Definisi
Apakah itu penyakit Pick?
Penyakit Pick merupakan sejenis penyakit dementia yang menyerupai penyakit Alzheimer tetapi ia jarang berlaku. Ia menjejaskan salah satu bahagian otak yang mengawal emosi, tingkah laku, perwatakan dan bahasa. Ia juga merupakan sejenis kecelaruan yang dikenali sebagai Frontotemporal Dementia (FTD) atau Frontotemporal Lobar Degeneration(FTLD).
Otak anda menggunakan sejenis sistem penghantaran yang membantu menghantar nutrisi apabila diperlukan. Sistem ini diperbuat daripada protein yang bertindak seperti landasan yang memandu arah kepada nutrisi kepada arah yang ditujui. Protein ini akan memastikan landasan yang betul dan dikenali sebagai tau protein.
Apabila anda mempunyai penyakit Pick, tau protein tidak berfungsi dengan normal. Anda juga mungkin mempunyainya lebih daripada orang biasa.
Ketulan tau protein yang tidak normal dikenali sebagai Pick bodies. Pick bodies “menggelincirkan” sistem penghantaran anda. Landasan ini tidak lagi lurus, dan nutrisi di dalam otak tidak sampai ke destinasi. Ini menyebabkan kerosakan otak yang tidak dapat dibaiki semula.
Apakah kebarangkalian penyakit Pick?
Penyakit Pick ialah penyakit yang jarang berlaku. Ia biasanya didiagnosis di antara umur 40 dan 75 tahun, tetapi ia boleh berlaku kepada orang muda seawal 20 tahun. Lelaki adalah lebih cenderung berbanding wanita. Orang berketurunan Scandinavia adalah lebih berisiko daripada orang biasa. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom
Apakah simptom-simptom penyakit Pick?
Simptom-simptom yang biasa terjadi kepada penyakit Pick adalah:
- Sikap agresif terhadap orang lain
- Hilang minat terhadap kehidupan seharian
- Terlalu sensitif kepada setiap gerak-geri
- Rasa kurang senang atau resah
- Mempunyai emosi yang tidak menentu yang drastik dan cepat
- Mempunyai masalah untuk merasa diri dihargai, mesra atau peduli kepada orang lain
- Mempunyai masalah dengan aktiviti yang tidak dirancang
- Membuat keputusan yang terburu-buru
- Mengulangi perbuatan yang sama
- Berkata dan berpelakuan yang tidak senonoh
Sesetengah orang berasa lapar sepanjang masa, dan sesetengah akan membentuk tabiat yang tidak sihat “sweet tooth” dan makan makanan yang manis lebih daripada biasa.
Masalah bahasa biasanya terjadi di peringkat awal penyakit. Pick bodies di bahagian pertuturan otak boleh menimbulkan masalah dengan:
- Mengingati nama objek biasa
- Melukis bentuk yang mudah menggunakan pensel dan kertas
- Memahami perkataan yang ditulis
- Pertuturan kerana tutur kata yang terganggu
Biasanya, penghidap penyakit Pick juga mungkin mempunyai:
- Hilang ingatan
- Masalah untuk bergerak
- Otot menjadi kaku atau lemah
- Masalah ketika kencing
- Masalah dengan koordinasi
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.
Bilakah saya harus berjumpa doktor anda?
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Punca
Apakah yang menyebabkan penyakit Pick?
Penyakit Pick, bersama-sama penyakit FTD yang lain, disebabkan oleh jumlah atau jenis protein sel saraf yang tidak normal dikenali sebagai tau. Protein ini dijumpai di dalam setiap sel saraf anda. Jika anda mempunyai penyakit Pick, mereka seringkali bergumpal di dalam bentuk sfera, dikenali sebagai Pick bodies atau sel Pick. Apabila mereka terkumpul di dalam sel saraf otak pada kawasan lob frontal atau temporal, mereka menyebabkan sel-sel tersebut mati. Ini akan mengakibatkan tisu otak mengecil, menghasilkan simptom-simptom dementia.
Pihak saintis masih belum mengetahui punca pembentukan protein yang tidak normal ini. Tetapi ahli genetik telah menjumpai genetik luar biasa yang berkaitan dengan penyakit Pick dan penyakit FTD yang lain. Mereka juga telah mendokumentasikan perkembangan penyakit ini di kalangan keluarga pesakit.
Faktor risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap penyakit Pick?
Sila berhubung doktor anda untuk maklumat lanjut.
Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah penyakit Pick didiagnosis?
Untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai penyakit Pick, doktor anda akan bertanya tentang simptom anda dan melihat kepada sejarah perubatan anda. Kemudian anda akan menjalani ujian khas yang menguji ingatan anda, tingkah laku,bahasa dan fungsi akal yang lain. Selalunya terdapat ujian bertulis. Anda akan menjawab soalan dengan menulis dan mungkin akan disuruh melukis objek tertentu.
Doktor mungkin akan mengesyorkan ujian darah untuk melihat kepada DNA anda sekiranya anda mempunyai genetik yang mengakibatkan penyakit Pick.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih lanjut tentang apa yang berlaku di dalam otak anda, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian pengimejan seperti:
- Pengimejan Magnetik Resonans (MRI): Magnet yang kuat dan gelombang radio digunakan untuk menghasilkan imej yang terperinci mengenai otak anda
- Single-photon Emission Computed Tomography (SPECT) atau positron emission tomography (PET) scan: Bahan radioaktif dan kamera yang khas akan menghasilkan gambar 3 dimensi untuk menunjukkan kawasan otak anda yang aktif dan yang kurang aktif
- Anda juga mungkin akan menjalani suntikan lumbar. Doktor anda akan menggunakan jarum yang panjang untuk mengambil sedikit cecair daripada kawasan tulang belakang untuk ujian saringan. Bagi kes yang jarang, doktor anda mungkin akan mengambil sedikit tisu otak anda untuk diuji. Ini dipanggil biopsi
Bagaimanakah penyakit Pick dirawat?
Tiada rawatan bagi penyakit Pick, atau ubat yang boleh memperlahankannya. Ia boleh berkembang secara perlahan-lahan, tetapi kebiasaannya ia akan menjadi teruk dengan kadar yang tetap. Sesetengah orang boleh hidup selama 10 tahun dengan penyakit ini.
Doktor anda boleh mengesyorkan rawatan untuk merawat simptom-simptom anda. Dia mungkin akan mengesyorkan terapi perilaku untuk mengawal sebarang tingkah laku yang berbahaya dan ubat anti murung untuk meredakan kegelisahan atau perilaku yang berbahaya.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani penyakit Pick?
Sila berhubung doktor anda untuk maklumat lanjut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berbincang doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau sebarang rawatan.
[embed-health-tool-bmi]