Gagal Ujian Alkohol Dalam Pernafasan Akibat Terlalu Banyak Makan Durian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 2 minit bacaan

Durian Dan Ujian Alkohol

Pelik tapi benar – begitulah situasi yang berlaku kepada seorang pemandu yang telah ditahan oleh seorang pegawai polis kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol. Situasi tersebut berlaku di daerah Rudong, bahagian timur wilayah Jiangsu, China pada 17 April yang lepas. Menurut sumber video, apabila ditahan, lelaki tersebut mempertahankan dirinya dengan berkata dia sebaliknya, baru sahaja memakan beberapa biji buah durian.

Mana-mana pegawai polis tentunya akan bersikap skeptikal terhadap dakwaan tersebut – bila difikirkan semula, apa kaitan buah durian dan ujian alkohol? Namun, akibat kesungguhan pemandu tersebut, ujian untuk mengesan bacaan alkohol dalam darah dilakukan. Perkara yang mengejutkan berlaku – di sebalik had alkohol dalam darah yang tegas digunpakai oleh kerajaan China (0.02 peratus atau 20 miligram setiap 100 mililiter) pemandu tersebut didapati bercakap benar kerana beliau melepasi ujian bacaan alkohol dalam darah. Sebagai perbandingan, di Amerika misalnya, had yang digunapakai bagi bacaan tersebut adalah jauh lebih tinggi iaitu pada 0.08 peratus.

Penemuan yang memeranjatkan tentang durian dan ujian alkohol ini mendorong pegawai polis itu sendiri untuk melakukan ujian pada dirinya sendiri – dengan menjalani ujian paras alkohol dalam darah sebaik sahaja memakan durian. Sekali lagi, pegawai polis tersebut, Yu Pengxiang, terkesima apabila mendapati bacaan alkohol dalam darah beliau melonjak naik hingga ke 0.36 peratus!

Apa Yang Berlaku?

Jadi, adakah dengan memakan buah durian akan menyebabkan anda mabuk? Jawapannya tidak – 3 minit kemudian, pegawai tersebut melakukan semula ujian yang sama dan keputusan telah berubah negatif.

Hakikat sebenar adalah terdapat banyak produk makanan dan minuman yang kita makan hampir tiap-tiap hari yang turut mampu menyumbang kepada peningkatan bacaan alkohol dalam darah. Makanan seperti roti putih, kacang macadamia, buah yang ranum, bar protein, ubat batuk sirap dan produk kumur mulut semuanya berupaya untuk menghasilkan bacaan positif yang salah.

Ujian pengesanan alkohol dalam nafas (breathalyzer test) berfungsi dengan cara mengesan bahan kimia yang mengandungi kumpulan methyl dalam baham kompaun mereka. Ianya bertujuan untuk mengesan udara yang berada dalam paru-paru yang dipengaruhi oleh kandungan alkohol dalam darah. Namun yang demikian, ia juga kadang-kadang akan mengesan bacaan alkohol sekitar mulut, memberikan bacaan positif yang salah – dalam kes ini, ethyl (2S)-2-methylbutanoate, salah satu kompaun yang memberikan durian baunya yang kuat, mungkin telah dikesan dan memberi bacaan yang positif.

Jadi, adakah ini bermaksud anda boleh menggunakan alasan terlalu banyak makan durian selepas ini? Mungkin, tetapi jika ujian darah susulan dilakukan, anda mungkin akan dikenakan hukuman yang lebih berat jika didapati menipu.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis mahupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Elak Coronavirus? Lepas Pegang 8 Benda Ini, Ajar Anak Cuci Tangan Dengan Betul!

    Selepas anda mengetahui lokasi seperti yang dinyatakan dalam artikel ini, pastikan anda cuci tangan anak anda dengan sebaiknya. Sila cuci tangan anda juga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 30/01/2020 . 3 minit bacaan

    Wabak Berbahaya Virus Corona Ini SUDAH Masuk Malaysia, Jaga-Jaga!

    Wabak dari Wuhan sudah menyerang hampir seluruh penduduk dunia. Persoalannya, wujudkah virus corona di Malaysia? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 29/01/2020 . 4 minit bacaan

    3 Perbezaan Novel Coronavirus Dan SARS Coronavirus Yang Anda Perlu Tahu!

    Simptom jangkitan coronavirus mungkin hampir mirip dengan SARS coronavirus, tapi kedua-duanya amat berbeza. Ketahui dengan lebih lanjut di sini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 29/01/2020 . 3 minit bacaan

    Saintis Mengatakan Daging Ular Punca Virus Korona Tersebar?

    Anda tahu apa yang menyebabkan kemunculan virus korona Wuhan? Ia mungkin disebabkan oleh pemakanan daging ular yang dijual di pasar Wuhan, China.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 24/01/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pasangan china bercerai

    Ramai Pasangan Bercerai Ketika Kuarantin, Apa Nak Buat Jika Bosan Terkurung Di Rumah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/03/2020 . 3 minit bacaan

    Mengapa Tanda Coronavirus Tak Kelihatan, Tapi Ia Masih Boleh Tersebar Pada Orang Lain?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/02/2020 . 2 minit bacaan
    mabuk

    STOP Memandu Ketika Mabuk! Ini Risiko Untuk Anda & Orang Lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/02/2020 . 3 minit bacaan
    isytihar darurat

    Sah, WHO Kini Telah Isytihar Darurat Akibat Novel Coronavirus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 31/01/2020 . 4 minit bacaan