Kajian Terbaharu Menyokong Manfaat Vascepa Terhadap Kesihatan Kardiovaskular

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Satu kajian menyatakan bahawa derivatif minyak ikan yang dimurnikan, iaitu satu ubat preskripsi yang digelar Vascepa, lebih berkesan dalam menghalang masalah kardiovaskular berbanding apa yang disangkakan sebelum ini. Berdasarkan kajian “Effects of Icosapent Ethyl on Total Ischemic Events: From REDUCE-IT” yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Cardiology pada 18 Mac 2019 menyatakan bahawa ubat tersebut mampu mengurangkan kadar masalah kardiovaskular dalam kalangan pesakit yang berisiko tinggi termasuklah strok, serangan jantung dan kematian yang disebabkan oleh faktor kardiovaskular – dengan 30% keberkesanan secara keseluruhan berbanding plasebo.

Kajian ini lebih baik berbanding sepertimana yang difikirkan sebelum ini kerana pengkaji kajian mengambil kira bukan sahaja masalah kardiovaskular yang pertama, tetapi juga masalah kardiovaskular yang kedua, ketiga, keempat dan lain-lain. Hasil kajian yang lebih awal sebelum ini diumumkan oleh pengeluar ubatan Irish, Amarin Pharma pada bulan September selain kajian lain yang bertajuk “Cardiovascular Risk Reduction with Icosapent Ethyl for Hypertriglyceridemia” yang diterbitkan pada bulan November dalam New England Journal of Medicine.

Ubatan ini bukan sahaja boleh menghalang serangan jantung yang pertama malah berptensi mencegah strok kedua dan juga sebarang masalah untuk kali ketiga. Berdasarkan data terbaharu ini, Vascepa mencegah masalah yang berlaku pertama kali dengan keberkesanan sebanyak ¼, 30% keberkesanan bagi masalah kali kedua dan ketiga dan hampir 50% bagi masalah yang berlaku seterusnya. Para pengkaji turut menganggarkan dengan merawat beribu-ribu pesakit selama lima tahun, mereka mampu menghalang 76 revascularizations koronari, 42 serangan jantung, 14 strok, 16 yang dimasukkan ke hospital akibat angina yang tidak stabil dan 12 kematian yang berkaitan dengan sebab kardiovaskular.

Kajian terbaharu ini dibiayai oleh Amarin dan ubatan tersebut telah diluluskan sebelum ini oleh US Food and Drug Administration (FDA) pada tahun 2012. Vascepa adalah ubat preskripsi yang diperolehi daripada asid lemak omega-3 yang diambil daripada sumber ikan. Pesakit menerima dos sebanyak empat gram sehari, dengan secara kasarnya bersamaan dengan memakan lebih daripada 20 hidangan ikan dalam tempoh seminggu. Dr. Russell Luepker, pakar kardiologi dan profesor kesihatan awam di University of Minnesota turut menyatakan bahawa keputusan kajian terbaharu ini mempunyai hasil yang lebih jelas dan mengakui ianya bermanfaat memandangkan masalah yang boleh dicegah melalui pengambilan Vascepa bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Pesakit jantung disarankan untuk sentiasa menjaga kesihatan jantung dengan turut mengawal cara pemakanan melalui pelan pemakanan yang sihat dan seimbang seperti mengambil beberapa hidangan ikan dalam seminggu untuk kesihatan jantung.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 25, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut