Kanser Nasofaring Bukan Penamat Kehidupan: Kim Woo Bin

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Peminat K-drama pasti kenal dengan Kim Woo Bin, kan? Buat anda yang tak berapa nak familiar dengan nama ni, dia adalah seorang pelakon dari Korea Selatan yang popular menerusi lakonannya dalam drama ‘The Heirs’. Untuk pengetahuan anda juga, pelakon yang berumur 30 tahun ini sebenarnya adalah salah seorang daripada survivor kanser nasofaring!

Comeback Kim Woo Bin

kanser

Pada 11 November 2019, Kim Woo Bin muncul buat pertama kalinya selepas 2 tahun 6 bulan menyepikan diri setelah didiagnosis dengan kanser nasofaring. Kemunculannya itu bertempat di Paradise City, Incheon untuk menghadiri Anugerah Filem Blue Dragon ke-40.

Buat anda yang tertanya-tanya, pelakon kacak ini telah bertahun lamanya melawan kanser nasofaring setelah didiagnosis positif menghidapnya pada bulan Mei 2017. Kemunculan semula dia di platform besar seperti ini disambut hangat oleh peminat yang berada di situ.

“Saya berasa sangat gementar”, katanya sambil ketawa. “Ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan semua orang dalam tempoh masa yang sangat lama, jadi saya tidak tahu apa untuk ucapkan. Apa-apapun, terima kasih kerana mendoakan kesihatan saya selama ini!”

Buat peminat yang merindui lakonannya, Kim Woo Bin dijangka akan kembali ke layar perak menerusi filem terbaharu bertemakan sains fiksyen bersama Ryu Jun Yeol dan Kim Tae Ri.

Kanser bukan penamat kehidupan

Berdasarkan kisah pelakon dari Korea ini, mungkin kita dapat menyimpulkan satu perkara iaitu kanser bukan penamat kehidupan jika kita mampu melawannya. Andai kita berjaya dan sudah bebas dari belenggu penyakit ini, kita harus bersyukur kerana diberikan peluang.

Mereka yang berjaya mengatasi penyakit berbahaya ini digelar sebagai survivor. Ya, memang cerita setiap orang adalah berbeza. Namun, kebanyakan mereka akan mempunyai perasaan yang hampir sama sahaja, iaitu:

  • Lebih menghargai kehidupan
  • Lebih menerima diri sendiri
  • Sering gusar terhadap kesihatan tubuh badan
  • Tidak tahu bagaimana untuk menghadapi hidup setelah rawatan berakhir

Jadi, apa yang para survivor kanser ini boleh atau perlu lakukan untuk menghadapi hidup setelah rawatan mereka berakhir dengan jayanya?

Paling utama, anda perlu bersyukur dan berterima kasih kepada orang yang mendoakan kesihatan anda, sama seperti Kim Woo Bin lakukan kepada peminatnya!

kanser

Kehidupan selepas rawatan kanser

Para survivor pasti akan berdepan dengan perasaan takut atau bimbang sel kanser mereka akan datang kembali. Ini adalah perasaan yang normal kerana mereka sudah bertahun lamanya melawan penyakit ini sehingga berjaya.

Para survivor, bukankah anda sepatutnya berbangga dengan diri kerana berjaya bebas dari belenggu penyakit ini? Mungkin anda masih lagi mempunyai trauma dalam diri sehingga masih ragu untuk berdepan dengan masyarakat. Akan tetapi, inilah yang harus dilakukan.

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah kembali bekerja untuk membiayai kehidupan anda selepas ini. Di tempat kerja, sudah pasti rakan-rakan akan sedia membantu anda untuk mendapatkan kembali mood kerja yang kian lama sudah lenyap dari diri.

Jadi, gunakan peluang ini! Mungkin anda boleh jadikan kisah diri anda ini sebagai tauladan kepada rakan-rakan agar lebih menghargai kesihatan mereka. Lihat sahaja Kim Woo Bin, dia sendiri berasa sangat teruja apabila dapat bertemu kembali peminatnya, bukan?

kanser

Konklusi

Kesimpulannya, kanser bukan penamat kehidupan. Jadi, jangan sesekali berasa rendah diri atau kurang yakin untuk berdepan kembali dengan masyarakat. Semat dalam hati, anda adalah salah seorang daripada survivor penyakit yang berbahaya di dunia! Itu juga adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan dan disyukuri dalam kehidupan ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.