backup og meta

Rawatan ‘Waxing’ Bermasalah: Bagaimana Saya Merawat Kulit Saya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/07/2020

    Rawatan ‘Waxing’ Bermasalah: Bagaimana Saya Merawat Kulit Saya?

    Waxing adalah salah satu cara untuk membuang bulu-bulu yang tidak dikehendaki selain melalui cara bercukur. Kesediaan untuk waxing bermula daripada sebelum, semasa dan selepas aktiviti waxing untuk menghalang sebarang kesan yang tidak diingini akibat daripada waxing terhadap tubuh badan. Sebarang cara yang tidak betul dalam melakukan waxing akan menyebabkan kemerah-merahan dan keradangan, jerawat, bulu yang tidak tumbuh, benjolan, lebam, kulit terbakar, perubahan warna kulit dan juga kesakitan. Elemen yang mempengaruhi kejadian yang tidak diingini semasa waxing termasuklah kekurangan persediaan, tiada percubaan terhadap produk terlebih dahulu, tidak menyedari sebarang risiko dan kurang berpengalaman. Oleh itu, apa yang patut kita lakukan apabila terdapat masalah yang muncul setelah rawatan waxing? Ikuti tip yang disarankan seperti dibawah berkenaan bagaimana untuk merawat kulit anda.

    Mandi

    waxing

    Langkah pertama untuk memberi kelegaan terhadap kawasan yang terlibat adalah dengan melalui mandian. Penggunaan air mandian yang yang suam amatlah digalakkan. Sekiranya air mandian terlalu panas, ianya akan menyebabkan masalah lain akan timbul seperti kekeringan kulit dan keradangan. Gunakan produk pencuci yang membantu mengekalkan kelembapan kulit untuk menggantikan produk yang boleh menyebabkan penggelupasan kulit bagi tujuan membuang sisa lilin yang tertinggal.

    Menggunakan ‘cold compress’

    waxing

    Penggunaan kiub ais atau ‘cold compress’ juga memberi manfaat kepada kulit yang mengalami keradangan untuk mengurangkan keradangan yang muncul setelah aktiviti waxing. Gunakannya beberapa kali dalam sehari, dan untuk penggunaan kiub ais, balutkan ais dengan menggunakan kain nipis terlebih dahulu sebelum mengunakannya dan jangan letakkan kiub ais terus keatas permukaan kulit kerana ia akan melekat dengan permukaan kulit.

    Gunakan jel atau salap

    waxing

    Anda boleh meilih untuk menggunakan produk-produk moden atau produk-produk semulajadi untuk merawat sebarang keradangan yang wujud pada kulit. Untuk penggunaan produk semulajadi, produk seperti Centella Asiatica (pegaga), minyak biji anggur, jel aloe vera, minyak Vitamin E atau minyak pokok teh (tea tree oil) akan membantu anda melegakan kawasan yang mempunyai keradangan. Sekiranya anda menggunakan produk moden, pertimbangkan untuk menggunakan produk yang mengandungi polymyxin B sulfate dan bacitracin zinc dan elakkan penggunaan produk yang mengandungi neomycin untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Anda turut disarankan untuk menggunakan hydrocortisone cream, ubat kortikosteroid yang berkesan untuk merawat keradangan kulit dan boleh didapati di kaunter farmasi tanpa preskripsi.

    Pakai pakaian yang longgar

    waxing

    Pakaian yang longgar membantu kulit untuk bernafas dan mengelakkan pergeseran diantara pakaian dan kulit. Ambil perhatian terhadap kulit yang mempunyai keradangan dengan meminimumkan sebarang sentuhan langsung dengan benda-benda lain kerana ia akan menambahkan lebih banyak keradangan. Kulit yang mempunyai keradangan kebiasaannya mempunyai sedikit luka, oleh itu tukar pakaian anda dengan kerap untuk mengelakkan sebarang jangkitan daripada kuman.

    Elakkan sebarang aktiviti yang bersifat kasar

    waxing

    Jauhi diri anda daripada sebarang aktiviti yang mungkin akan memberi kesan terhadap kulit setelah aktiviti waxing. Aktiviti-aktiviti seperti senaman, persetubuhan, sauna atau tab mandian panas boleh mengakibatkan keradangan kerana ianya melibatkan pergeseran langsung diantara kulit dan benda-benda lain. Kulit yang mengalami keradangan juga sangat mudah terkesan dengan pendedahan terhadap haba dan cahaya matahari, oleh itu pastikan diri anda terlindung daripada terdedah kepada cahaya matahari dan pastikan anda menggunakan losyen pelindung cahaya matahari sebelum keluar.

    Elakkan penggunaan produk dengan kandungan pewangi

    waxing

    Sebarang produk dengan wangian, losyen atau krim mengandungi kandungan alkohol seperti ethanol, isopropyl alcohol, alcohol denat, methanol dan benzyl alcohol yang berfungsi sebagai bahan pengawet dan membantu produk untuk lebih meresap kedalam kulit. Kandungan alkohol seperti ini boleh menyebabkan kekeringan dan jerawat pada kulit dan akan menyebabkan kesan yang teruk kepada kulit yang mempunyai keradangan. Gunakan losyen atau krim tanpa pewangi untuk memberikan kelegaan pada kulit anda atau produk dengan wangian semulajadi.

    Sekiranya anda mendapati diri anda kurang selesa atau keadaan keradangan kulit semakin teruk, jumpa doktor atau ahli dermatologi secepat yang mungkin untuk memantau perkembangan keadaan kulit anda. Mereka akan memberikan nasihat yang bersesuaian berkenaan penjagaan kulit dan mencadangkan produk terbaik untuk merawat kulit anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan