080 untuk negara berpendapatan sederhana atasan.

Kenapa Kita Masih Berbelanja Besar?

Apa yang kita mampu berpuas hati dengan adalah sistem kesihatan yang bergantung lebih banyak pada kerajaan memberi perlindungan kewangan yang lebih baik dan liputan servis-servis asas yang lebih menyeluruh. Trend ini juga bagus kerana ianya selari dengan matlamat perkembangan lestari dan liputan kesihatan universal. Walaupun angka-angka ini memberi gambaran perkembangan dan peningkatan yang memberangsangkan, terdapat beberapa langkah yang masih perlu diambil untuk menjadikan akses kepada kesihatan lebih sama rat. Penyelesaian isu ini berkait rapat dengan betapa effisyen peruntukan untuk perbelanjaan awam dilaksanakan.

Apabila perbelanjaan kerajaan terhadap kesihatan meningkat, kemungkinan untuk penduduknya jatuh ke kemiskinan akibat ingin mendapatkan servis kesihatan, berkurang. Tetapi, pembiayaan kerajaan hanya dapat mengurangkan ketidaksamarataan dari segi akses apabila peruntukan tersebut disalurkan dengan penuh ketelitian dan perancangan. Dalam negara berpendapatan rendah dan sederhana, data terbaru menunjukkan bahawa kebanyakkan negara, lebih daripada separuh pembiayaan kesihatan diperuntukan untuk kesihatan primer namun kurang 40% daripada nilai tersebut datang daripada kerajaan.

Khusus untuk negara berpendapatan rendah, pembiayaan luar masih diperlukan walaupun peratusan pembiayaan luar telah turun kepada kurang daripada 1% daripada perbelanjaan kesihatan global. Mereka masih memerlukan pembiayaan luar untuk kos immunisasi dan juga untuk respon kepada pandemik penyakit dan hampir 50% daripada jumlah pembiayaan luar digunakan untuk 3 penyakit sahaja iaitu Tuberkulosis, HIV dan juga Malaria.

Dalam menghayati ulang tahun ke-40 deklarasi Alma Ata dan juga deklarasi Astana yang lepas, laporan WHO baru-baru ini menyentuh tentang langkah-langkah yang boleh diambil oleh penggubal polisi, akedemia perubatan dan masyarakat secara menyeluruh dalam membantu mengukuhkan lagi kelancaran sistem kesihatan negara masing-masing.

“Peningkatan perbelanjaan domestik adalah asas kepada mencapai liputan kesihatan universal dan juga misi pembanguan lestari yang berkaitan dengan kesihatan,” kata Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Pengarah Awam WHO. Tambahnya lagi, “Perbelanjaan kesihatan bukanlah satu kos yang bersifat kerugian, sebaliknya, ianya adalah pelaburan dalam mengurangkan kemiskinan, meningkatkan perkerjaan, produktiviti, pembentukan ekonomi menyeluruh dan masyarakat yang sihat, selamat dan adil.”

Baca laporan penuh di sini

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis mahupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Perubahan Mood Tak Semestinya Tanda Bipolar

    Ketahuilah bahawasanya perubahan mood tidak bermaksud seseorang itu bipolar. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/01/2020 . 4 mins read

    6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

    Terapkan beberapa konsep kesihatan bagi mencapai misi kelanjutan usia dan mengelakkan kematian pramatang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/12/2019 . 4 mins read

    Azam Tahun Baru Melibatkan Kesihatan, Takkan Berjaya?

    “Apa azam tahun baru anda?" Ada yang mengatakan resolusi tahun baru berkaitan kesihatan sekadar hangat-hangat tahi ayam, betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 27/12/2019 . 4 mins read

    Inilah Kos Sebenar Membesarkan Seorang Anak Di Malaysia, Pasti Anda TERKEJUT!

    Sebagai pasangan ibu bapa, pernahkah anda terfikir berapakah kos membesarkan anak di Malaysia? Jom klik untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/12/2019 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    ibu-bapa-5-tip-penjagaan-kesihatan

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 mins read
    isytihar darurat

    Sah, WHO Kini Telah Isytihar Darurat Akibat Novel Coronavirus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 31/01/2020 . 4 mins read
    kencing manis

    Risiko Kencing Manis Tinggi Dalam Kalangan Orang Asia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 09/01/2020 . 4 mins read
    bayi

    Kos Sebenar Di Sebalik Penjagaan Seorang Bayi Di Malaysia, Jangan Terkejut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/01/2020 . 4 mins read