Gesaan WHO Berkenaan Sekatan Pengiklanan, Promosi dan Penajaan Industri Tembakau

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 2 minit bacaan

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini menggesa agar kerajaan-kerajaan mengenakan sekatan keatas sebarang pengiklanan, promosi dan penajaan oleh produk dan syarikat tembakau terhadap sebarang kejohanan sukan termasuklah semasa menganjurkan dan menerima siaran acara-acara Formula 1 dan MotoGP. Saranan sekatan ini adalah disebabkan kebimbangan terhadap pendedahan besar-besaran oleh pemain-pemain industri rokok berkaitan produk-produk tembakau kepada masyarakat terutamanya kepada golongan remaja.

Desakan ini susulan pengumuman syarikat gergasi tembakau, British American Tobacco (BAT) berkenaan satu “perkongsian global yang baharu” bersama dengan kumpulan Formula 1 McLaren dengan penggunaan logo “a better tomorrow”. BAT menyatakan bahawa perkongsian bersama ini akan menyediakan platform global untuk pemasaran produk tertentu yang lebih baik termasuklah glo, satu alat pemanas tembakau yang memanaskan tembakau yang menghasilkan aerosol yang mengandungi nikotin dengan rasa tembakau yang dihirup oleh pengguna. Kenyataan oleh BAT tersebut jelas sekali bertujuan mempromosikan penggunaan tembakau dengan skala besar melalui penganjuran Formula 1.

Selain daripada itu, satu lagi syarikat tembakau yang bernama Philip Morris International (PMI) telah membuat rekaan logo baharu iaitu ‘Mission Winnow’ untuk digunakan oleh Ferrari dan Ducati, kedua-duanya keatas badan kereta dan motosikal. Ferrari dan Ducati pada sebelum ini membawa jenama rokok Marlboro dan Ducati telah menggunakan logo baharu tersebut pada MotoGP baru-baru ini bagi menggantikan penggunaan penjenamaan Marlboro.

Sekatan menyeluruh terhadap sebarang pengiklanan, promosi dan penajaan tembakau boleh mengurangkan penggunaan produk tembakau terutamanya bagi orang muda. Ini selari dengan Artikel 13, WHO Framework Convention on Tobacco Control yang mana kesemua parti atau pihak terlibat mengakui bahawa sekatan yang menyeluruh ini mampu mengurangkan penggunaan produk tembakau. WHO menggesa kerajaan-kerajaan untuk menggunapakai undang-undang negara mereka bagi menyekat pengiklanan, promosi dan penajaan produk tembakau melalui setiap cara yang mereka boleh. Ini termasuklah mengenakan penalti yang terpakai di bawah undang-undang domestik dan mengambil langkah pencegahan seperti mengenalpasti sebarang acara yang melanggar undang-undang domestik.

Berdasarkan Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau 2015 – 2020, kerajaan Malaysia telah menggariskan beberapa panduan jelas dalam mencapai objektif dan matlamat pelan strategik ini terutamanya berkaitan pengiklanan produk-produk tembakau. Terdapat 4 strategi utama dalam pelan ini, dan strategi keempat amat berkait rapat dengan isu pengiklanan, promosi dan penajaan produk tembakau. Strategi keempat adalah untuk memperkukuhkan aktiviti kawalan tembakau melalui strategi MPOWER melalui beberapa cara dan langkah yang lebih terperinci antaranya melarang sebarang aktiviti pengiklanan, promosi dan penajaan. Berpandukan strategi ini, kerajaan akan merancang polisi penguatkuasaan bagi menghalang pengiklanan secara tidak langsung di kaunter jualan dengan mewujudkan satu garis panduan berkaitan. Selain itu, kerajaan akan merancang polisi penguatkuasaan bagi menghalang pengiklanan secara langsung dan tidak langsung melalui kotak rokok dengan menggubal peraturan baharu. Kerajaan juga akan merancang mewujudkan “Code of Conduct” bagi mengawal aktiviti penerimaan tajaan secara langsung atau tidak langsung daripada industri rokok.

Kesemua strategi dan cara pelaksanaan yang dirangka melalui pelan ini amat bertepatan dengan seruan pihak WHO dalam usaha mengekang kekerapan individu merokok terutamanya dalam kalangan remaja. Pengurangan kekerapan merokok ini secara langsung dapat mengurangkan pelbagai masalah kesihatan berkaitan aktiviti merokok seperti kanser, masalah-masalah pernafasan dan masalah lain yang berkaitan dengan perubahan gaya hidup yang tidak sihat terutamanya yang berpunca daripada merokok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Perut Buncit Jika Mandi Lepas Makan? Bukan Ini Saja, Ada 4 Lagi Mitos Lain

    Kalau sebut mengenai perut buncit, pasti ramai individu mahu mengelakkannya. Maka wujudlah pelbagai jenis mitos berkaitan kesihatan perut ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 27/02/2020 . 3 minit bacaan

    Sah, WHO Kini Telah Isytihar Darurat Akibat Novel Coronavirus!

    WHO telah mengisytiharkan Amaran Darurat Kesihatan Antarabangsa setelah menyedari wabak novel coronavirus ini telah mula merebak hampir ke 20 buah negara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 31/01/2020 . 4 minit bacaan

    Ini 5 Bahan Kimia Berbahaya dalam Vape yang Ramai Tidak Tahu

    Terdapat lebih 40 bahan kimia dalam vape yang telah dikenal pasti. Berikut merupakan 5 bahan kimia dalam vape yang mampu meningkatkan kadar kematian.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Berhenti Merokok 09/12/2019 . 2 minit bacaan

    Denda 10 Ribu Jika Kantoi Merokok Di Kedai Makan – Menteri Kesihatan

    Mulai 1 Januari 2020, perbuatan merokok di premis makanan akan diharamkan. Jika anda didapati bersalah, tindakan dan hukuman yang setimpal akan dikenakan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Tempatan 15/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    atasi-tiub-fallopio-tersumbat-cara-semula-jadi

    Hah! Ada Kaedah Natural Atasi Masalah Tiub Fallopio Tersumbat? Berhasil Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya rokok

    Rokok Gulung Lebih Selamat Berbanding Rokok Biasa? Anda SILAP, Tolong Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan
    berhenti merokok semasa ramadan

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
    covid

    Bukan Main-main! AMARAN Perokok 14x Ganda Lebih Mudah Dijangkiti COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 30/03/2020 . 4 minit bacaan