EU Bersetuju Mengharamkan Plastik Pakai Buang Untuk Mengurangkan Pencemaran Laut

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Tiada lagi barang plastik pakai buang dan sekali guna seperti straw dan cawan polisterin di Eropah selepas Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk mengharamkannya menjelang tahun 2021 dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran laut.

Perunding di Parlimen Eropah dan 28 negara anggota EU bersetuju untuk mengharamkan 10 produk plastik sekali guna yang mempunyai alternatif. Produk tersebut termasuk pengorek telinga kapas, peralatan makanan, pinggan, straw, pengacau air, batang pemegang belon, dan bekas makanan diperbuat dari polisterin EPS.

Bagi barang plastik lain seperti bekas makanan, cawan, dan penutup plastik, fokus diberikan terhadap mengurangkan penggunaannya dan menwajibkan pembersihan sisa produk terbabit bagi sesetengah pengilang.

Semua botol plastik perlu dikitar semula sekurang-kurangnya sebanyak 30% menjelang tahun 2030. Pembekal penapis rokok yang mengandungi plastik perlu membiayai kos mengumpulkan puntung rokok.

World Economic Forum (WEF) telah memberi amaran bahawa jumlah berat plastik di dalam lautan dunia akan mengatasi berat ikan menjelang tahun 2050 jika kadar pembungan plastik semasa berkekalan.

Imej dari World Economic Forum

Greenpeace, sebuah kumpulan yang mempromosikan penjagaan alam sekitar mengatakan bahawa tindakan ini merupakan satu langkah yang baik dalam menangani pencemaran plastik tetapi merasakan bahawa masih terdapat kekurangan dalam beberapa aspek tertentu.

Menurut Greenpeace, tiada sasaran khusus diletakkan dalam kalangan anggota EU untuk mengurangkan penggunaan bekas makanan dan cawan, tiada kewajipan bagi negara EU untuk mengambil langkah ini, dan syarat yang diletakkan hanya menjelang tahun 2029 iaitu untuk memastikan 90% dari botol plastik dikumpul secara berasingan.

EU hanya mengitar semula 1 per 4 dari 25 tan sisa plastik yang dihasilkan setiap tahun.

Keputusan yang diambil oleh negara China untuk berhenti menghasilkan sisa plastik, ditambah dengan peningkatan kesedaran terhadap pencemaran laut telah memaksa negara tersebut berhenti bergantung kepada negara-negara membangun untuk menguruskan sisa plastik yang dihasilkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Disember 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: November 28, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut